Kemenangan parti UMNO yang bertambah baik semasa dalam PRU13 menunjukkan
out come yang kita perlu lihat dari sudut positif.
Janganlah hanya kerana kegagalan MCA dan GERAKAN mengaut undi masyarakat Cina sebagai kegagalan DS Najib Tun Razak kerana kedua-dua parti komponen itu sendiri perlu berubah. Senang cerita, ramai pihak mahu kedua-dua Presiden parti itu berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain untuk mendapatkan keyakinan pengundi masyarakat Cina. Nama pun Transformasi kan?
MCA dan GERAKAN perlu berubah sebagaimana MIC berubah dan akhirnya tanpa TS Samy Vellu jua, MIC boleh menambah jumlah kerusi mereka walaupun dari segi luaran DS G. Palanivel kelihatan lembut dan tidak agresif.
AHLI UMNO PERLU BERSABAR
Ada beberapa perkara di mana DS Najib Razak mengambil masa untuk menyelesaikan beberapa isu dalam negara kita. Malangnya, beberapa pihak di kalangan kita mahukan ianya diselesaikan dengan segera dan cepat.
1. NAJIB SEDERHANA
DS Najib Razak adalah Perdana Menteri yang mengamalkan pendekatan sederhana dalam banyak hal. Jika kita perhatikan, di peringkat global DS Najib membawa mesej 'Kesederhanaan Global' dan di dalam negara beliau membawa tema 1Malaysia dan Wasatiyyah.
Namun, golongan fanatik Melayu dan terdapat juga umat Islam melihat cara tersebut tidak sesuai dilaksanakan dalam konteks sekarang, memandangkan keadaan politik negara sudah jauh berubah kepada gaya agresif, cepat dan laju mendominasi.
Dua isu terkini iaitu campur tangan Diplomat Vatican City di Kuala Lumpur dalam isu penggunaan nama "Allah" dan dua orang Cina yang membangkit kemarahan umat Islam, tidak ditangani secara langsung oleh DS Najib Razak tetapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Luar Malaysia.
Dalam hal ini, mereka mahukan suara DS Najib Razak. Tetapi saya fikir di dalam parti biarlah Ketua Pemuda UMNO menunjukkan kewajipannya, manakala di dalam Kerajaan biarkan Menteri Luar Malaysia menangani isu-isu Diplomatik. Sudah tentu semuanya di bawah pengetahun DS Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.
2. NAJIB TEGAS
Kita perlu ingat kembali dalam siaran Radio Ikim mengetengahkan sebuah rancangan sangat menarik tentang kisah sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Muadz ibn Jabal. GR pendekkan sirahnya, Muadz ini selalu menjadi makmum kepada Rasulullah S.A.W sekian lama. Apabila Muadz menjadi imam, suatu hari Muadz membaca surah Al-Baqarah dengan sangat panjang. Maka keluarlah seorang makmun dari saf. Makmun ini pergi bertemu Rasulullah S.A.W dan mengadu kepada Rasulullah SAW perihal Muadz memanjangkan waktu solat. Maka Rasulullah S.A.W 'memarahi' Muadz akan hal ini.
Pengajarannya, ialah Islam itu agama yang indah dan agama yang mudah, usah menyusahkan makmum, usah menyusahkan orang daripada mencintai dan mendekati Islam dengan cara yang menyebabkan orang menjauhi Islam. Wallahu'alam....
Ketegasan DS Najib Razak boleh dilihat dalam isu membabitkan kepentingan rakyat. Dalam isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dahulu, apabila ianya didapati melibatkan kepentingan rakyat dan isu ketidakadilan, DS Najib Razak ketika itu telah mengambil tindakan tegas membatalkan skim SBPA itu walaupun ianya hampir dilaksanakan.
3. PENDAPAT LEE KUAN YEW
Lee Kuan Yew menulis di dalam buku-buku Bibligrafinya yang GR baca, katanya semasa era Tun Razak sebagai Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin Cina tidak berani mengangkat muka kepada Tun Razak. Malah mereka tidak berani bercakap berlebih-lebihan apabila Tun Razak berkata-kata. Ini adalah kerana kekuatan Tun Razak dan BN memenangi 134 daripada 154 kerusi parlimen. Hukumnya ialah apabila kita kuat, maka orang lain tidak akan berani memijak kepala kita.
4. TUN RAZAK
Tun Razak adalah pemimpin penyatu, selain daripada membawa masuk Dr. Mahathir menyertai semula UMNO (1974), Tun Razak juga membawa masuk parti SUPP di Sarawak (1970), GERAKAN di Pulau Pinang (1972), PPP di Perak (1972) dan PAS di Kelantan (1974) ke dalam BN.
5. HARAPAN KEPADA DS NAJIB RAZAK
Impian DS Najib untuk menang besar dalam PRU13 baru-baru ini terbantut oleh kekalahan di kerusi-kerusi MCA dan GERAKAN khususnya. Namun, kemenangan di Kedah dan pertambahan kerusi UMNO di DUN dan Parlimen merupakan mesej yang jelas.
Makanya, usahlah kita underestimated kemampuan DS Najib Razak dan Timbalanya TS Muhyiddin Yassin mengemudi UMNO dan mentadbir kerajaan, khususnya di dalam politik. Pengalaman beliau sudah menjangkau hampir 40 tahun berpolitik. Kawan dan lawan adalah lawan dan kawan beliau sejak sekian lama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif pada pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Oktober ini.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, ini kerana pemilihan itu akan dijalankan berdasarkan kepada perlembagaan parti yang baharu.
"Pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berdasarkan perlembagaan baharu parti, insya-Allah, bakal menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif," katanya di laman Facebooknya hari ini.
Pada mesyuarat MT semalam, Najib mengumumkan tarikh pemilihan jawatan MT UMNO akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.
Pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.
Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.
Sementara itu, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini dan Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember ini. - BERNAMA
Ingat! sekali air bah, sekali pasir akan berubah. Sekali sahaja DS Najib Razak 'twist' mereka, seluruh negara akan berubah.
Awan mendung akan berarak, langit semakin cerah dan ceria. Siapakah yang akan rugi? Mereka yang gelojoh...Fikir-fikirkan!
GR kata: Tiada pertandingan 2 jawatan tertinggi UMNO tapi harus lakukan perubahan demi agama, bangsa dan tanahair.