Thursday, December 22, 2011

PANAS: DIANA DAN FARID CAKAP SOAL KAHWIN..??


Sudah hampir tiga tahun pasangan kekasih, Farid Kamil dan Diana Danielle berpacaran. Walaupun hubungan cinta mereka pernah putus sekejap satu ketika dulu, namun cinta pasangan pelakon ini kembali bertaut semula sekitar bulan Mei lalu apabila Diana mengesahkannya sendiri di laman Twitter miliknya.

GUA berpeluang bertemu dengan pasangan ini ketika sidang media filem terbaru mereka, ‘Hantu Gangster’ di Taman Pengkalan Batu, Klang, petang semalam. Bukan main romantik lagi mereka berdua apabila datang bersama dengan satu kenderaan.

Namun, ketika tiba di lokasi, pasangan ini cuba untuk tidak duduk bersama-sama al-maklumlah terdapat ramai pihak media di sana. Malah, ketika sesi bergambar beramai-ramai dengan pelakon lain serta pengarah pun, Diana menolak untuk duduk bersebelahan dengan Farid.

Ini belum lagi diminta untuk mengambil gambar berdua, lagilah mereka tidak mahu. GUA sempat mengusik mereka berdua bila nak melangkah ke peringkat seterusnya, Farid memberitahu, “Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi.”

Bagi Diana pula, “Setakat ini hubungan kami berdua okay. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu.”


p/s: GR doakan semoga cepat-cepatlah mereka mendirikan masjid...jangan lupa jemput makan nasi minyak yer.. ;)

No comments:

Post a Comment