Tuesday, October 18, 2011

EVANGELIST GERAKAN PALING AKTIF MURTADKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA???

Cari punya cari...selidik punye selidik...akhirnya GR dapat tau kegiatan Kumpulan Evangelist yang merupakan ajaran agama Kristian didakwa sebagai golongan yang paling aktif melakukan aktiviti meMURTADkan umat Islam dan gerakan kristianisasi di Malaysia sekarang ini. Kenapa puak PAS 'senyap' dengan isu Murtad nie...bukankah masih belum selesai masalahnya di Selangor??? Sibuk nak Kerajaan laksanakan HUDUD.. selesaikan MURTAD nie bersama ini lagi PENTING!!!


Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, antara kumpulan masyarakat Islam yang dijadikan sasaran untuk dikristiankan ialah golongan miskin dan berpendapatan rendah, anak-anak muda yang gemar berpeleseran dan terbiar, serta pesakit-pesakit yang sedang nazak di hospital.


Beliau juga turut menceritakan tentang seorang ibu tunggal memiliki 3 orang anak yang pernah dibaptiskan pernah bertemu dengannya dan menyatakan mereka menerima pelbagai bantuan lumayan dari gereja namun tidak sampai hati untuk meninggalkan Islam. Menurutnya, ibu tunggal 3 beranak itu menerima keperluan dapur yang lengkap secara bulanan, sewa rumah RM1,700 sebulan, manakala segala keperluan anak-anaknya ditaja penuh oleh pihak gereja. Selain itu, keluarga berkenaan juga diberikan sebuah kereta dan yang paling ‘isitimewa’ ialah keluarga itu akan dihubungi untuk bertanya khabar pada jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi pada setiap hari.... Orang Islam kita ada buat macam tue ker??? Masing2 tak ada rase sifat ingin tahu 1 sama lain... SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM!!!


P/S: GR harap semua pihak fikirkan bersama untuk menyelesaikan masalah MURTAD yang semakin berleluasa nie..Sedih tengok anak ISLAM yang lahirnya sebagai ISLAM tapi bila dewasa bertukar agama lain... Nauzubillah janganlah mati dalam Kafir...

No comments:

Post a Comment