Thursday, February 16, 2012

VIDEO EKSLUSIF: Amanat Haji Hadi!


Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”



Sumber: APA

GR kata: Perjuangan PAS dah jauh terpesong dari matlamat mereka sebenarnya. Dan sekarang hanya menjadi kuda tunganggan PKR dan DAP jer....

1 comment:

  1. Pundek dia , sekarang yg berpeluk dgn DAP , biarkan arak bermaharajalela di Selangor , sokong DAP haramkan azan Subuh , terhanguk hanguk pergi sembahyang Teo Beng Hock , bersembahyang dgn sami Buddha tu tak salah pulak. Ulamak sesat !

    ReplyDelete