Wednesday, April 8, 2015

#POTA215 CEGAH KETAKSUBAN EKSTREMIS MILITAN IS! TAHNIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Adakah pernah kita berfikir di waktu enak dibuat mimpi disamping bantal dan selimut yang empuk, masih ada di luar yang bertungkus lumus berjuang untuk kesejahteraan, keselamatan rakyat dan negara?

Pernah tak kita fikir sejenak pemimpin-pemimpin kita sanggup bersengkang mata untuk memberikan yang terbaik kepada kita semua? Tetapi ada segelintir masyarakat yang masih berfikiran kolot, mengatakan pemimpin itu ini hanya pandai bersandiwara. Siapa sebenarnya yang bersandiwara...rasanya jawapan ada pada anda semua.

Tahniah GR ucapkan kepada pihak Kerajaan kerana berjaya mewujudkan Akta POTA demi untuk menangani gejala IS yang semakin berleluasa di negara kita. Apa yang GR lihat sewaktu perbahasan, pihak pembangkang sengaja melengahkan waktu kononnya mereka berjuang untuk rakyat.

Adakah pihak pembangkang tahu, bahawa seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh akta ini diwujudkan...kenapa perlu ada semua takut? Setiap perkara yang tidak baik berlaku dan tidak mahu ianya terus berlaku haruslah dicegah dengan segera agar ketaksuban idealogi ekstrem IS ini tidak berleluasa.

Bukankah semua tahu, Akta POTA ini tidak terpakai pada mana-mana ahli politik. Kenapa perlu takut? Betul tak? Apa pun tahniah sekali lagi kepada KDN dan Menterinya kerana berjaya berjuang yang terbaik demi rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.

Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada Superitendan, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.

Anggota Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa, berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.

Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan POTA.

Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus berjaya dipulihkan," katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu. - BERNAMA

GR kata: Pemimpin tak tidur malam pun ada yang kata malas..cam ner tu??