Saturday, March 10, 2012

Portal Pembangkang Tabik Spring Pada YAB PM!!


Haaaaa...nampaknya semua pihak khususnya rakyat sudah mula menerima dengan baik pucuk pimpinan YAB PM Datuk Seri Najib Razak mentadbir Kerajaan Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan oleh Kerajaan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, Baucar Buku 1Malaysia, Sara 1Malaysia dan lain-lain lagi diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Terbaru, portal pembangkang yang tidak asing lagi Malaysian Insider juga menyatakan sokongan mereka pada YAB PM dan mengaku rating PM Najib naik dengan begitu baik sekali. Pelikkan?? Portal yang selalunya menyampaikan berita palsu dan fitnah pada Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya dan sekarang mereka menyokong YAB PM sebagai pemimpin yang terbaik di Malaysia.  Nampaknya peningla kepada Anwar sekarang ni...sudah pasti akan ada saja isu fitnah yang akan ditimbulkan oleh beliau. Itulah dia Pak Anwar Ibrahim, semua orang tau kan. Hi hi hi

Jom baca kenyataan di bawah :
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.

Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri.

"Pada pendapat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan langkah-langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya," kata pusat itu.

Rasa positif terhadap kerajan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

Sejumlah 1,022 pengundi berdafar, terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India, diinterbiu menerusi telefon pada tinjauan itu. Responden dipilih berasaskan sampling rambang mengikut etnik, jantina dan keadaan kediaman. - Bernama

GR kata: Tahniah YAB PM dan teruskan mentadbir negara berkembang pesat. Terima kasih kerana mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment