Thursday, February 2, 2012

PANAS: YAYASAN SELANGOR BAKAL DIKUBURKAN OLEH PAKATAN RAKYAT???


Apa akan jadi dengan nasib rakyat Selangor dan generasi akan datang??? Apa benar Yayasan Selangor diambang kehancuran dek sikap "lanun-lanun" yang gilakan kuasa sanggup lakukan apa saja.

Dikhabarkan juga 'rompakan' yang begitu hebat yang telah, sedang dan bakal berlaku dalam Yayasan Selangor. Kita semua harus bertanggungjawab untuk memastikan rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia tahu tentang kelicikkan regim Pakatan Rakyat menyamun harta yang dikhususkan untuk anak-anak kita menimba ilmu.

Yayasan Selangor akan dijual kepada sebuah syarikat luar negara. Khabarnya bakal dijadikan sebagai pejabat baru DAP. Kerajaan negeri PKR-DAP yang kini menerajui PKNS telah mengenal pasti 16 hartanah bernilai RM10 bilion untuk pelaburan Amanah Raya Reit (ARREIT) secara berperingkat.

Di sini GR nyatakan sedikit apakah memorandum penubuhan Yayasan Selangor sejak tahun 1970 adalah untuk rakyat Selangor khususnya di luar bandar menikmati kemudahan pendidikan sama dengan kemudahan yang dinikmati masyarakat di bandar :
  • Menubuhkan, mengendalikan dan mengurus pelajar-pelajar di dalam negeri Selangor untuk ditempatkan di asrama-asrama dan diberikan kemudahan penginapan dan pembelajaran sepertimana diperlukan oleh setiap pelajar.
  • Mewujudkan dan menyediakan keperluan-keperluan pendidikan di peringkat di peringkat persekolahan
  • Melaksanakan pemilihan pelajar untuk ditempatkan di sekolah-sekolah ternama berdasarkan kepada pencapaian prestasi akademik.
  • Mendidik, membangunkan dan mempertingkatkan taraf pendidikan khusus didalam bidang sains


Tunggu dan lihat pembongkaran tentang kerja jahat puak2 Pakatan Haprak ni. Cakap sana sini UMNO kuat makan rasuah, makan duit rakyat...yang sebenarnya merekalah "Raja" segala rasuah. Makan duit rakyat tak ingat dunia. Pentingkan poket sendiri, nasib rakyat dibiar begitu saja. Itulah Pakatan Rakyat!!!!

Yayasan Selangor kini semakin menghadapi saat kemusnahan. Hanya membilang hari sahaja lagi. Tunggu pendedahan selanjutnya....

Baca juga di sini


GR kata: Pembaca nilai sendiri apa yang telah dibuat oleh puak PR ni hanya semata-mata poket mereka saja. Kalau fikir nasib rakyat, janji yang diberikan HARUS ditunaikan. Tapi semua tu omong kosong jer!!!!

No comments:

Post a Comment