Thursday, November 6, 2014

BUDAK SEKOLAH JADI SAMSENG HINGUSAN, SALAH SIAPA? @KemPendidikan @MuhyiddinYassin @idrisjusoh @PDRMsia


Kes buli pelajar, sebenarnya budaya ini sudah lama terjadi di zaman persekolahan. Budaya buli antara pelajar senior dan junior adalah menjadi asam garam dalam alam persekolahan lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di asrama penuh mahu pun tidak.

Kenapa ianya terjadi? Pendapat GR yang dahulu pernah duduk di sekolah yang berasrama penuh adalah disebabkan budaya turun temurun yang menyebabkan ianya tidak boleh dibendung lagi. Pelbagai cara pelajar-pelajar ini lakukan demi mendapatkan nama yang membolehkan mereka ini 'berkuasa' di sekolah tersebut. Dalam erti kata lain, "Budak-budak harus respect dengan aku, siapa berani nak lawan"??

Kenapa budaya buli ni tak diperhebohkan sejak dahulu lagi? Adakah disebabkan zaman sekarang yang mempunyai teknologi yang tinggi membuatkan setiap perkara baru atau pelik terus boleh kita dapati dengan cepat? Viral sesebuah video atau insiden itu berlaku dengan cepat sekali disebabkan oleh pengaruh media sosial yang tinggi dan cepat? Siapa yang harus dipersalahkan?

Dalam perkara ini, pandangan dan pengalaman GR sendiri semua pihak harus ambil tanggunngjawab bersama. Di sekolah berasrama, sudah tentu warden asrama yang ibu bapa harapkan. Kerana dialah yang bertanggugjawab sebagai ibu bapa kepada pelajar-pelajar kerana menjaga mereka. GR lihat ada sesetengah warden yang ambil lewa dengan tanggungjawab yang diberikan pada mereka.

Pihak warden tak kira lelaki atau perempuan seharusnya RAJIN melakukan rondaan ke setiap dorm untuk melihat apa yang pelajar ini buat. Jika rondaan secara spot check ini dilakukan setiap masa sudah pasti warden dapat tangkap sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Ini tidak ada warden yang duduk rumah rileks kacang tidor dan lepak bersama keluarga. Yang bujang pula entah pergi ke mana.

Warden juga harus selalu berikan nasihat kepada pelajar-pelajar jangan ada yang cuba untuk wujudkan budaya buli di sekolah tersebut. Kalau dapat tangkap banteras cepat dan serahkan pada pihak sekolah atau berkuasa untuk diambil tindakan tegas.

Pelajar juga ada silapnya kerana mereka yang bajet diri mereka dah besar boleh membuli budak-budak yang di bawahan ni. Ini mungkin disebabkan jiwa mereka yang memberontak dan ada dikalangan mereka ini kurang kasih sayang dari keluarga. Kepada ibu bapa selalu lah menjenguk anak-anak korang yang tinggal di asrama tu, jangan serahkan sepenuhnya pada pihak sekolah dan jangan asyik nak salahkan cikgu atau pun pihak sekolah saja.

Sebagai guru pula, haruslah wujudkan sikap dan sifat hubungan baik dengan semua pelajar. Jangan pilih kasih...Dengan cara ini mungkin ada dikalangan pelajar jahat akan berfikir diri mereka disayangi. Jika mereka buat hal juga, tindakan tegas harus diambil jangan tunggu-tunggu. Jangan pula asyik COVERLINE sebab nak jaga nama semua pihak. Mana yang penting??? Korang fikirlah sendiri....


Ada juga dikalangan guru yang bercakap dengan GR, industri perfileman terkena tempiasnya kerana terlalu banyak mengeluarkan cerita yang berunsur gangster. Nak buat cerita boleh tapi perlulah tapisan umur untuk mereka yang ingin melihatnya di panggung. Sudah menjadi lumrah di Malaysia, satu benda baru sudah pasti ada pengikut-pengikutnya....Jika buat satu cerita cuba cari aspek yang berlainan yang boleh memberi kesedaran pada masyarakat...jangan asyik pikir untung saja yer.


GR kata: Lawak tengok budak-budak baru nak up...macam hampeh! Kalau hebat sangat one by one laaa....barulah ANAK JANTAN kan!!!