Sunday, December 18, 2011
PANAS: PERTANDINGAN BINA BADAN DI KELATE - PAS KATA TAK APA!!!
Mungkin dengan Slogan " Penubuhan Negara Islam" yang dibawa PAS selama ini telah menghalang mereka dari menganjurkan pelbagai aktiviti yang mungkin bertentangan dengan ajaran Islam. Demi memastikan mereka menjadi kuda tunggangan yang baik dan berguna kepada DAP dan PKR, dasar yang dibawa selama oleh pejuang-pejuang PAS yang terdahulu telah ditukar.
Mungkin kerana mahu meraikan pengguguran secara rasmi perjuangan untuk mewujudkan negara Islam ini di muktamar mereka baru-baru ini, PAS Kelantan telah menganjurkan pertandingan Badan Cantik Mr Kelantan. Atas alasan untuk menjaga kebajikan anak-anak muda, peserta yang bertanding dibenarkan untuk memakai seluar 'kecil' yang biasa digunakan dalam pertandingan bina badan.
Mengapa jadi begitu sedangkan sebelum ini puak-puak PAS lah yang paling kuat mengutuk, menghina dan mencaci sesiapa yang tidak menutup aurat mereka. Ada saja benda-benda mengaibkan dan memalukan mereka yang dibuat oleh PAS. Tidak mustahil satu hari nanti PAS Kelantan akan menganjurkan Pertandingan Muslimah Cantik atau Ratu Bina Badan untuk menarik pengundi wanita pula. Lagi baca di sini
Pembaca yang budiman lihatlah betapa hipokritnya puak PAS nie...Pertandingan Badan Cantik yang diadakan di Kelantan yang hanya pakai spender dan kain batik pendek gile PAS kata TIADA bezanya dari segi aurat.
Macam tu pulak kaa?? Bukankah PAS memperjuangkan Islam...kalau ada program yang dijalankan oleh pihak Kerajaan 'HARAM' katanya...Itulah dia PAS, balaci DAP. Demi untuk meraih undi mereka sanggup buat apa saja bukan untuk kepentingan rakyat TAPI kepentingan politik mereka sendiri...
p/s: Mula-mula buat program untuk lelaki nampak telur sikit lepas ni buat untuk perempuan pulak..terbeliak biji mata OSTAD-OSTAD PAS..He he he
No comments:
Post a Comment