Thursday, January 26, 2012

PEMBAYARAN BR1M SECARA BERPERINGKAT!!


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BRIM bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BRIM pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya sebanyak 168,000 borang BRIM telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

“Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan dia belum menerima pembayaran BRIM kerana kita sentiasa membuat pembayaran berperingkat-peringkat.

“Jadi, saya harap supaya jangan ada pemohon yang panik yang menyatakan dia masih belum menerima pembayaran BRIM. Tarikh permohonan BRIM telah dilanjutkan kepada 10 Feb ini,” katanya.

Mengenai kes demam denggi, beliau berkata setakat ini tidak ada klinik swasta atau pusat perubatan swasta yang dikenakan tindakan denda oleh Kementerian Kesihatan kerana tidak melaporkan kes demam denggi.

“Apabila dilaporkan, Jabatan Kesihtan akan membuat tindakan susulan seperti menyembur ubat pencegahan nyamuk Aedes daripada membiak dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA


GR kata: Kepada penerima yang masih belum menerima diharap bersabar....

No comments:

Post a Comment