Saturday, February 11, 2012
PANAS: PENGHINA NABI MUHAMMAD DI #TWITTER TELAH DITANGKAP!!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A.Kashgari, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
Hishammuddin berkata warga Arab itu yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan polis pada pukul 9.40 pagi atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menentukan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Semalam, Bernama memetik satu sumber Interpol yang memberitahu bahawa lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di KLIA setelah melarikan diri dari negara itu.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam. - Bernama
GR kata: Ust budak yang dakwa Nik Ajis Nabi tak kena tangkap ker???
No comments:
Post a Comment