Monday, December 7, 2015

PERHIMPUNAN AGUNG #UMNO2015 ESOK, APA SEBENARNYA YANG KITA INGINKAN??


Esok bermulanya Perhimpunan Agong UMNO 2015..ada yang mengatakan ini adalah perhimpunan yang terakhir untuk semua orang-orang UMNO. Maksudnya sebagai parti yang memerintah Kerajaan pada masa ini. Adakah ianya benar atau khayalan semata-mata?

Melihat senario politik negara sekarang, memang amat memeningkan kepala kita. Sehingga ada yang berkata, adakah parti politik negara kita ini sibuk dengan agenda mereka saja...baik yang memerintah mahupun sebagai pembangkang. Apakah agenda yang mereka bawakan hanyalah untuk menyedapkan telinga kita sebagai rakyat untuk terus memberikan sokongan pada mereka atau pun terus berasa benci kepada diri kita yang sebagai pemimpin.

Adakah pemimpin-pemimpin di atas sana memikirkan atau terdetik sedikit dalam diri mereka apa sebenarnya yang rakyat mahukan..!!

Melihat senario sekarang juga, nampaknya ada pihak lain yang tak perlu nak 'KERJA KERAS' untuk memenangi hati rakyat. Mereka hanya perlu 'TAMBAH GARAM' sedikit dan cuit mana yang perlu saja...sebabnya mungkin ada pihak lain yang lebih gemar atau pengalaman untuk menjatuhkan bangsanya sendiri.

Tagline yang biasa kita dengar..."BERJUANG UNTUK RAKYAT", "BERJUANG DEMI RAKYAT", "NASIB RAKYAT AKAN TERUS DIBELA".... adakah ini hanya keluar dimulut saja atau perjuangan yang ikhlas. Jika mereka ini faham maksud ikhlas...mereka lebih tahu caranya bagaimana bukan..??

Untuk pemimpin semua, masyarakat sekarang tak mahu cakap banyak dah. Mereka hanya mahukan kehidupan yang terjamin untuk mereka. Pemimpin atasan pula, sudah-sudahlah berebutkan jawatan itu ini semua...kesimpulannya apa yang anda cakap hanya untuk sedapkan hati saja.

Pada penasihat-penasihat pemimpin pula, buatlah kerja dengan amanah. Jangan hentam kromo saja...bagi report tu bagilah keadaan yang sebenar, JANGANLAH ASYIK YES SIR SAJE!! Nak sedapkan pungkok boss hangpa jer. Pemimpin pula ambillah kisah dari semua sumber!!

Harap perhimpunan kali ini ader hasilnya dibawa untuk perubahan...selesaikan apa yang patut tak perlu ditambah garam lagi. Tak manis Melayu sama Melayu bermasam muka sama sendiri...yang untungnya siapa..???


GR kata: UMNO...semua nak tunjuk hero jer!!