Thursday, April 5, 2012

BONGKAR: BERSIH 3.0 MAHASISWA AKAN DIJADIKAN KELDAI PAKATAN!!


Bersih 3.0?? Apa benda tu?? Berhimpun tak sudah-sudah, inilah dia perangai manusia yang 'berakal tinggi' melangit. Dengan selamba badak puak-puak ini menyatakan tuntutan yang mereka minta ini adalah datangnya dari rakyat. Boleh percaya ker?? Rakyat mana yang minta pembaharuan ni?? Bukankah rakyat di Malaysia sekarang ini hidup aman dan tenteram, boleh cari makan, dapat bantuan lagi dari Kerajaan BN. Apa lagi??

Inilah dia Pakatan Pembangkang yang tak sudah-sudah menimbulkan perasaan benci rakyat kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Mereka telah menanamkan pemikiran yang kotor pada minda rakyat sekarang. Alhamdulillah GR rasa bersyukur kerana tidak ramai masyarakat yang menerima bulat-bulat apa yang puak-puak ini lontarkan. Ini adalah kerana rakyat mempunyai akal fikiran yang baik dan mereka ini boleh menilai mana yang baik dan juga buruk.


Apakah ini contoh terbaik yang boleh diterima pakai oleh rakyat untuk menerima sesebuah parti itu boleh mentadbir negara dengan baik?? Tuntutan apa lagi yang mereka minta, sistem pilihanraya Malaysia kononya pada pendapat mereka korup dan tidak telus. Apakah kemenangan mereka berjaya menawan 5 negeri pada PRU 12 tidak menunjukkan ketelusan sistem pilihanraya tersebut.

GR difahamkan dari sumber dalaman Pakatan itu sendiri, himpunan kali ini mereka akan menggunakan apa cara sekali pun untuk menarik seberapa ramai rakyat bersama mereka. Mereka akan menggunakan mahasiswa yang sudah sedia menjadi keldai pada mereka. Kepada mahasiswa GR ingin nasihati janganlah terpedaya dengan janji manis puak-puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka hanya gunakan anda sekalian untuk kepentingan peribadi mereka. Fikirlah masa depan korang dan harapan ibu bapa yang mahukan melihat korang berjaya di masa hadapan.


Ini agenda jahat mereka :
Team mahasiswa : " FOR BERSIH 3.0, I REALLY PUT MY HOPE ON MAHASISWA, THEY ARE VERY BRAVE" - DATO AMBIGA SREENEVASAN (PENGERUSI SEKRETARIAT BERSIH 2.0)


DALAM KEADAAN HARAPAN MASA DEPAN NEGARA YANG SEMAKIN KABUR, MAKA HARAPAN TERAKHIR SAYA ADALAH MAHASISWA" - DATUK A.SAMAD SAID (SASTERAWAN NEGARA MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA BERSIH 3.0)

Kenyataan yang GR perolehi dari sumber dalaman ini sudah cukup membuktikan mereka akan menggunakan mahasiswa kerana rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan apa yang mereka lakukan dan mereka tidak berjaya mempengaruhi minda rakyat Malaysia.

GR mohon agar pihak IPTA & IPTS akan mengambil tindakan yang tegas kepada mahasiswa yang terbabit pada Bersih 3.0 nanti. Kepada mahasiswa sekali lagi GR ingin ingatkan fikirlah masa depan korang, jangan disebabkan duit upah yang korang bakal dapat nanti untuk turun Bersih 3.0 mata korang kelabu. Fikirlah nak duit yang tak seberapa dapat sekali jer atau pun masa depan yang cerah nanti dengan kerja dan gaji yang bagus.



GR kata: Nak suruh buat dakwat kekal pun SPR dah setuju akan buat PRU 13 nanti, daftar pemilih pun dah ok.. apa lagi?? Inilah dia manusia-manusia yang tak der otak!!!

1 comment:

  1. Salam perjuangan.

    Mohon blog saya dipautkan di blog ini.

    www.bersih3suku.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete