Thursday, April 12, 2012

ALAHAI...SIAPA TIRU SIAPA NI?? @rafiziramli #mejabulatptptn



Program Meja Bulat PTPTN yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT telah pun tamat semalam dengan jayanya. Pelbagai resolusi telah dibincangkan oleh wakil-wakil mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia dan resolusi tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin untuk disampaikan kepada YAB PM DS Najib Razak.

GR juga turut serta dalam bengkel tersebut dan melihat sendiri ramai mahasiswa di Malaysia tidak menyokong jika PTPTN itu dimansuhkan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, PKR juga buat program yang lebih kurang sama pada 2 hari lepas di Shah Alam. Nak tiru #mejabulatptptn ker Rafizi??? Janganla macam tu kawan...He he he

GR juga difahamkan dari sumber dalaman program yang dibuat oleh PKR buatnya seperti rundingan tetapi penjelasan dari pihak mereka kononnya guna duit Petronas untuk cover PTPTN jika mansuhkan. Perghhhhh...senangnya macam tu, dah macam makan kacang. Macam amik servis China Doll pun ada jugakkan. Main suka-suka ambil. Janganla cetek sangat pemikiran tu wahai Rafizi tau la kerja Petronas dulu.

Kenapa program yang dianjurkan oleh PKR ini tidak dipanggil wakil pegawai dari PTPTN itu sendiri seperti yang dibuat oleh Program Meja Bulat ini?? Penjelasan yang dibuat oleh satu pihak saja macam mana nak ada penyelesaian kalau macam tu. Kata membawa suara rakyat?? Pembela nasib mahasiswa??? Ada ketelusan ke macam tu?? Yang hadir dipanggil untuk turut serta pun puak-puak sendiri saja dari mahasiswa pro-Militan. Kenapa tak jemput semua??? Boleh tolong jawab tak Rafizi???


Pembaca lihat gambar di atas, program seperti inilah yang perlu dibuat dan nampak ketelusan untuk menyelesaikan isu yang timbul. Pelbagai idea dikongsi walaupun pada peringkat awal rundingan meja bulat agak panas dengan mahasiswa meluahkan pandangan mereka agar didengar oleh pihak PTPTN. Bukannya buat penjelasan yang syok sendiri, orang yang dengar pakat angguk jer....


GR berpendapat adalah tidak wajar Pakatan Haprak melibatkan Petronas dalam isu PTPTN ini kerana Petronas bukannya institusi kewangan. Mereka adalah syarikat yang menjana pendapatan mereka sekaligus pada negara. Tidak ada sebab pihak Kerajaan mengambil wang dari Petronas untuk dijadikan pinjaman kepada para mahasiswa yang ingin menuntut pengajian di IPT. Kita semua sedia maklum PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 ini adalah pinjaman yang diberikan oleh pihak bank di Malaysia kepada PTPTN dan pihak Kerajaan hanya sebagai orang tengah yang memberi jaminan. Sistem ini lebih kurang macam kita buat loan rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak tidak munasabah kerana membebankan mahasiswa kerana interest yang dikenakan oleh PTPTN jika peminjam lambat sangat bayar hanya 1% setahun dari jumlah pinjaman yang mereka ambil. Dalam rundingan #mejabulatptptn yang diadakan semalam, mahasiswa mencadangkan agar kadar faedah ini dimansuhkan kerana ia dapat meringankan beban pada peminjam.

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

PTPTN juga memberikan lagi banyak kelonggaran kepada peminjam dari segi rundingan berapa mahasiswa ini mampu bayar sehingga langsai pinjaman mereka dengan PTPTN. GR nak tanyalah kan...PTPTN yang suruh atau paksa mahasiswa isi borang pinjaman tersebut atau pun korang yang isi sendiri?? Sifat manusia Allah SWT jadikan dalam diri manusia, siapa yang tak nak benda FREE kan...TAPI apakah jika pendidikan percuma Kerajaan berikan akan lahir mahasiswa yang berkualiti yang bakal menjadi pelapis pemimpin pada negara?? Fikir-fikirkanlah....

Ini orang pandai cakap saja maa...


GR kata: Siapa yang cadangkan PTPTN pada tahun 1997 yer?? Orang tu pulak yang nak hapuskan. Cakap putar alam betullah....

No comments:

Post a Comment