Tuesday, February 7, 2012

HOT: MY DEAR ELI PLEASE HELP ME!!!


Seorang rakyat Malaysia ditahan oleh petugas Imigresen Batam atas dakwaan memiliki 'status' penduduk palsu dan tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan di negara tersebut.

Menurut Detiknews.com, lagak warga Malaysia tersebut mencurigakan kerana memiliki paspot Indonesia, KTP dan KK yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Batam.

Dari hasil pemeriksaan, rakyat Malaysia ini dikenali sebagai Azmin Heli, berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975. Azman Heli ini beralamat Jalan 4H, Ampang Selangor 68000 Malaysia. Beliau juga turut dikatakan sebagai salah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia sewaktu disoal siasat..

Beliau ditangkap selepas petugas imigresen mengesan KTP dan KK yang ditemui adalah palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Batam. Selain itu, turut dirampas adalah Akta kelahiran palsu yang dikeluarkan oleh Pejabat Dinas Pendaftaran Penduduk Kabupaten Karimun.

Hasil pemeriksaan menunjukkan, Azmin Heli, warga Malaysia ini masuk ke Indonesia, melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009 lalu dan turut memiliki paspot Malaysia.

Soal siasat ke atas Azmin Heli mendapati beliau telah tinggal lebih dari jangkamasa yang dibenarkan menggunakan visa sementara. Azmin juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang, dan Pondok Kelapa.

Dari keterangan Azmin, perbelanjaan beliau dibiayai oleh keluarga dan PKR selama menetap disini. Beliau turut mengaku dinasihatkan tinggal di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam oleh kerajaan Malaysia.



GR kata: YB Eli diam jer ke????

No comments:

Post a Comment