Sunday, September 4, 2011

Al - Fatihah...


Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam semalam.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Pasukan Kelab Putra 1Malaysia serta media termasuk jenazah Allahyarham akan tiba di TUDM Subang pd jam 9.00 pagi esok, ketibaan mereka semua akan disambut oleh YAB Perdana Menteri serta Menteri-menteri yg lain...TAHNIAH kepada wira2 kita yg telah menabur jasa di bumi Somalia sehingga terpaksa mengadai nyawa..berikan sokongan padu pd mereka semua..
.

NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya.

p/s : Inna lilla wainna lilla hilirodjiun, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tergolong dengan golongan yang soleh. Salam Takziah kepada keluarga Allayarham. Al-Fatihah...



No comments:

Post a Comment