Wednesday, December 21, 2011
GEMPAR: AKHIRNYA ARIFF ALFIAN BERSUARA!!??
Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi. Cerita lanjut baca di sini
Pada pendapat GR, jika ada masalah dengan keluarga sekali pun kenapa mesti ditinggalkan tanpa khabar berita?? Arif Alfian tak boleh berfikir ker pengorbanan ibu bapa beliau menyara beliau dari kecil hinggalah belajar diperingkat tertinggi. Pembaca nilailah sendiri apa pendirian Arif Alfian ini benar atau pun tidak??
Masih beragama Islam??? Gila ke apa si Arif nie?? GR nak tanya "Agama Islam membenarkan kita berkahwin sesama sejenis ker?? Boleh jawab tak wahai Arif Alfian...Sedangkan Allah S.W.T memberitahu dalam Al-Quran, Allah S.W.T melaknat kaum Nabi Luth a.s kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis serta Allah S.W.T menurunkan azab ke atas mereka...
Fikirkanlah...!!!
p/s: Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah S.W.T memberikan taufiq dan hidayah kepada Ariff Alfian supaya hatinya terbuka kembali kepada Islam.
yer... tdk dinafikan.... pengorbanan ibu bapa..tu kita x bole lupakan... maybe jauh disudut hati kecil dia... dia x lupakan pengorbanan ibu bapa dia
ReplyDeleteperselifahan faham antara keluarga.... dia bukannye langsung x contact keluarga dia.. just mak bapak dia je..maybe adalah sengkete diantara mereka dan keluarga mereka... sape kita nak judge org?
Anom 12.13..
ReplyDeleteKita judge dia berdasarkan tindakan dia. Kalau dia nak jadi gay ke, atau nak kahwin dengan Mat Saleh jantan ke, atau nak mati ke itu dia punya pasal. Yang kita marah ialah kenapa dia tinggalkan hutang hampir 1 juta untuk bapak dia bayar? Tinggalkan terus mak bapak satu hal, aniya mak bapak dengan hutang hampir 1 juta tu satu hal lagi...kalau nak jadi gay ke nak berimigrasi ke, hutang bayar lah! bodoh punya orang!
Arif ni bijak tak boleh diikut , bodoh tak dapat dilawan !
ReplyDeleteArif , selagi mak bapak masih hidup , selagi mereka masih ada , berilah sehabis kasih sayang yang mampu , jika kekasih hilang boleh diganti lain , jika bini mati boleh khawin baru , tapi mak bapak tiada gantinya ..tiada lawannya didunia ini !
esok , apabila mereka telah tiada , kamu menangis airmata darah sekalipun tiada gunanya , mereka tak akan kembali lagi .
pada Arif , sedarlah dan taubatlah , kamu sudah terlalu jauh tersesat , kamu sudah terlalu banyak menyakiti jiwa raga mak bapak ,baliklah dan cium tangan mereka , minta maaf segala dosa salah dan silap kamu .
jantan kawin jantan itu bukan dari ajaran islam !
perbuatan lelaki kawin lelaki dilarang dan terkutuk dlam islam !