Friday, August 22, 2014

#PrayForMH17: ALLAH S.W.T LEBIH SAYANGKAN AYAH WAHAI ANAK KECIL! #MalaysiaBerkabung


Khutbah khas bertajuk 'Hakikat Luh Mahfuz', di Masjid Putra di sini sempena Hari Perkabungan Negara pada Jumaat, memberi pengertian besar dalam kehidupan umat Islam yang wajib percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan daripada Allah SWT.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, pemilihan tajuk itu telah dibincangkannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan kewajaran kandungannya dengan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

"Sesungguhnya manusia tidak boleh lepas daripada Qada' dan Qadar Allah SWT dan bagi kita umat Islam, kita kena percaya bahawa Qada dan Qadar Allah SWT sememangnya wujud. Malah, rezeki kita, mati kita semua ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Kalau berlaku apa-apa, bukanlah seharusnya kita  patut runsing kerana ini adalah ketetapan Allah SWT dan seharusnya kita kena terimanya dengan hati yang terbuka," katanya  kepada Bernama di sini, Jumaat.

Syaikh Ismail berkata, pengertian Luh Mahfuz itu sendiri bermaksud satu ketetapan Allah SWT yang tidak dapat diramal atau diduga oleh manusia.


Sebelum itu, belia mengimamkan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib di Masjid Putra di sini.

Turut menunaikan solat itu ialah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 5,000 jemaah.

"Saya berharap waris dapat menerima insiden yang menimpa keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Bahawasanya Allah lebih  menyayangi mereka (mangsa MH17)," katanya.

Kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pagi Jumaat sebelum diberi istiadat penghormatan tertinggi negara.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama Islam.


Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur  Ukraine  berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh, namun setakat ini,  tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.







GR kata: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga anak kecil ini tabah meneruskan kehidupan tanpa seorang ayah. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Al Fatihah...Amin.

Thursday, August 21, 2014

HOT #KrisisSelangor: @rafiziramli BUAT DRAMA, CUBA NAK LEPASKAN DIRI! @drwanazizah



Alasan!! selepas tersebarnya satu dokumen yang dikatakan, dokumen rahsia dan sulit berkenaan “Langkah Kajang” yang dirangka oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, hari ini tuan punya badan tampil menafikannya.

Rafizi menuduh blogger dari UMNO yang mencipta sendiri dokumen berkenaan. Dalam penafian itu, Rafizi dibantu oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dengan membuat satu kenyataan yang agak bercanggah daripada kenyataan Rafizi sendiri.

Dalam tweetnya berkaitan pendedahan itu, Rafizi dikatakan tidak menyebut strategi mengadakan pilihan raya kecil Kajang itu sebagai “Langkah Kajang” tetapi “Serampang Kajang”.


Seperti yang di ajarkan oleh Anwar kepada barua-baruanya, bila dah terkatoi, jangan jawab perkara yang kantoi tu, pusing dan create cerita lain...

Inilah yang berlaku kepada Rafizi Ramli...Korang cuba ingat balik al kisah ketika Rafizi majlis pertunangan anak PM Najib. Katanya Najib gunakan duit rakyat dan macam-macam tomahan lagi. Last-last kantoi...aper citer???

Dia tak berani nak jawab dan komen soalan dan pertanyaan dari dewan Pemuda PAS, pasal dokumen sulit nak jahanamkan ekonomi negara (kajang move) itu, tapi dia cuba bermain dengan isu lain, kononnya ada bloger pro UMNO mengaitkan dia dengan pompuan mat saleh bernama kristin...


Lepas tu mulalah pusinng cerita dengan mengatakan Kristin tu seorang kucing 'belaan' si Rafizi nie. Sampai sanggup masukkan lacurkan gambar anak sendiri demi nak cover diri yang dah kantoi penipu. Gambar seperti di atas.

Tidak nampak pulak di alam maya ini, tersebarnya cerita Rafizi bermukah dengan perempuan bernama kristi, baik dalam facebook, twiter dan blog.  Betul tak??

Rafizi sengaja nak alih pandangan orang supaya tidak membesarkan kebocoran dokumen #KajangMove.  Malah mengikut sumber, dokumen Kajang Mobe itu diperolehi dari budak-budak PKR Pandan yang rapat dengan Rafizi.

Alahai Rafizi kawasan sendiri pun tak jaga dengan betul sibuk nak rampas kuasa orang lain. Bila dah kantoi, ade juga yang percaya bulat-bulat pada Rafizi nie kan. Sapa yang bodoh yer???


GR kata: Dah terkangkang, cuba nak jilat balik yer!!!

#LahadDatu: SAKSI CERITAKAN PERISTIWA NGERI ANGGOTA POLIS DIBUNUH DI SEMPORNA


Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini. Pegawai Penyiasat Insp Jamirin Kintai, antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac tahun lepas, berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.

Enam_polis_terbunuh_Semporna:

“Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya.

“Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka,” katanya.

Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran “hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.

“Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pada Februari tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil memberitahu mahkamah bahawa tiga daripada tertuduh telah dinamakan dalam pintasan komunikasi dilakukan di Bukit Aman dari 14-17 Feb tahun lepas berhubung pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mengenal pasti tertuduh berkenaan sebagai Salib Akhmad Emali, Julham Rashid dan Al Wazir Osman alias Abdul.

Katanya lapan nombor telefon bimbit telah dipintas, dengan tiga nombor iaitu 019-5398122 digunakan Salib Akhmad; 012-8384472 digunakan Julham dan 014-6774272 digunakan individu dikenali sebagai ‘Imam Tua’ dan kemudiannya dikenal pasti sebagai Al Wazir, adalah paling aktif berkomunikasi dengan satu lagi nombor 014-2847213, digunakan oleh seseorang dikenali Raja Muda Agbimuddin.

“Bagaimana anda tahu nama-nama individu ini?” soal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed. Mohamad Hasnal: “Kami telah memantau komunikasi pengguna nombor berkenaan dan nama mereka disebut.”

Pegawai Cawangan Khas itu memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan oleh Allahyarham Ibrahim untuk terbang ke Lahad Datu pada 18 Feb tahun lepas untuk menjalankan tugas pengawasan terhadap tiga individu itu selama seminggu bermula 19 Feb.

Katanya pada 25 Feb tahun lepas, beliau memberi taklimat kepada pegawai polis ASP Noraidin Awang Maidin, di Balai Polis Tungku di Lahad Datu untuk menahan Salib Akhmad di Ladang Kelapa Sawit Abadi Emas di Tungku.

Pada 1 Mac tahun lepas, katanya beliau memberikan maklumat berkaitan di Balai Polis Semporna untuk menahan Julham di Kampung Pangkalan Badai, Kunak dan Al Wazir di Semporna.

Salib Akhmad, Julham dan Al Wazir menghadapi pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Salib Akhmad juga menghadapi pertuduhan merekrut anggota untuk kumpulan pengganas.
Mereka merupakan antara 30 tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan bagi pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. – Bernama


GR kata: Al Fatihah kepada pejuang negara yang terkorban.

Wednesday, August 20, 2014

TEGURAN TUN M, NAK BAGI BAIK ATAU NAK ROSAKKAN ORANG MELAYU? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunDrMahathir @PMOMalaysia @KDNPUTRAJAYA


Hari ini kita lihat PM Najib Razak mula 'Dihentam' teruk oleh Tun M yang kita kenal sebagai Bapa Pemodenan negara kita. Pandangan GR teguran boleh dibuat demi kebaikan kita bersama, tapi apakah mesej sebenar yang cuba disampaikan sehingga menjadi bualan di kedai-kedai kopi sekarang nie??

Apakah benar era pemerintahan Tun M boleh DIPRAKTIKKAN keseluruhannya di zaman PM Najib sekarang nie. Sama-samalah kita fikirkan... Tak salah untuk memberikan teguran, betul tak? Tapi kenalah dengan caranya. Kenapa dengan Pak Lah dulu boleh pun berjumpa 'Face To Face'...tapi dengan Najib sekarang terus sembur jerrr....

GR hormat Tun M kerana membesar di zaman era pemerintahan beliau. GR juga tahu beliau hebat dalam apa jua yang beliau lakukan dan ingin lakukan. Tapi buatlah sesuatu itu dengan penuh hikmah bukannya nafsu semata-mata.

Padangan beberapa pemimpin yang mempertahankan era pemerintahan PM Najib ada betulnya:

1. Tengku Adnan berpendapat bahawa setiap teguran atau nasihat hendaklah disampaikan secara baik dan mengikut amalan lazim anggota Umno iaitu secara tertutup.
“Hanya saya minta pada Tun (Mahathir), kalau boleh jangan terlalu terbuka. Kalau ada masalah pada parti dan pimpinan, datang berjumpa dengan presiden. Kalau presiden tiada, timbalan presiden ada, naib presiden ada, saya pun ada. Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose,”

2. DS Noh Omar: “Dia (Mahathir) ini umpama seorang bapa. Seorang bapa sentiasa bagi nasihat atau teguran kepada anak. Kerana apa (nasihat dan teguran)? Kerana dia sayangkan anaknya.

“Jangan ambil hati. Kita nilai nasihatnya itu. Kalau perlu kita ambil tindakan, kita buat. Tapi kalau tak betul nasihatnya kita buat kerja ikut apa yang kita dah rancangkan,”


Pandangan mereka ini ada benarnya dan selaras dengan apa yang dituntut dalam Islam dalam konteks menegur atau kritikan yang membina. Jangan pula macam sorang pemimpin tu, jawapan yang diberikan melalut sampai ke jauh mana ntahnya. Tak tau dia nie backup Big Bossnya atau pun sebaliknya...He he he

Fahami ayat Al Quran seperti di bawah:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. - Surah Al Hujurat, Ayat 12

Dan berdebatlah dengan mereka mengikut cara yang terbaik... - Surah An Nahl, ayat 125

Persoalannya di sini, berapa ramaikah pemimpin-pemimpin UMNO BN yang bangun mempertahankan Big Boss mereka bila 'Dihentam'? Bukankah UMNO mengajar mereka ini dan ahlinya taat setia pada parti dan juga barisan kepimpinan parti. Mana diaorang pergi??

GR lihat di sini bila PM Najib dicuit hanya beberapa kerat saja pemimpin yang berani tampil...mana yang lain?? Kata hebat dalam perjuangan??? Itu baru dicuit dalam kalangan parti mereka saja, kalau nak diambil kira dihentam teruk oleh puak pakatan pembangkang memang tak boleh dikira. Pelbagai tomahan dan cacian yang diterima oleh PM Najib, tapi berapa ramai yang backup Big Boss mereka sendiri.

Bila tak ramai pemimpin yang berani bangun backup Big Boss mereka, macam mana masyarakat nak lihat bahawa UMNO ini betul-betul kuat. Jangan salahkan orang lain kalau anak muda juga sudah mula menyampah dengan UMNO!!

Disaat PM Najib dihentam, mana orang kiri kanan Najib...kena semuanya senyaap membisu, nak 'Play Save' ker?? Adakah disaat manis madu habis dihisap semuanya lari selamatkan diri?? Mana perginya pengampu, kaki bodek dan penasihat PM Najib yang kenyang dengan pelbagai projek yang diberikan...semua lari menyorok dalam rumah ker??

GR harap sangat PM Najib harus berfikir bahawa mereka ini hanya mahukan sesuatu tapi tak berani untuk membuat sesuatu. Mungkin inilah harga yang PM Najib terima disaat beliau dihentam teruk, semua pemimpin lari dan Najib terkontang kanting cuba menyelamatkan dirinya seorang diri.

PM Najib juga harus berfikir dan lihat pada pemimpin yang betul-betul setia dan ikhlas berjuang bersama beliau yang berani tampil membela Big Boss mereka. Lihat video di bawah dan korang nilailah sendiri, jangan asyik syok main statement menteri kalau tak dengar sampai habis yer!!









GR kata: Bila kita makan kari, ramuan dia..daun kari semua kita makan sekali atau kita buang yer?? Korang fikirlah sendiri yer...!!!

Monday, August 18, 2014

#KrisisSelangor: PERJUANGAN PAS DEMI ISLAM ATAU DEMI POKET PENUH? @Khalid_Ibrahim @abdulhadiawang @drwanazizah


Nampaknya drama krisis kedudukan MB Selangor masih belum sampai ke penghujungnya. Ianya bakal menjadi episod yang tiada kesudahanya. Seperti biasa inilah perangai bangsa Melayu yang sejak dulu suka jatuhkan bangsanya sendiri.

Adakah al kisah Khalid Ibrahim ini ciptaan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menarik perhatian rakyat khususnya di Selangor? Kenapa rakyat yang menjadi mangsa? Bukankah pilihanraya umum telah pun selesai, dan seharusnya perkhidmatan yang terbaik harus diberikan pada rakyat. Rakyat yang memberikan mandat...bukannya mempermainkan hati dan emosi rakyat!!

Mana perginya perjuangan dan keadilan yang diperkatakan untuk membela nasib rakyat? Mana perginya pendirian PAS dalam menangani krisis MB Selangor ini? Mengapa perlu peralihan kuasa jika seorang pemimpin itu 'Perform' untuk rakyatnya?

Adakah tindakan yang dibuat oleh TS Khalid Ibrahim tidak selari dengan pendirian Anwar Ibrahim dan DAP membuat beberapa pihak mula panas punggung? Soalan yang perlu kita sama-sama fikirkan, adakah sesebuah pentadbiran negeri atau negara itu milik seseorang individu atau pun milik rakyat? Korang fikirkanlah....

GR melihat di sini ada agenda tersendiri yang mungkin kita semua terjebak dalam 'Game Plan' mereka. Lihat sajalah, bila mana Tuanku Sultan masih menerima Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. PAS yang peringkat awalnya 'berkeras' dengan pendirian mereka akhirnya tewas dalam 'Dakapan' Anwar. Adakah mereka benar-benar ikhlas, atau pun takut kerana kehilangan sokongan dan juga kuasa?

U-Turn yang telah dibuat oleh PAS berlaku dalam sekelip mata, ada yang kata inilah perjuangan pakatan pembangkang yang harus dicontohi kerana mereka 'Satu Kepala'. Fikirkanlah dengan waras, jika perkara sebegini mereka tidak boleh selesaikan dengan baik, bagaimana pula untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada mereka. Sudahlah kerja pada rakyat mereka malas, yang hanya pandai menyalahkan pihak lain atas krisis yang berlaku. Otak letak kat mana??

Sokongan yang tinggi diberikan oleh Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR untuk jawatan Timb. Presiden PKR harus diberikan kerana tanggungjawab yang beliau laksanakan dengan baik. Cuma di sini, mahukah PKR yang semua cukup maklum `wahyu'nya dikeluarkan melalui Anwar Ibrahim (yang berkehendakkan Azmin menang) mengumumkan sebelum 10 Ogos kemenangan Abdul Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu. Itu pun andai PKR memiliki daya telusnya.

Sewajarnya sekutu-sekutu pakatan terutama Pas sedar diri akan ketelusan PKR dalam memproses pemilihannya. GR sudah agak PAS akan membuat U-Turn dan hakikat sebenarnya mereka tidak berani untuk membuat sebarang keputusan yang tegas. Sudah banyak keputusan yang mereka buat sebelum ini hanyalah LAKONAN SEMATA-MATA!!


Istilah kafir harbi dalam kamus kepimpinan PAS kelihatannya sudah mempunyai takwil yang berbeza. Malah, ini bukan perkara baru yang berlaku sehari dua ini tetapi sudah beberapa ketika sejak laungan tahaluf siyasi dengan DAP berkumandang. Sejarah menjadi saksi hakiki segala tohmahan DAP terhadap hudud PAS bila PAS bertegas mahu melaksana hudud.

Saban hari, semakin terbukti, hidung parti PAS ini memang tak mancung, pipinya pula tersorong-sorong. Parti ini menjadi titik maruah Islam dihenyak oleh mereka yang tidak senang dengan keberadaan Islam di tanah air yang tercinta ini.

Sehingga masa ini, ramai yang percaya dan yakin, pada penghujung sandiwara pelantikan MB baru ini, akan diakhiri dengan seluruh rakyat Malaysia akan melihat bagaimana Hadi Awang akan akur, tunduk dan patuh serta menurut perintah Anwar dan Kit Siang. Permainannya berbeza. Dramanya punya babak lain. Namun begitu, penghabisannya nanti kita sudah maklum seperti sebelumnya.

Ramai sudah muak dengan politik murahan meraih publisiti media dan dalam masa sama mempermain amanah rakyat. Banyak tenaga habis untuk politik Pakatan Rakyat yang langsung tidak mendatang secubit faedah kepada rakyat jelata.

Ingatlah wahai orang-orang PAS dan rakyat Malaysia, kenyataan AJK PAS Pusat Dzulkefly di akhir kalamnya baru-baru ini; "Ya Allah, ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi muafakat politik ini...."

Berapa banyak Anwar 'Kautim' dengan Hadi Awang yer???? Korang rasa??? Kenapa perlunya Azizah jadi MB? Dia nie anak kelahiran Selangor ker? Azmin pulak???

 
GR kata: Sampai bila kita diperbodohkan macam bangkai nie???