Sunday, February 12, 2012
Hari ke 6: #AmanKampus ke Kilang LYNAS
Hari ini masuk hari ke-6 Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat, peserta kembara hari ini bertuah kerana diberikan peluang untuk melawat serta memasuki tapak pembinaan kilang Lynas yang pernah digunakan sebagai bahan politik oleh pembangkang sebelum ini.
Kelmarin ketika sessi makan malam bersama Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakob beliau telah menjemput kumpulan mahasiswa ini supaya melawat sendiri tapak kilang berkenaan yang terletak di Gebeng.
Sebelum peserta diberikan peluang untuk memasuki tapak pembinaan tersebut, peserta terlebih dahulu diberi taklimat di Akademi Menara Gading Balok.
Dalam sessi taklimat tersebut, beberapa 'slide' ditayangkan kepada para mahasiswa ini oleh pakar dari Lynas. Para peserta Kembara Aman Kampus ini memasuki tapak pembinaan Lynas dengan empat buah bas, kerana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memasuki tapak pembinaan.
Rasanya tidak perlu mengulas panjang kerana saya sendiri pernah menulis mengenai kilang Lynas sebelum ini.
Seterusnya baca di Double Y
GR kata: Teruskan program yang baik mendekati rakyat.
No comments:
Post a Comment