Thursday, March 8, 2012

PANAS: TIADA LAGI LAUNGAN AZAN JIKA PR MEMERINTAH!!


Apakah mungkin jika Pakatan Rakyat berjaya pada PRU-13 nanti sekaligus memerintah negara ini hak keistimewaan Islam akan tergadai?? Malaysia yang sememangnya sebuah negara Islam akan terkubur begitu saja dek sibuk nak menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari semua bidang. Fikirkanlah wahai pembaca sekalian, apakah ini yang kita mahu terjadi pada anak cucu cicit kita??

Pada orang muda fikirkanlah..jangan disebabkan tidak meggunakan akal fikiran dengan sebaiknya kita menyesal suatu hari nanti. Jangan disebabkan percaya dengan kata-kata 'azimat' seorang pemimpin yang hanya pandai berJANJI, kelak kita juga yang menyesal suatu hari nanti.

Fikirlah secara matang, jika benar pemimpin itu berkata membawa perubahan kepada rakyat, kenapa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menjadi kucar-kacir? Kenapa tidak menjaga kebajikan rakyat itu sendiri? Kenapa janji-janji pada PRU-12 tidak ditunaikan?? Fikir-fikirkanlah wahai pembaca budiman sekalian...

Jom baca kenyataan di bawah:

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, jika rakyat memilih pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti, surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negara tidak akan lagi berkumandang  azan.

“Bila DAP akan menguasai kita nanti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada PRU13, tak ada azan di masjid lagi malah akidah, syariah dan akhlak orang Islam juga akan  berkubur,” katanya.

Bercakap kepada lebih 1,500 orang pada ceramah Simposium Perdana, menjunjung  Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Akidah di Dewan Alamanda di sini  malam tadi beliau berkata, Pas sebagai parti  komponen dalam pakatan rakyat yang  memperjuangkan Islam juga akan tunduk kepada  pengaruh DAP.

Menurutnya, pengalamannya selama tiga tahun 11 bulan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan  Kemudahan Awam Selangor, cukup jelas membuktikan Pas tidak  dapat memperjuangkan  Islam jika pakatan rakyat memerintah negara ini  nanti.

Hasan berkata, sepanjang tempoh tersebut, terlalu banyak rintangan yang dihadapi hanya semata-mata beliau ingin melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana ia  ditentang oleh pemimpin Pas selain penghalang  utama ialah DAP dan PKR.

“Bayangkan orang Pas tak bagi saya membasmi arak dan yang lebih besar menyekat kemaraan Kristian malah orang Pas sendiri menghalang saya mencegah murtad yang berlaku di Selangor.

“Kerana itu, saya dipecat dari Pas bukan kerana saya minum arak, berjudi, berkhalwat, berzina atau meliwat tetapi saya dipecat kerana nak mempertahankan akidah, syariah dan hak orang-orang Islam,” katanya.

Lebih mengecewakan Hasan apabila pemimpin tertinggi Pas mengatakan, apa yang ingin dilakukan oleh parti itu berkaitan Islam ia perlu dirujuk kepada DAP dan PKR.


GR kata: Jangan permainkan Islam, pasti akan dapat pembalasan dari Allah SWT

No comments:

Post a Comment