Thursday, December 8, 2011

PERINGATAN: JANGAN MAINKAN HUKUM ALLAH S.W.T!!



Biarpun UMNO/BN tidak melaksanakan hukum HUDUD di negara ini, itu tidak bermakna Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek secara sembrono boleh menghina hukum HUDUD yang jelas tercatat di dalam Al Quran. Pegangan GR amat jelas, hanya mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Bila ada pihak yang mahu memburuk-burukkan hukum Allah yang sangat sempurna, kita harus bangkit pertahankannya. GR tidak akan kata BETUL jika perkara yang dilakukan itu SALAH meskipun dilakukan oleh pemimpin dalam UMNO/BN.

Berbeza dengan puak-puak Haprak Pakatan Rakyat yang mengiakan suatu perkara itu 'BENAR' pada hal diaorang tahu benda tue SALAH serta fitnah semat-mata. Membenarkan orang bukan Islam membaca Al Quran walaupun salah bacaan tajwidnya, membiarkan ayat-ayat Allah diperkotak-katikkan, membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid/surau untuk memberi ceramah dan membenarkan orang bukan Islam agihkan daging Qurban serta membenarkan orang bukan Islam memegang dan turut serta dalam ibadah Qurban. Itu semua bukan budaya dalam UMNO/BN seperti mana PAS yang menghalalkannya demi undi bukan Islam.

Wahai DS Chua Soi Lek, jangan kau punahkan harapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menTRANFORMASI-kan negara dengan hinaan engkau terhadap hukum-hakam agama Islam. Fahamilah dengan lebih mendalam akan hukum HUDUD ini sebelum engkau keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bakal mengguris hati-hati kami orang Islam. Para Ulama' yang benar ajaranya perlu segera memperjelaskan isu Hudud ini secara holistik dan lebih baik kepada yang bukan Islam di dalam UMNO/BN supaya perkara sebegini tidak berulang kerana ia bakal menjadi 'peluru-peluru' hidup oleh Pakatan Rakyat untuk menghentam pihak Kerajaan yang memerintah sekarang.

p/s: Agama Islam adalah agama yang suci lagi murni..

No comments:

Post a Comment