Tuesday, October 25, 2011

Masalah Kekurangan Doktor di Malaysia Tahap Kronik??

Masalah kekurangan doktor di Malaysia bukanlah isu baru tapi dah berkurun lama rasenya.. sudah sampai ditahap kronik...Betul ker?? Ramai juga rakan2 GR yg terpaksa mengambil masa yang lama kalau berurusan (rawatan) dengan hospital Kerajaan...menunggu lama tue pun biasalah agaknya..Ada juga kawasan yg tiada langsung doktor pakar dalam bidang perubatan...nak sebutkan lagi banyak rasenya.. Kenapa sampai sekarang tak selesai lagi... Menteri buat ape?? Goyang kaki ke??

YB Datuk Rosnah Shirlin, Timb Menteri Kesihatan Malaysia

GR difahamkan juga ramai graduan pergi ke luar negara untuk bekerja di sana kerana gaji doktor di Malaysia nie KECIK..betul ker?? Baru2 nie juga Timb Perdana Menteri juga menyatakan Malaysia masih kekurangan doktor... dah nak habis 2011 masih mcm tue lagi ker??

Baru2 nie GR ade berjumpa dengan Timb Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin kata beliau KKM mempunyai pelan jangka masa panjang dalam menangani 'masalah kekurangan doktor' ini seperti:

Pelan Tindakan: KKM bekerjasama dengan Universiti2 di Malaysia dan mempunyai graduan yg cukup dalam bidang kedoktoran. Memberikan sistem gaji yg efektif, elaun doktor & elaun bantuan, kenaikan gaji dll. KKM juga mengambil doktor dari luar negara secara kontrak untuk tindakan cepat dalam menangani 'masalah kekurangan doktor' ini. Doktor2 ini diambil dari Myanmar, Arab Saudi dan India. KKM juga menawarkan doktor swasta bekerja secara kontrak di hospital-hospital kerajaan. Baca selanjutnya sila KLIK DI SINI...

p/s: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...

No comments:

Post a Comment