Monday, April 2, 2012

BAR COUNCIL JANGAN CUBA KACAU RELA!!!


Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebenarnya adalah sebuah pasukan sukarela beruniform yang berlatar belakangkan keselamatan. Oleh kerana RELA berada di mana-mana, RELA biasanya menjalankan tugas membantu untuk bersama-sama cegah jenayah dengan polis, Jabatan Imigresen dan agensi-agensi lain yang memerlukan khidmat RELA.

Seperti yang kita juga tahu, RELA juga merupakan mata dan telinga dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. Kita boleh lihat dalam apa jua program yang dibuat baik dari yang kecil hinggalah yang besar peranan RELA diperlukan untuk mengawal keselamatan dan perjalanan program tersebut berjalan lancar.

Walaupun tugas tersebut masih tetap dijalankan termasuk membantu pihak berkuasa tempatan seperti mengawal lalu lintas serta aktiviti riadah yang berfaedah namun fungsi dan tanggungjawab anggota RELA kini dilihat semakin penting kepada isu keselamatan negara. Mereka juga berhak menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat tidak kira di mana mereka ditempatkan untuk bertugas baik di bandar mahu pun di desa, keselamatan rakyat menjadi keutamaan mereka.

RELA juga membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dalam membanteras pengedaran dadah, kehadiran pendatang tanpa izin (PATI). RELA juga merupakan sukarelawan rakyat dalam membantu operasi yang dibuat oleh agensi dan jabatan kerajaan seperti yang dinyatakan di atas. RELA juga terlibat dengan aktiviti sukarela seperti gotong royong, membantu membersihkan rumah mangsa banjir, menjaga lalu lintas semasa majlis kenduri kahwin atau di pasar malam tanpa dibayar elaun kerana ia terpulang kepada penganjur.

Semua anggota RELA yang bertugas dibayar elaun sebanyak RM4 sejam dan bekerja lapan jam sehari. Gaji mereka tidak dibayar oleh agensi kerajaan lain walaupun bertugas membantu Imigresen atau MAB.

Melihat kepada pertambahan tugas dan keperluan menempatkan ramai anggota di seluruh negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyasarkan penyertaan 2.6 juta anggota menjelang akhir tahun 2011 dan yakin dapat mencapai sasaran tersebut.

Berita terbaru GR terima pihak Bar Council mahu memansuhkan RELA ini dan tugas-tugas ini perlu diserahkan kepada pihak Polis. Pada pendapat GR ini tidak relevan dan terang-terang pihak Bar Council takut dengan RELA ini kerana rata-rata kita lihat penglibatan RELA ini disertai dengan hati terbuka oleh rakyat itu sendiri bukan secara paksaan.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, berapa ramai ahli Bar Council yang melanggar undang-undang negara ini dan juga salahguna kuasa?? Termasuk dalam menyelesaikan beberapa perkara yang kita lihat senyap begitu saja...contoh kes bunuh kematian Datuk Susilawati. Apa jadi dengan pembunuh yang disabitkan kesalahan tersebut?? Diam saja ker?? Ini ker keadilan yang mereka perjuangkan selama ini??? Atau hanya game plan Ambiga dan sekutunya semata-mata??


Kenapa Bar Council tidak diHARAMkan atau diMANSUHkan?? Ternyata Bar Council telah dianjingkan dan dipermainkan dalam usaha mempermainkan emosi rakyat. Ini adalah agenda JAHAT Pakatan Pembangkang dalam menghuru-harakan agensi RELA yang nyata telah banyak membantu masyarakat dan mereka bimbang penglibatan masyarakat terhadap RELA ini menunjukkan tanda yang positif.

Baca juga di sini


GR kata:  Ambiga dan Pakatan Pembangkang punya niat jahat pada negara. Bar Council perlu diMANSUHkan!!!

1 comment:

  1. BAR council sila kutuk tuntutan dhong zhong tu.. nape senyap membisu je????

    ReplyDelete