Monday, March 5, 2012

Kisah Benar: Inikah Bangsa Melayu Yang Kita Banggakan??


Bacalah kisah benar yang GR ingin kongsikan bersama pembaca semua untuk pengajaran kita bersama...

“SAYA dan isteri ingin menghadiri majlis konvokesyen anak kami di United Kingdom, jadi kalau saudara ingin saya luluskan overdraf ini, kenalah saudara bagi bahagian perbelanjaan untuk dua orang ke London,” begitulah bunyi kata-kata seorang pengurus bank cawangan yang saya berurusan dulu.

Ketika itu saya perlu menghantar wang pengajian untuk anak saya di Amerika Syarikat yang tiada biasiswa. Tanpa segan silu pengurus bank itu melakukan rasuah. Begitulah keadaannya sekarang dengan rasuah.

Orang Melayu tidak lagi segan silu melakukan atau menerima rasuah. Ramai orang sedar rasuah di negara kita tetapi tidak mahu bercakap tentangnya.

Macam juga pelacuran yang berleluasa. Diserbu berpuluh kali sekali pun bapak-bapak ayam akan terus menjalankan urusan mereka. Sebelum diserbu mereka sudah tahu.

Kita melihat mereka yang dituduh melakukan rasuah kebanyakannya orang Melayu dan ada yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.

Sikap ingin mencari jalan pintas kekayaan ini memang jelas kerana “kalau saya tak lakukan orang lain pun akan lakukan” menjadi sikap utama mereka ini. Kalau kos projek digandakan sudah menjadi lumrah.

Seperkara lagi yang kerap juga berlaku kepada mereka yang menghantar cadangan projek mereka ‘diculik’ oleh orang lain termasuk di peringkat atasan.Telan sajalah air liur.

Pada bulan Ramadan, kita tahu ketua-ketua industri akan menghilangkan diri kerana mereka akan dikepung untuk mendapatkan duit raya yang bukan sikit-sikit. Tengok pangkat orang yang meminta. Jadi ramailah kapten industri ini yang pergi melakukan umrah di bulan puasa.

Pada bulan Ramadan juga orang Melayu berpusu-pusu berbuka puasa di hotel-hotel yang tidak tentu halal haramnya. Diberitakan daripada 2,000 hotel di bandar raya Kuala Lumpur, hanya dua peratus (2%) saja yang diberi taraf halal oleh JAKIM– bermakna hanya empat hotel saja yang halal.

Tapi orang Melayu tak kira itu semua. Janji seronok walaupun kena bayar berpuluh-puluh ringgit. Kedai mamak dan kopitiam pun tak dijamin halalnya.

Seperkara lagi pada Ramadan ini maka keluarlah kelulusan untuk berniaga gerai di merata tempat. Semua orang tahu ada yang dapat kebenaran menjalankan warung menjual permit berniaga kepada orang lain untuk membuat untung. Yang asal RM200 boleh jadi RM20,000 dan ramai yang juga sanggup kerana pendapatan satu bulan di bulan puasa boleh mengatasi pendapatan 11 bulan yang lain.

Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain lesen yang diberikan kepada orang Melayu. Contohnya di pasar Chow Kit kita tahu yang mengendalikan gerai-gerai di situ semuanya orang asing sedangkan lesen dikeluarkan kepada orang Melayu sini.

Kalau ada pemeriksaan, tuan punya akan mengaku yang berjual itu pekerja mereka. Semuanya hendak mencari jalan pintas untuk kaya cepat.

Tahun 1994 dulu, 100 lesen untuk pengurusan aset dikeluarkan. Modal berbayar diperlukan ialah RM2 juta. Ramai yang belum mula operasi pun sudah hendak menjual lesen mereka dengan syarikat sekali berkali ganda pula walaupun sehari pun belum beroperasi.

Sejak kejayaan Dasar Ekonomi Baru menaikkan taraf orang Melayu kepada kelas menengah, maka ramailah anak Melayu yang berpeluang mendapat pengajian tinggi di luar negara dan ramailah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam swasta.

Yang peliknya ada sesetengah daripada mereka ini sudah menganggap membela orang Melayu sudah tidak lagi fashionable baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Rata-rata apabila ada perjumpaan atau majlis makan malam di kalangan orang bukan Melayu dan orang asing, mereka akan mengatakan penghalang kepada usaha pentadbiran Najib untuk melakukan transformasi ialah tuntutan orang Melayu oleh kumpulan tertentu.

Mereka lupa kalau dikira perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia Pertama sehingga Kesembilan tiap-tiap satu sebanyak RM200 juta darab untuk 9 kali maka berjumlah RM1.8 trilion. Siapa yang meraih keuntungan daripada jumlah tersebut, tentu sekali bukan orang Melayu. Hak milik saham pun setakat 21.8 peratus saja.

Sedar tak sedar tanah milik Melayu pun berkurangan. Di pihak kerajaan negeri misalnya banyak usahasama dengan bukan Melayu dilakukan untuk memajukan sesuatu kawasan yang bernilai tinggi.

Apabila perumahan siap, yang membeli dan menduduki pangsapuri atau rumah tersebut bukannya orang Melayu kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut kerana mahal. Jadi tanah yang dulunya milik kerajaan kini dimiliki oleh individu bukan Melayu.

Tanah milik Melayu diberikan status tanah rizab Melayu dan nilainya lebih rendah daripada tanah bukan Melayu. Kalau dimajukan orang Melayu akan mendapat nilai yang lebih rendah.

Tetapi jangan hairanlah kalau tanah rizab Melayu atau tanah khas untuk orang Melayu boleh jatuh ke tangan orang bukan Melayu seperti di Kelantan yang dulunya ketat dengan undang-undang menjual tanah kepada bukan Melayu.

Di mana-mana kawasan yang telah digariskan sebagai kawasan pembangunan ekonomi serantau, nilai tanah sekeliling kawasan pembangunan tersebut seperti Iskandar dengan sendirinya akan naik. Maka orang Melayu yang milik tanah di kawasan tersebut akan menjual tanah mereka. Inilah keadaan yang berlaku sekarang.

Sepatutnya suatu pangkalan maklumat yang kerap dikemaskinikan tentang tanah milik Melayu seluruh negara ini perlu diwujudkan supaya jangan sampai tergadai tanah Melayu. Kalau orang Melayu hendak menjual tanah mereka, biarlah yang membelinya orang Melayu. - Sumber


GR kata: Apa akan jadi PR memerintah negara kita, alamatnya tergadailah negara yang kita cintai ini. Renung-renungkan...Sedarlah wahai bangsa Melayu dari tidur anda!!!

6 comments:

  1. apa kaitan plak dengan pakatan... semua ni terjadi dizaman BN memerintah... sebab tu kita semua kena tukar kerajaan..

    ReplyDelete
  2. Manapun pakatan harami, daPIG Kpala, belakang pkr, pecacai cuci n ajis adakah pas, berebut kerusi MB, kerja blm lg, biar kat depa, bini orgpun sapu, gelar diri ostad to ostat burit n cirit...

    ReplyDelete
  3. dekat 4 tahun pakatan memerintah negeri yg menang, lagi teruk..atas bawah kiri kanan diaorang makan..isk isk isk

    ReplyDelete
  4. perang pemahaman tak akan tamat selagi melaya ada kat malaysia yg untung kedai perabot Ah meng..

    ReplyDelete
  5. apa kena mengena dengan Melayu? bukan ker Islam

    ReplyDelete
  6. Islam bkn pas, pas bkn Islam...melayu adalah Islam, Islam adalah melayu....!!!

    ReplyDelete