Wednesday, February 22, 2012
PANAS PAGI: PAK NIL JADI SENATOR..???
Selepas Tan Sri Jins Shamsuddin, tiada lagi setakat ini suara-suara daripada penggiat seni kedengaran di dalam Dewan Negara. Kesenyapan tanpa suara seorang Senator daripada kalangan warga seni seharusnya dilihat daripada perspektif serius, tambahan pula industri kreatif tanah air memerlukan suntikan semangat selain suntikan dana kewangan setiap tahun.
“Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif".
“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.
“Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.
Cerita selanjutnya di sini
No comments:
Post a Comment