Saturday, February 18, 2012

EKSKLUSIF: AL-KISAH ANWAR DAN PAS!!!

Kenyataan Anwar pada PAS

Adalah sangat merendahkan taraf pemikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli-ahli PAS jika kita mengatakan mereka tidak mempercayai tentang keperibadian tersembunyi Anwar Ibrahim tetapi mereka perlu bersabar menyembunyikan kepercayaan itu demi untuk PAS sampai ke Putrajaya. Masakan mereka terlalu bodoh untuk memikirkan kenapa Anwar tidak mengambil tindakan menyaman malu orang yg mendedahkan keburukannya sedang mereka membuat cabaran kepada beliau secara terbuka dan bertalu-talu.

Orang PAS sering mempertahankan Anwar dengan alasan pemimpin-pemimpin UMNO/BN juga mempunyai masalah kelemahan moral. Itu perkara biasa, apa saja yang tak kena semuanya salah UMNO/BN walaupun ada kesalahan dari mereka sendiri. Tetapi mereka terlupa hakikat bahawa kebanyakan pemimpin UMNO/BN yg terlibat tidak memprojekkan diri sebagai seorang pejuang Islam yg suci, berkhutbah Jumaat atau memberikan syarahan yg menggambarkan diri sebagai pemimpin besar Islam.

Pemimpin utama UMNO seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah menjadi contoh seorang pemimpin Islam yg amat bertolak ansur kepada kelemahan manusia dan mengakui amalan-amalannya yg tidak dianggap baik oleh orang Islam termasuk yg dikutuk oleh Pas.

Sesuai dengan pemodenan dan peredaran zaman, Menteri Besar dan Mursyidul Am, Nik Aziz telah beralih menunjukkan toleransi yg lebih liberal. Bagaimanapun kesabaran ahli2 Pas lain pula iaitu mereka bersabar kerana bergantung kepada Anwar untuk sampai ke Putrajaya dengan keyakinan bahawa semua dasar PAS dapat dipulihkan apabila PAS berkongsi kuasa kerajaan pusat dengan DAP dan PKR kelak kerana akan mempunyai 'Bargaining Power'.

Bagaimanapun seorang yg cerdik tidak dapat melihat logik hal ini akan berlaku kerana dalam keadaan sekarang pun PAS sudah tersasar jauh dari prinsip Islamnya. Maka apatah lagi setelah berkuasa, tentunya nafsu untuk menikmati kedudukan dan kuasa akan mengatasi prinsip. DAP dan PKR telah pun memahami kelemahan PAS. Dan PAS hanya menjadi 'kuda tunganggan' mereka saja.

PAS juga amat toleransi kepada pendirian Anwar menyokong kewujudan negara Israel kerana semakin kuat bantahan disuarakan oleh rakyat negara ini maka semakin popular Anwar di kalangan masyarakat Yahudi dan Amerika Syarikat serta akan semakin banyak peruntukan yang akan dapat dikongsi bersama oleh PAS dalam menghadapi PRU ke-13. Fikir-fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment