Tuesday, March 6, 2012
PANAS: PUTERI UMNO KANTOI LAGI!! @RosnahARS @NajibRazak
Apa sebenarnya yang terjadi yer? Siapa yang harus dipersalahkan jika Puteri UMNO Malaysia terlibat dalam satu-satu perkara yang tidak diingini. Dan siapakah yang perlu bertanggungjawab???
Ini bukan cerita yang boleh dimain-mainkan kerana ini melibatkan sikap dan peranan seseorang ahli Puteri UMNO itu sendiri. Disebabkan GR peka dengan masalah ini dan rasa simpati, khidmat perlu diberikan bukan kerana politik semata-mata tetapi ianya adalah tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang insan iaitu bantu sama lain pada sesiapa yang ditimpa bencana atau pun masalah.
Jom baca kenyataan di bawah:
Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Isnin lepas.
Ketua Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.
“Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.
Beliau berkata pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.
Dalam kejadian 8.45 pagi Isnin lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.
Ekoran kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama lebih satu jam untuk mengeluarkan serpihan akibat letupan tersebut. - BERNAMA
Baca juga di sini
GR kata: Tahniah Ketua Puteri UMNO Malaysia...
syabas kepada puteri umno yang perihatin.
ReplyDeletemohon link kan blog saya.
www.hurairahady.blogpsot.com
thanks admin