Thursday, February 9, 2012
TAHNIAH!! Anggota Tentera Dapat Bonus dan Dividen!!!
Berita gembira kepada semua pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemberian bonus dan dividen sebanyak 15% kepada semua pencarum LTAT untuk tahun kewangan berakhir 2011.
Alhamdulillah rezeki bertambah untuk anggota tentera. Jumlah yang diberikan itu meningkat satu peratus berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya. Pemberian bonus serta dividen itu merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus sebanyak satu peratus dan bonus khas sebanyak tujuh peratus dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada setiap pencarum aktif. Jumlah pembayaran bagi dividen dan bonus kali ini adalah sebanyak RM680.4 juta iaitu naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun 2010.
Dalam perkembangan berkaitan Ahmad Zahid berkata, pada keseluruhannya iaitu berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT telah berjaya mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM862.7 juta. Jumlah itu meningkat sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada tahun 2010 sekali gus merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ia ditubuhkan 39 tahun lalu.Pencapaian ini membuktikan kejayaan LTAT menguruskan dana dan pada masa sama mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam senario ketidaktentuan ekonomi global berikutan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Ini jelas menunjukkan keadaan ekonomi Malaysia amat baik sehingga membolehkan pelaburan LTAT mendapat pulangan yang besar. Selain keadaan ekonomi negara yang kukuh dan prestasi pasaran saham meningkat, pencapaian ini adalah hasil usaha pengurusan LTAT yang komited dalam membuat perancangan secara lebih teratur dan berkesan serta pemantauan berterusan terhadap portfolio pelaburannya.
Mengenai jumlah keseluruhan aset LTAT, jumlahnya meningkat sebanyak 5.3 peratus iaitu daripada RM7.6 bilion pada tahun 2010 kepada RM8 bilion setakat 31 Disember 2011.
GR kata: Tahniah pada anggota tentera yang terima bonus caruman, jangan pulak kata tak dapat apa-apa yer!!!
No comments:
Post a Comment