Monday, December 19, 2011
APA NAK JADI BUDAK SEKOLAH SEKARANG??
Pembaca lihatlah gambar di atas, apa nak jadi dengan budak sekolah sekarang?? Sanggup mempermainkan Islam. Dengan memakai tudung tapi sengaja membuat isyarat lucah. Inikah generasi baru yang dikatakan pelapis negara tapi hilang sopan santun yang ada dalam diri??
Kita ingin salahkan siapa dalam hal begini?? Ibu bapa, pihak sekolah atau pelajar itu sendiri??
Di manakah silapnya gejala sosial yang kian meluas dikalangan pelajar sekolah. Saban hari ada saja berita kita dengar tentang pergaduhan di sekolah dan di rumah, berzina, pembuangan bayi dan macam-macam lagi.
GR lihat langkah-langkah yang dibuat oleh pihak Kerajaan masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Dan ibu bapa juga jangan meletakkan tanggungjawab 100% mendidik kepada guru-guru di sekolah kerana ibu bapa juga memainkan peranan penting memberikan didikan yang sempurna dari segi terapkan nilai-nilai agama Islam kepada anak-anak...Insyaallah!!!
p/s: Jangan sia-siakan harapan ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya di masa depan...
No comments:
Post a Comment