Saturday, February 4, 2012

Kereta BMW Ostad PAS Terbakar...UMNO Yang Salah!!!


"Ketika kami sekeluarga sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat sehingga mengejutkan saya dan isteri. selepas itu, saya lihat kereta saya dan di tingkat bawah rumah sudah terbakar dan api sudah pun marak"

Saya bergegas menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri", ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.

"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.


Turut bergegas ke tempat kejadian adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Saudara Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP negeri Johor merangkap ADUN Skudai.


GR kata: Setiap kejadian ada hikmahnya, berishtigfarlah mungkin Allah S.W.T nak bagi yang lebih baik dari itu. Jangan jadikan kes ini seperti yang puak Pakatan biasa ceritakan...Ini semua salah dan berpunca dari UMNO/BN. Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment