Saturday, June 1, 2013

Inilah Budak Safwan Anang BODOH! Tak Tahu Apa Sebenarnya Yang Dia Buat! @Zahid_Hamidi


Sekali lagi Anwar Ibrahim menggunakan mahasewel demi kepentingan peribadinya. Bukannya apa Anwar sendiri tak berani nak turun ke Putrajaya, jadi dibayarnya budak-budak yang tak ada masa depan nie. Budak mahasewel ni apa kisahnya dapat duit sikit janji boleh buat makan minum untuk sehari dua sanggup buat perkara yang bikin malu mak bapak diaorang.

Sekumpulan mahasiswa semalam berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 20 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu. Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.

Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas. Tarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis. "Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.- UtaraNews

 Kenapa pula bila Polis buat kerja dikatakan ada campur tangan politik? Sudah banyak kali dikatakan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri:

"Saya telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) untuk menguatkuasakan undang-undang dan saya harap pelaksanaannya dilakukan tanpa campur tangan saya" - DS Zahid Hamidi

Polis jalankan tanggungjawab mereka menjaga keamanan dan keselamatan negara. Puak pakatan haprak ini bila bercakap yang keluar dari mulut mereka bukan menghasut ker? Apa diaorang boleh boleh belaka, apa yang Polis buat salah. Mana keadilan yang diaorang sibuk war-warkan selama nie?

Usah dilayan mahasewel yang tak ada masa depan ni. Pihak Polis terus jalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. Rakyat Malaysia menyokong penuh tugas Polis lakukan sebab dah lama sangat mereka nak tengok Polis bertegas. Selama ni puak pakatan haprak PIJAK kepala Polis.

Pada yang masih tak faham lagi, boleh tengok video ini :




GR kata: Mahasewel cakap pasal kewarganegaraan pun failed nak cite pasal politik..!! Skolah kasi abis dulu la kawan....

Friday, May 31, 2013

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 - JANGAN ADAKAN PERTANDINGAN UNTUK 5 JAWATAN TERTINGGI UMNO, SETUJU TAK..?


Buat pertama kali dalam sejarahnya, UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

PRU13 telah pun selesai, dan telah menampakkan BN masih lemah dari segi pucuk pimpinannya. Banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan diperbaiki untuk membolehkan rakyat benar-benarnya memilih BN untuk PRU14 nanti.

Bagaimana pula dengan UMNO? Apabila ada pertandingan merebut jawatan, maka akan berlakulah senggol menyenggol, siku menyiku, tolak menolak, bentes dan membentes. Siapa yang tak mahu menang...betul tak?

Sudah menjadi tradisi dalam setiap kali pertandingan pasti ada yang menang dan juga kalah. Orang sibuk nak PRU13, ada juga yang sibuk atur langkah untuk duduk di kem mana-mana demi selamatkan 'kuasa mereka' dalam pucuk pimpinan UMNO baik di cawangan atau pun di Bahagagian.

Ada desas desus, berbunyi juga sok-sek sana sini bahawa ramai Ketua Bahagian UMNO “kemut” duit perbelanjaan PRU 13 kerana dijadikan simpanan untuk “berbelanja” sewaktu pemilihan parti tahun 2013 ini.


Pandangan GR juga ada samanya dengan beberapa rakan dalam pucuk pimpinan UMNO. Untuk mengelakkan perpecahan UMNO jawatan Presiden, Timb. Presiden dan 3 Naib Presiden tidak harus dipertandingkan. Perkukuhkan tali silaturrahim orang Melayu kerana Melayu sekarang sudah berpecah. UMNO yang menjadi parti perjuangkan nasib orang Melayu harus berubah dan rapatkan saf untuk perkukuhkan orang Melayu. Dalam UMNO sendiri jangan ada pepecahan lagi lupakan yang lain.

Jangan lupa  kesan daripada perpecahan masih boleh dirasai jika kita singkap sejarah lalu. Sewaktu pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh. Sehingga hari ini masih ada lagi label Team A dan Team B.

Apabila berlaku pertembungan antara Muhyiddin Yasin dengan Tan Sri Muhammad Taib merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan yang lepas, kesannya menyaksikan Mike Tyson ‘mufarakah’ seterusnya beliau memilih untuk menjadi ahli PAS kerana mahu jaminan masuk Syurga. Ingat jangan sibuk nak peroleh kuasa, nasib rakyat dan orang Melayu yang harus menjadi perjuangan UMNO yang utama, kerana orang Melayu sekarang dah jauh terpesong dan harus kembali ke pangkal jalan.

Wajar atau tidak jawatan Presiden, Timb. Presiden dan 3 Naib Presiden dipertandingkan...harap korang boleh bagi pandangan setuju atau tidak..??


GR kata: Ada yang sibuk nak jadi Ketua Bahagian tapi bila dapat hilang entah ke mana....

Alahai, Malunya Ada Pemimpin Perangai Macam Nie..!!


Pemimpin perangai macam budak-budak sekolah atau pun macam budak perangai tak cukup umur, korang malu tak? Mengaku tak ada kalau pemimpin kawasan korang perangai macam nie..??

Kalau pada yang pertama sekali tengok gambar di atas, sudah tentu akan kata ini mesti berlaku kekerasan terhadap pemimpin terbabit. Mesti ada yang keluar dari mulut-mulut gampang kata pemimpin ini dibelasah teruk atau diberikan layanan yang kasar oleh pihak Polis. Betul tak? Sebab itu yang keluar dari mulut pemimpin pakatan haprak nie bila mereka berdepan dengan pihak Polis.

Bila waran tangkap telah dikeluarkan Polis bermacam-macam pula alasan yang mereka diberikan. Seorang yang jatuh bersalah perlu ker dilayan macam Raja? Siapa mereka untuk diberikan layan Gred A, kena sopan santun bagai semuanya? Sebelum ini mereka layan pihak Polis dengan penuh hikmah dan sopan santun ker?

Pelbagai cacian dan makian yang mereka lontar pada pihak Polis dan pemimpin negara tapi siapa yang bersikap profesional...korang lihat dan fikir sendirilah yer. Dalam insiden penangkapan pemimpin pakatan haprak ini korang tengok sendiri video ini, siapa yang perangai budak-budak? Malu ada pemimpin macam ni, yang jadi anak dia pun mesti malu bapak perangai macam 'Pelacur yang mengelitis kegersangan'....




GR kata: Tian Chua tagih simpati cara paling bangang dalam dunia. Orang Batu suka pemimpin yang malas macam ni bagus lah yer...jangan duk sibuk mintak bantuan pada orang lain yer!!

Thursday, May 30, 2013

PRU13 ADALAH SEGALANYA! ANWAR IBRAHIM YANG GILA ATAU RAKYAT MALAYSIA YANG DIAJAK JADI GILA?


Masih berkisarkan dengan al kisah PRU13....sehingga hari ini GR masih menanti-nanti apakah 'Game Plan' seterusnya dari Bapak Segala Penipu Anwar Ibrahim. Dari satu ke satu ada saja langkah-langkah jahatnya tidak diredhai Allah SWT dan beliau masih tidak boleh menerima Qada' dan Qadar yang telah ditentukan. Bukankah itu lumrah hidup??

Di alam maya juga GR lihat sehingga hari ini, pencacai-pencacai Anwar masih menggunakan 'senjata lapok' mereka iaitu dakwat kekal tidak kekal, Mat Bangla yang lebih 40ribu bantu BN menang PRU13 dan kejadian BlackOut di kawasan tertentu tapi sehingga hari ini juga tiada laporan Polis dibuat, hanya laporan Polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim katanya dakwat kekal yang digunakan tidak kekal.

Kenapa baru sekarang? Kalau betul tak kekal, kenapa tak laporkan terus pada hari kejadian atau 2,3 hari selepas pembuangan undi?? Paling kelakarnya tak sudah-sudah dengan undi popularnya. Popular itu adalah dari sumber alam maya dan bukan atas kertas undi yang telah ditetapkan sendiri oleh rakyat.

Sekali lagi GR ulang, mana laporan dan bukti untuk Mat Bangla dan BlackOut? Bukti Mat Bangla boleh mengundi? Nama dan alamat mereka gunakan? Kad Pengenalan mereka yang sah yer (Malaysia punya) bukan dari Bangla punya yer. Kalau betul kemasukan Bangla itu ramai, buktinya mesti macam gambar di atas kan Bang Non, betul tak?

Dalam hal ini kita sendiri boleh menilai siapa yang GILA. Gila ingin sesuatu yang mereka idamkan tapi tak kesampaian. Gila sebab dah pukul canang satu dunia pakatan haprak menang PRU13 dan Anwar jadi PM. Gila sebab dah banyak pakai duit yang diberikan pada mereka untuk memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Lebih teruk lagi....GILA bawa sekali rakyat Malaysia yang dibasuhi fikiran mereka dengan anasir luar yang lebih mereka percaya dari sejarah Malaysia yang termaktub sejak azali lagi.

Siapa yang perlu berubah untuk jadi tidak GILA..?? Adakah kita pun nak jadi GILA macam mereka di bawah nie??



GR kata: Dah tengok kan? Fikir-fikirkanlah yer..!!

Bila SPR Mula Bersuara...Lihat Sape Yang Betul Dan Sape Yang Salah?


PRU13 telah pun selesai hampir sebulan lamanya. Keputusan yang dibuat oleh rakyat telah pun diperolehi dan Wakil Rakyat yang diberikan mandat oleh rakyat telah pun membuat perkhidmatan pada rakyat dan pembangunan negara. Tapi dalam pada itu, masih ada pemimpin yang sibuk ke sana sini menabur fitnah kononnya PRU13 tidak adil dan telus. Jika benar ada penipuan mana bukti-buktinya??

Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya telah tampil membuat laporan Polis dan penerangan jawapan sebenar fitnah dan pembohongan yang selama ini dilemparkan oleh Pakatan Haprak. Apakah selama ini SPR mahu membiarkan ada pihak yang tak bertanggungjawab menghina mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Tahniah GR ucapkan pada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada SPR.

Laporan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kenapa hanya untuk penggunaan dakwat kekal? Mana 40 ribu Bangla yang dikatakan 'Diimport'? Mana kawasan BlackOut yang digembar gemburkan? Mana bukti kapal terbang yang bawa Mat-mat Bangla tu..?? Rakyat Malaysia harus sedar mereka selama ini DITIPU oleh manusia yang hanya pentingkan kepentingan peribadinya sendiri.

Lihat video di bawah menjadi bukti penjelasan daripada SPR sekali lagi pakatan haprak berbohong dan fitnah. Malangnya para pelahap kencing pakatan haprak kecanduan kepada fitnah maka bohong dan fitnah menjadi kelazatan menghalalkan cara.




GR kata: Baguslah ada pemimpin pakatan yang tak BODOH macam Anwar, Kit Siang dan Guan Eng..!!