Friday, February 17, 2012

Anwar BERJANJI Macam Minum Air Kopi!!!


Anwar Ibrahim yang baru-baru ini telah dibebaskan dari tuduhan meliwat kini menyambung tugasnya seperti biasa iaitu, menabur janji palsu kepada rakyat.

Kali ini, Anwar berjanji akan melakukan perubahan terhadap Malaysia dalam masa 6 bulan sahaja sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Mungkinkah Anwar akur bahawa negara ini berada di landasan yang betul, kerana itulah dia hanya memerlukan masa yang sedikit sahaja untuk membuat perubahan?? Boleh percaya ker???

Jika benar negara ini berada dalam keadaan kronik sepertimana yang sering digambarkannya, tentulah mustahil bagi Anwar mahu pun mana-mana pemimpin yang paling bijak sekali pun di dunia ini untuk membuat perubahan dalam masa yang sebegitu singkat.

Sedangkan Tun Dr. Mahathir yang diiktiraf sebagai pemimpin ulung ditaraf global juga  mengambil masa selama hampir dua dekad untuk melakukan perubahan. Itupun beliau belum mampu merubah segala-galanya, terutamanya minda Melayu iaitu bangsanya sendiri.

Mungkin bagi Anwar, melafaz janji adalah umpama makan dan minum harian.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar hidup atas janji-janji kerana tanpa janji-janji manis, Anwar hanyalah manusia biasa yang tidak punya pengikut dan penyokong. Mereka ini semua menyokong Anwar kerana janji, bukan kerana jasanya, jauh sekali kebijaksanaannya, kerana Anwar ternyata tidak memiliki kedua-duanya.

Selama Anwar berada di dalam kerajaan, kalau ada pun jasa yang dibuatnya hanyalah terhadap keluarga dan kroninya, iaitu dengan mengkayakan  mereka melalui projek-projek kerajaan.   Dan jika benar  Anwar punya sedikit kebijaksanaan, tentu sekali dia tidak akan mengikut nasihat IMF yang ternyata hampir membangkrapkan negara ketika krisis ekonomi 1997/98.

Paling penting, sekiranya Anwar bijak, tentu dia tidak akan sewenang-wenangnya menabur janji tanpa terlebih dahulu mengkaji latarbelakang isu yang dijanjikan dan impak yang akan ditanggung dari janji tersebut.

Antara janji palsu Anwar yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah kepada penduduk kampung Buah Pala, di mana Anwar meletakkan garis masa 2 minggu sahaja bagi Ketua Menteri Pulau Pinang memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah mereka.  Janji ini dilafazkan sebelum PRU 2008.

Begitu juga ketika menabur janji untuk membersih dan mengecat semula Padang Tembak, Anwar memberi masa 1 bulan sahaja untuk melaksanakannya sekiranya PR menang di Pulau Pinang.

Dan PR telah ditakdirkan menang di Pulau Pinang dalam PRU tersebut, namun apa yang terjadi ialah Kampung Buah Pala lenyap selama-lamanya dirobohkan oleh kerajaan DAP, dan Padang Tembak pula masih kelihatan sama selepas bertahun-tahun.

Bukan satu atau dua janji yang tidak mampu ditunaikan PR di negeri-negeri yang diperintah mereka, tetapi hampir kesemuanya.  Siapa tidak ingat janji kerajaan Kedah untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan menurunkan tariff air?  Sudahnya tariff air menjulang tinggi sehingga 44% dan prosedur pembayarannya dijadikan bertambah sukar di mana rakyat hanya boleh membayarnya di pejabat SADA.  Selain itu, harapan penyokong PAS Kedah untuk melihat negeri yang lebih ‘Islamik’ yang dijanjikan PAS, hancur apabila pusat karaoke dan hiburan tumbuh bagai cendawan.

Kerajaan PKR Selangor lebih hebat lagi dalam soal tidak menunaikan janji termasuk juga dalam isu memberikan perkhidmatan yang bersih dan telus, isu air, alam sekitar dan bantuan tunai untuk surirumah, ibu tunggal dan sebagainya.

Semua yang berlaku di negeri-negeri pemerintahan PR ini membuktikan kegagalan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Sama ada janji yang dilafazkan secara peribadi mahupun janji yang direkodkan di dalam manifesto, ternyata Anwar tidak mampu menggerakkan PR untuk menunaikan apa-apa janji pun.  Buku Jingga yang dilancarkan oleh PR pula hanyalah lanjutan dari janji-janji kosong terdahulu.

GR yakin janji Anwar untuk membuat perubahan kepada negara ini dalam masa 6 bulan hanyalah satu lagi cakap kosong Anwar sekadar untuk memastikan nyawa politiknya terus berpanjangan.   Malah dikhuatiri, satu-satunya perubahan yang mungkin berlaku di bawah pemerintahan Anwar dan PR ialah kehancuran agama, bangsa dan negara secara total dalam masa 6 bulan sahaja.


GR kata: Anwar hanya mampu berjanji..nak laksanakan hanya janji tinggal janji...

No comments:

Post a Comment