Wednesday, February 15, 2012

PANAS: MAYAT BAYI DALAM BALDI...SEDIHNYA!!!


Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampong Kandis, Tebong, Bachok Kelantan hari ini. Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jmaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej. "Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengtahui motif pembuangan bayi itu," Katanya kepada Bernama disini hari ini.

Jamaluddin berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi.


GR kata: Masa 'sedap' tak fikir pulak, dah jadi macam ni bayi yang tak bersalah jadi mangsa. Binatang pun pandai sayang anak sendiri, manusia pula suka buang-buang. Macam SETAN!!

No comments:

Post a Comment