Saturday, April 6, 2013

#ManifestoBN BUKAN FANTASI TAPI REALITI! AKU JANJI UNTUK RAKYAT MALAYSIA! #PRU13


Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup :

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.



2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar :

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.


3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.


4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.


5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.


6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:


* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.


7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.


8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.


9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.


10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.


11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.


12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.


13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.


14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.


15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.


16. Gerakan Kesederhanaan Global:
* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program 'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.


17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal. - BERNAMA


#PRU13: KEM AZIZAH DAN KEM AZMIN BERTEMPUR BEREBUT NAK JADI CALON!


KITA semua tidak akan lupa bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak, mengejutkan semua pihak baru-baru ini apabila berkata yang Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Azmin berkata, Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu seperti yang tersiar dalam laman web Malaysiakini.

Ini sekaligus mengiyakan spekulasi dan ‘cakap-cakap’ politik sebelum ini yang mengatakan Azmin begitu mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor itu.

Perkara tersebut ibarat kata pepatah Melayu – sudah terang lagi bersuluh!

Walaupun Azmin ‘berlapik’ dengan mengatakan yang Abdul Khalid lebih sesuai di peringat pusat, namun tidaklah sukar untuk mengagak mengapa dia berkata demikian.

Kalau benar Azmin tidak menyimpan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor, masakan Abdul Khalid memberikan reaksi yang ‘pelik’ bila ditanya tentang perkara tersebut.

Kata Abdul Khalid, beliau menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang, pulak!

Kalau kenyataan Timbalan Presiden PKR sendiri TIDAK BOLEH dianggap mewakili pendirian pembangkang, ternyata lekeh benarlah parti berkenaan.

Berbalik pada isu Wan Azizah, semua orang tahu betapa ‘panasnya’ hati Azmin bila dikatakan pula yang isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding di Selangor.

Sudahlah cita-citanya untuk mengenepikan Abdul Khalid belum lagi berjaya, tiba-tiba masuk pula nama Wan Azizah dalam senarai yang bakal bertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini menyukarkan lagi peluangnya untuk duduk di kerusi idaman berkenaan.

Sebab itu bila Nurul Izzah menganggap berita emaknya tidak bertanding adalah hanya satu cakap-cakap politik, Azmin tidak mengambil masa panjang untuk membidas kenyataan tersebut.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan crystal clear yang sangat jelas bahawa Presiden tidak akan bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi.

Sebenarnya cerita Azmin ‘tak ngam’ dengan Wan Azizah ini bukan cerita baru…ia sejak kes liwat pertama yang dihadapi Anwar lagi.

Ia bermula apabila nama isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tak mengapalah, hanya ‘mereka’ yang tahu apa sebenarnya yang berlaku ‘ketika itu’.

Yang pasti, konflik Azmin-Wan Azizah-Nurul Izzah-Khalid  ini nampaknya semakin serius dan boleh menyukarkan lagi peluang parti berkenaan untuk ‘mencipta kejutan’ seperti mana yang mereka sering war-warkan.

Rakyat bukan bodoh…rakyat tahu, sekiranya isu sebegini pun tak mampu para pemimpin PKR ini selesaikan secara baik dan berhemah, bagaimanalah mereka nak menyelesaikan masalah negara kalau diberi peluang ke Putrajaya nanti.

Nasib baiklah insiden Lahad Datu berlaku ketika mereka bukan berada di tampuk pemerintahan.

Kalau tidak, nescaya bukan Sultan Jamalul Kiram saja boleh ceroboh Sabah, penjual sos tiram pun boleh senang-senang berbuat demikian.

Aduh, sungguh menakutkan…- Mynewshub.my

RAKYAT AKAN KUBURKAN SISTEM KRONI PEMBANGKANG #PRU13 INI!


Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme? Setiap kali mereka akan mengatakan UMNO/BN semuanya salah dan korupsi sedangkan perjuangan dalam pakatan haprak juga berbeza kerana mereka tidak satu hati.

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Wujud pergolakan dalaman PAS Kelantan sekarang kerana pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Yusof.

PAS letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Sebab itu wanita diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa? Barulah betul kata sejak apa yang mereka canang rakyat menyokong penuh pakatan haprak. Buktikan jangan mimpi dinihari pulak nanti yer.

Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. GR terima maklumat dari sumber PAS pusat, Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa. Jelas dalam PAS mereka tidak boleh buat sebarang keputusan dan calon main hentam keromo saja.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?
Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!


GR kata: Lepas ni anak bapak takkan mengaku ada pertalian darah!!

Friday, April 5, 2013

TERKINI: ANWAR KANTOI MAIN KAYU TIGA! @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Info terkini GR terima dari ibu pejabat PKR di Tropicana, Anwar masih mencari tempat 'selamat' untuk bertanding PRU13 ini. Kenapa Anwar CERAIKaN Permatang Pauh dan mencari 'isteri' baru di Tapah atau Bagan Datoh?

Jelas di sini Anwar takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Beliau tahu rakyat di Permatang Pauh tidak perlukan beliau lagi dan disebabkan itulah Anwar cabut lari untuk cari tempat 'selamat'.

Maklumat terkini GR terima Anwar akan bertanding di Tapah atau pun Bagan Datoh. Persoalannya beranikah beliau untuk bertemu dengan DS Zahid Hamidi? Jika benar Anwar bertanding di Bagan Datoh dia tempah MAUT lah jawabnya. Orang luar nak masuk kampung kena bagi salam bukan main redah.

GR cabar Anwar jika dia berani dan selalu kata rakyat menyokong dia...pergi bertanding 1 vs 1 di Pekan, Pahang. Tak perlu kata PM Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, inilah medan peperangan yang sebenar. Rakyat yang menentu siapa pemimpin yang betul berani dan senang dihati rakyat.

Pendirian Anwar tak tetap..nak letakkan diri bertanding di mana. Macam manalah kalau Anwar memerintah negara kalau perangai macam ni...jawabnya lingkuplah Malaysia nie!


GR kata: Anwar pondan tua nak mampos!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HISAP ROKOK HARAM, HISAP NENEN TAK PER BOLEH JADI CALON - NIK AZIZ


Lawak antarabangsa apa Nik Aziz nie....dah tak ada idea ker olamak nyanyok nie. Dari hari ke hari ada saja statement tak masuk akal yang dikeluarkan. Kerajaan bagi BR1M pada rakyat katanya macam haiwan yang diberi makan, sokong penggunaan Kalimah Allah dalam bible dan macam-macam lagi.

Kalau dah tua nyanyok tu sedarlah diri sikit wahai Pok Nik. Orang dah tak respect langsung manusia yang bertopengkan syaitan...pakai jubah serban tu wayang jer lebih. Semalam Nik Aziz mengatakan nak jadi calon PAS tak boleh hisap rokok. Kenapa PAS saja? Kenapa tak 'DIWAJIBKAN' pada semua calon pakatan haprak?

Boleh percaya ker calon-calon PAS atau pun pemimpinnya tak hisap rokok? Nak GR dedahkan ker? Jangan main wayang Pok Nik. Kalau nak bersih dari segala dosa mesti jauhkan pemimpin yang jadi calon dari kalangan mereka yang bukan KAKI SONTOT POMPUAN. Tak kira anak bini orang disebatnya. Itu barulah bersih dari segala dosa dan kesihatan pun terjamin. Tak gitu Pok Nik....

PETALING JAYA: Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.

Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.

Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.

"Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. - BERNAMA


GR kata: Calon mesti bersih dari semua aspek barulah rakyat respect....

RAKYAT MASIH MAHUKAN DATUK @Rosnah_ARS SEBAGAI PEMIMPIN DI PAPAR! @NajibRazak


Memegang jawatan Ahli Parlimen Papar sejak tahun 2004 adalah satu tanggungjawab besar yang dipikul oleh Datuk Rosna Abdul Rashid Shirlin. GR lihat tanggungjawab yang dipikul olehnya dilakukan dengan begitu sempurna.

2 penggal memegang jawatan yang diamanahkan oleh rakyat Papar membuatkan mereka berasa puas hati dengan pelbagai pembangunan yang dibuat oleh Datuk Rosnah Shirlin. Kerja keras beliau membangunkan Papar membuatkan rakyat berasa senang dengan perkhidmatan beliau.

Desas desus mengenai siapakah calon yang akan bertanding di Parlimen Papar semakin ke kemuncaknya. Rakyat Papar masih tertunggu siapakah pemimpin baru yang akan mereka pilih untuk PRU13 ini. Apa yang GR lihat dan membuat semakan secara manual, bersembang dengan rakyat di Papar sewaktu berada di Sabah beberapa minggu yang lepas...rata-rata mereka masih memerlukan Datuk Rosnah Shirlin adalah calon terbaik!

Beliau dilihat calon terbaik dengan kepimpinan muda, hubungan dengan masyarakat dan kerja keras beliau selepas dipilih pada tahun 2008 yang lalu. Beliau juga yang merupakan Ketua Puteri UMNO Malaysia juga dianggap sebagai ikon untuk generasi muda. Sikap beliau yang mudah mesra dengan rakyat dan tiada protokol apabila rakyat ingin berjumpa dengan beliau memohon bantuan dan sebagainya akan membuatkan beliau boleh menang dengan majoriti yang besar pada PRU13 ini.

Ucapan Datuk Rosnah Shirlin selepas PM membubarkan Parlimen, boleh baca DI SINI

Kepada pengundi di Papar, teruskan mengundi BN di bawah pimpinan Datuk Rosnah Shirlin di Papar. Seorang yang kuat kerja tak kira masa dan mesra dengan rakyat. Ciri-ciri WINNABLE CANDIDATE ada pada Datuk Rosnah Shirlin.


GR kata: Undi BN demi kesejahteraan rakyat dan negara

Thursday, April 4, 2013

SENARAI CALON PAKATAN DI SABAH, ANWAR LEBIHKAN KRONI UNTUK KEPUASAN SENDIRI!

Di Sabah terutamanya ahli PKR sendiri sudah mula menyampah dengan sikap Anwar Ibrahim yang suka hati menyusun calon ikut sedap hati sedangkan ahli PKR Sabah mahukan calon pilihan yang senang dengan mereka.

Sudah pasti rungutan ahli PKR Sabah membuat Anwar mula tertekan kerana pada mereka Anwar enggan menghormati calon yang mereka pilih.

Anwar ingat parti PKR adalah parti Sabah? Sudah tentu Anwar beri pada Lajim!


PKR ni parti Sabah ke? Kenapa pulak dia yang lebih-lebih?

Dari dulu sampai sekarang, Anwar tidak pernah mahu ambil tahu tentang hal masyarakat di Sabah. Manusia berupa SYAITAN inikah yang kita mahu angkat sebagai PM Malaysia?


GR kata: Kaki bontot kaki sontot....habislah jawabnya....

#PRU13: PAKATAN DAH MULA KEMPEN CARA JAHAT! BILLBOARD BN DIHANCURKAN!


Bahang pilihanraya semakin dirasai, jentera pilihanraya semua parti yang bertanding sudah memulakan kerja mereka.

Kita semua sedia maklum apabila kempen pilihanraya bermula, maka akan keluarkan para macai-maccai pakatan yang tugasnya hanya untuk merosakkan bahan kempen BN.

Membakar bendera hinggalah merosakkan banner disetiap pilihanraya kecil pakatan haprak tidak pernah lupa untuk membuat kerja kotor ini.

Terkini di Bdr Tun Razak, billboard BN ditebang telah dirosakkan. Menurut sumber lebih dari 20 billboard BN dijatuhkan oleh pakatan haprak disekitar Kuala Lumpur. Belum apa-apa lagi dah mula main kotor, ini ker seruan mereka yang katanya mahukan pilihanraya bersih.

GR agak sibuk dengan persiapaan PRU13, banyak cerita eksklusif kegiatan kotor pakatan haprak sepanjang PRU13 ini akan didedahkan. Rakyat baca dah lihat lepas tu fikirkanlah kemudian buatlah pilihan yang bijak demi masa depan kita semua.


GR kata: Pakatan dah tau nak kalah sebab tu hati semua busuk...perangai Iblis!!

KANTOI: ANAK TIPU MAK...SEMATA-MATA NAK BEROMEN DENGAN BOYFRIEND!


LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman. - SH


GR kata: Apa nak jadilah...SPM tak lepas lagi dah sibuk nak beromen jer!!

HOT VIDEO #PRU13: AGENDA JAHAT PEMBANGKANG SEPANJANG BULAN INI DIDEDAHKAN!


Bahang pilihanraya semakin hampir dan semakin dirasai. Apa yang ingin diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia buatlah pilihan yang bijak demi masa depan negara kita yang disayangi.

Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah yang cuba dibuat oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Mereka hanya mahu melihat kemusnahan bukannya melihat kesejahteraan rakyat dan negara.

Lihat video di bawah untuk pengetahuan kita semua dan fikir-fikirkanlah.



GR kata: Tak ada dalam dunia nie manusia yang 100% perfect...Bang Non ni dah nyanyok!!

Wednesday, April 3, 2013

HOT VIDEO #PRU13: "SAYA NIE TOREH DARAH MEMANG BIRU LAH YANG KELUAR"...

Alhamdulillah genap 5 tahun Barisan Nasional (BN) menjadi parti yang memerintah Kerajaan Malaysia. Banyak pembaharuan yang terbaik dibuat untuk kesejahteraan rakyat. Mandat yang diberikan oleh rakyat digunakan dengan sehabis baik.

Hari ini juga merupa dalam sejarah kerana pertama kali pembubaran Parlimen dilakukan dalam tempoh genap 5 tahun. Sekarang terserah kepada rakyat untuk memberikan mandat yang terbaru untuk membentuk Kerajaan bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Pandangan GR senang saja, jika kestabilan rakyat dan negara yang kita kecapi selama ini baik dan bertambah baik...mengapa perlu untuk kita ubah? Adakah perubahan itu pasti membawa kejayaan dan kebaikkaan yang belum tentu pasti. Fikir-fikirkanlah demi masa depan agama, bangsa dan negara yang kita sayangi.




GR kata: Buatlah pilihan bijak jangan kita menyesal tak sudah...

 

SKETSA AUKU DAN PTPTN KHAS BUAT MAHASISWA YANG RETI GUNA OTAK!


Antara polemik perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) & pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pemansuhan AUKU & PTPTN hanya janji-janji populis Pakatan. AUKU telah dipinda pada tahun 2012 untuk membenarkan pelajar-pelajar menyertai parti-parti politik.

PTPTN selama 17 tahun telah banyak berjasa kepada pelajar-pelajar yang kini menjadi sebahagian daripada penjana kemajuan negara.


GR kata: Adam Adli, Khalid Ismath mahasiswa yang tak der otak!!

BONGKAR: BUKTI AGENDA KRISTIAN DIGERAKKAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG!

Di bawah ini GR lampirkan kenyataan teks ucapan daripada Bishop Datuk Ng Moon Hing, Chairman & Executive Committee, The Christian Federation of Malaysia yang menyanjungi dasar dasar dalam Pakatan Haprak..... - rujuk ayat paling bawah dalam gambar



 Antara lain mereka juga sebagai Persatuan Kristian selari dengan manifesto Pakatan Haprak yang inginkan hak kebebasan beragama mesti dibenarkan utk semua rakyat Malaysia tanpa kekangan dari mana undang-undang dan menyekat mana mana doktrin untuk disebarkan kepada sesiapa sahaja..

Dalam kata lain, mereka ingin melupuskan perkara 11(4) perlembagaan negara!!

Ingat!! Undi Anwar dan Pakatan Haprak beerti anda membenarkan Islam hilang hak kekebalan!! Fikir-fikirkanlah....


VIDEO @NajibRazak YANG @anwaribrahim TAK BOLEH LAWAN!


Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas dengan izin Allah S.W.T, DS Najib Razak dapat mengerjakan Solat Isyak berjemaah bersama jemaah Tabligh di Masjid Bdr Baru Sri Petaling. Masjid ini juga merupakan markas tabligh terbesar di Malaysia.

DS Najib Razak juga dapat meluangkan masa bersama mengikuti program mingguan yang biasa diadakan pada hari Sabtu di masjid tersebut. Dalam tazkirah ringkas yang diberikan oleh DS Najib tiada sebarang pun yang ke arah politik. Inilah yang sebaiknya dan diajar dalam Islam.

Masjid bukan medan untuk kita berpolitik. Masjid adalah tempat untuk kita beribadat dan menuntut ilmu Islam. Masjid adalah tempat menyebarkan syiar Islam dan hidayah untuk umat seluruh dunia seluruh alam.




GR kata: Kejayaan manusia adalah agama, sejauh mana taat perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah SAW pasti berjaya dunia dan akhirat.

Tuesday, April 2, 2013

RAHSIA ADUN PAS KAHWIN LARI DENGANN KEMBOJADOLL DIDEDAHKAN! NIK AZIZ BAGI KAWASAN BALAK PADA BELIAU UNTUK COVERLINE!


Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua adun berkenaan diselesaikan luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada adun berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.
1 – Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 – Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 – Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta – malaysia insider 29 sept 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.

Ejen nikah sindiket – kiri jurunikah, kanan saksi

Kedua, orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya’kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.

Ketiga, apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah.

Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat ‘barang baik’ made in Cambodia. – GM


GR kata: Untungnya jadi pemimpin PAS nie, dah buat salah dapat rasuah lagi. Isleeee oh Isleeeeyyyy....

HOT: AZIZAN RAZAK GADUH DENGAN KHALID GAGAP! DUA-DUA PUN TAK BETUL!


Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan antara kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan … mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar,” kata menteri besar Kedah itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni,” tambah Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Menurut Azizan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, rakyat pada masa kini bukannya mahu bergantung kepada kerajaan akan tetapi mahukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kehidupan lebih baik untuk mereka.

“Yang penting dalam konteks masa kini, rakyat bukan nak bergantung kepada duit kerajaan. Dia mahu kerajaan yang baik, kerajaan yang beri jaminan, keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka.

“Sebab itu kita panggil ‘Kedah Sejahtera’. Dia berniaga, dia bertani, dia ada duit dia. Tapi kita jangan rasuah, jangan menyeleweng, jangan ada kroni, jangan semua you bolot untuk kamu semua,” tambah beliau merujuk kepada tema yang digunakan oleh negeri tersebut.

Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: “Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah.”

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Perak walaubagaimanapun, kembali semula ke tangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.

HOT: AMIK KAU GUAN ENG, KENA SEDAS DENGAN BANGSA SENDIRI!


Apa citer Guan Eng nie? Dulu masa lepas menang PRU12 kata nak mansuhkan Tol Sg Nyior tapi sampai sekarang hanya indah khabar dari rupa ka YB?

Korang tengoklah sendiri, ini ker yang pakatan haprak hebohkan dalam manifesto mereka akan mansuhkan tol, tol 50 sen pun tak boleh nak kasi settle inikan tol seluruh Malaysia. Manisfesto bukan janji kan....rakyat la yang kena bahana nyer....

Seorang warga mas berketurunan tionghua menghentam Guan Eng anak kesayangan pakatan haprak nie. Bagaimana nak perintah negara jika janji mansuh tol 50sen pun tak mampu dibuat??




GR kata: Guan Eng lu jangan citer poyo laaaa. Rakyat bukan bodoh macam lu tau!!
 

#lahaddatu: KENAPA KERAJAAN FILIPINA MELALAK?


Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman menolak dengan tegas sebarang perundingan atau perbincangan berhubung tuntutan mana-mana pihak mahupun Kerajaan Filipina sendiri terhadap Sabah. Menurut Anifah Aman lagi, Filipina boleh berangan-angan sesuka hati mereka untuk mendapatkan Sabah sebagai sebahagian daripada Filipina.

Jabatan Luar Filipina telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi dan media negara itu agar tidak merujuk Sabah sebagai Sabah, Malaysia sebaliknya hanya Sabah.

Filipina secara relatifnya telah kehilangan Sabah semenjak dari tahun 1878 lagi apabila Sultan Sulu pada waktu itu, memajakkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara yang kemudian menjual Sabah kepada England.

Pada tahun 1962, rakyat Sabah telah membuat referendum untuk menyertai Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Sabah secara sah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Penubuhan sebuah suruhanjaya atas desakan Filipina sendiri pada tahun 1962 yang dinamakan Suruhanjaya Cobbold telah mengesahkan 'kebebasan' Sabah dari Filipina. Tuntutan Filipina terhadap Sabah telah ditolak oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun itu.

Kepala lanun Kiram cuba menggunapakai surat pajak lama yang sudah tidak terpakai dan tidak lagi sah, memandangkan Kesultanan Sulu sendiri tidak lagi wujud dan Keluarga Kiram bukanlah waris kesultanan yang diiktiraf. Kerajaan Sulu telah lama pupus dari muka bumi ini. Kalau ada pun, hanyalah waris Kesultanan Sulu yang diberikan peranan sebagai ketua puak semata-mata, bukannya ketua kerajaan.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh Anifah Aman yang juga merupakan salah seorang pemimpin penting yang berasal dari Sabah, sememangnya kena pada masanya.

Filipina boleh berangan-angan untuk menuntut Sabah memandangkan negeri Sabah jauh lebih maju berbanding Pulau Luzon yang menempatkan Manila, ibu kota Filipina. Bahkan Sabah juga jauh lebih maju berbanding Kelantan yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Kalaulah terpakai tuntutan yang dibuat oleh Filipina, bermakna Malaysia mempunyai peluang dan ruang yang sangat besar untuk menuntut Singapura, Pulau Sumatera, Kepulauan Riau dan empat negeri Melayu di selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia, memandangkan fakta sejarah menunjukkan dengan jelas, kesemua wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Malaysia lama.


GR kata: Kiram III banglol tak sekolah macam tu lah....

Monday, April 1, 2013

@teresakok KURANG AJAR, SENGAJA CETUSKAN PERMUSUHAN!


Lihat gambar di atas, inikah contoh seorang YB yang diangkat oleh rakyat menjadi pemimpin mereka? Jadi pemimpin tapi perangai macam budak terencat akal si Teresa Kok nie. Walaupun berbeza parti politik hormat antara satu sama lain itu perlu.

Memang dasar Cina DAP yang biadap dan kurang ajar. Tak pernah nak hormat hak antara sesama manusia. Pada pencacai pakatan pada mereka berasa bangga kerana Teresa Kok berani buat isyarat begini bersama pemimpin BN. GR tak heran pun sebab rakyat Seputeh sendiri dah MELUDAH YB nie sebab dia seorang PEMALAS.

Ini bukan GR yang kata yer...YB Teresa Kok nie sendiri yang mengaku. Lepas tu naik di FB gambarnya dikutuknya Transformasi Kerajaan. Dasar komunis memang macam tu, tak pernah nak hormat orang tapi orang kena hormat dia.



Inilah pengundi-pengundi yang berdaftar di Seputeh, walaupun mereka mengambil pendirian untuk menyokong Barisan Nasional. Dan walaupun gambar di atas Teresa Kok bersama Ketua Pemuda UMNO Seputeh. Tindakan EXCO Kanan ini juga turut mendapat kritikan daripada "fanpage" penyokong DAPig sendiri iaitu UBAH UBAH UBAH yang mana mereka menulis antara lain seperti terjemahan di bawah:

    大家看看雪兰莪州行政议员郭素沁有多么幼稚!即使你多不认同一个大马的理念,有必要比出这种手势来侮辱其他政党的理念吗?你可以不认同,但请学会尊重,你这样做和思想还不成熟的青少年有什么差别呢?



GR kata: Elok ludah jerk pemimpin macam nie! YB Teresa Kok lu jangan cuba pusing-pusing cerita ya...Wa ada dalam lu punya majlis di Seri Petaling dan lepas tu juga ada di tempat pokok tumbang di Kuchai Lama.

PEMUDA PAS DAH HINA NABI SAW, NAK SAMAN ORANG PULAK!?


Baru Jumaat lepas, Pen Setiausaha1 Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Fahmi Mat Som mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW. Mengeluarkan kenyataan yang mempergunakan Nabi SAW ini bukan kategori menghina ker? Akal letak kat mana? Baik tak payah belajar agama sebelum ni?

Politik PAS bukan bersandarkan Islam sepenuhnya. Apa saja mereka politikkan. Dan bila dah buat salah tak nak mengaku. Nak saman orang pula. Siapa yang mengeluarkan kenyataan di Twitter @fahmipkg nie? Takkan 'hantu UMNO' yang keluarkan??


Sendiri buat hal, Utusan juga dipersalahkan? Apa maknanya tweet beliau yang berkata "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan..." ..... Ini kategori apa wahai pencacai PAS semua? Kalau ini pun korang sanjung, baik korang belajar mengucap 2 kalimah Syahadah balik laaa...Ingat kita ni umat Islam, perlulah pertahankan Islam dan syiar Islam bukannya semua nak dipolitikkan. Berani kerana benar, takut kerana salah....ada faham ka?

Pembaca yang budiman, lihatlah sendiri politik PAS. Baik dari pemimpin atasannya hinggalah ke pencacai mereka. Islam yang benar adalah Islam yang diajar dan dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW serta yang disebarkan oleh ulama'-ulama' yang mengajar mengikut sunnah Nabi SAW. Bukannya belajar dengan ustaz atau ulama' yang buat fatwa sendiri.


GR kata: Ostad PAS ramai yang kaki MAIN, sebab tu anak buah semuanya bebal!!

ANWAR GUNAKAN PENSYARAH UKM UNTUK HASUT MAHASISWA BENCI KERAJAAN! @mohe_kpt @khalednordin @PDRMsia


Kita semua sedia maklum universiti adalah tempat untuk menimba ilmu demi membina masa depan yang lebih baik. Peranan yang diberikan oleh pihak universiti adalah besar dengan memastikan mahasiswa yang menuntut dapat keluar sebagai graduan yang berjaya atau sebaliknya.

Ibu bapa yang menghantar anak mereka juga mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Ada juga dikalangan mereka yang kurang berkemampuan untuk menyara anak mereka sanggup bergodok-gadai demi menyara anak mereka. Ramai mahasiswa yang berterima kasih dengan pihak Kerajaan kerana dengan pelbagai bantuan yang diberikan dapat mereka mengejar cita-cita mereka dan berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Apa yang GR kesal di sini adalah dalam anak-anak muda ini sibuk mengejar cita-cita mereka, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk MENGHANCURKAN masa depan mereka. Yang mengejutkan kita adalah pensyarah mereka ini. Memang kita semua sedia maklum, pakatan haprak akan menggunakan apa saja untuk mereka menabur fitnah terhadap rakyat supaya membenci Kerajaan.

Kalau GR kata seorang pensyarah UKM ni bodoh banggang, tak manis pulakan. Sebab dia nie golongan yang bijak pandai dan jauh jaraknya jika nak dibandingkan dengan GR. Tapi di manakah pemikiran bijak pandai beliau? Seorang yang cendiakawan boleh berfikiran kolot seperti nie, mahasiswa yang cetek pemikiran mereka sudah tentu terpengaruh.


Inilah pensyarah yang GR maksudkan. Memang negara kita ini bebas bersuara. Bersuara yang baik ialah untuk semua pihak. Bukan untuk COVERLINE sebelah pihak saja. Menggunakan media sosial adalah jalan yang terbaik yang anak muda inginkan sekarang tapi haruslah berikan yang terbaik bukannya keburukan pada mahasiswa.








Mohon pihak pengurusan UKM siasat perkara ini. Ambil tindakan terhadap pensyarah yang tak bertanggungjawab ini. Walaupun pihak Kerajaan meluluskan AUKU, tidak semestinya politik harus berleluasa dalam kampus. Tanggungjawab seorang pensyarah ialah mendidik anak bangsa bukannya memesongkan pemikiran mereka.

Mahasiswa tak berjaya nanti salahkan Kerajaan jugak, walhal diri mereka sendiri yang tak mahu merebut peluang yang sedia ada depan mata. Sibuk sana sini berdemo, berhimpun tidur atas jalan semata-mata nak dapatkan habuan yang ciput. Masa depan tergadai....


GR kata: Sia-sia belajar sampai master PHD....tapi otak tak tau letak kat mana!!

Sunday, March 31, 2013

VIDEO: BONGKAR APA SEBENARNYA DISEBALIK #LIMA13 YANG TAK DIKETAHUI?


LIMA2013 telah melabuhkan tirainya semalam dengan beribu kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Ianya akan menjadi lipatan sejarah di mana penglibatan yang sangat tinggi dari mereka yang mengambil bahagian dalam LIMA2013 kali ini.

Apa yang GR lihat, bilangan pengunjung juga bertambah jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan luar biasa yang menjadi tarikan baru untuk pengunjung datang ke LIMA2013 kali ini.

Dalam pada itu ada mulut-mulut yang mengatakan penganjuran LIMA2013 kali ini membazir duit rakyat. Kasihan atau sebaliknya bila mendengar kata-kata dari masyarakat dari Langkawi ini. Ada betulnya pun ye jugak.




GR kata: Payah nak cakap dengan manusia yang tak reti bersyukur ni....

DOA JEMAAH TABLIGH JAUH BEZA DENGAN DOA OSTAD PAS! @NajibRazak


Semalam sejarah telah tercatat bila YAB PM kita telah bertandang ke tempat markas Tabligh di Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling. PM tiba dan terus solat Isyak bersama jemaah selepas itu duduk mendengar bacaan kitab Hayatussahabah bersama ulama dan jemaah tabligh yang saban minggu berkumpul di sana. Kunjungan ini bukan kali pertama kerana beberapa tahun sudah ketika ijtimak jutaan manusia di Masjid Kuarters KLIA beliau juga turut hadir dan memberi ucapan.

Kehadiran PM bukti bahawa semua golongan termasuk jemaah dakwah tabligh tidak diketepikan. Berpakaian baju melayu kain pelikat kopiah putih satu lagi transformasi imej PM lakukan ketika bersama rakyat.

Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.

"Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara," katanya di depan 500 jemaah Masjid Jamek Seri Petaling sempena program ziarah masjid di sini Sabtu malam.

Selepas ucapan ringkas dari PM untuk semua jemaah yang hadir, bacaan doa oleh Maulana Abd Hamid Imam Besar Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling memohon hidayah Allah SWT agar rakyat memberi mandat kepada PM Najib untuk terus mentadbir negara serta umat Islam bersatu dalam mempertahankan agama Islam yang suci.


Najib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.

"Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam," kata beliau yang turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar.


GR kata: Doa PAS jerit-jerit tak sama yang diajar dalam Islam, kata seorang Ustaz semalam.

#LIMA13 CATAT SEJARAH TAMBAH PENDAPATAN NEGARA, BERI 50 RIBU PELUANG PEKERJAAN!

Perbezaan yang sangat ketara jika kita fikir sejenak dan membuat perbandingan antara BN dan Pakatan Haprak. Antara langit dan bumi, betul tak? Kita lihat sekarang pakatan haprak sedang giat sibuk menabur fitnah dan cerita dongeng bahawa Kerajaan yang sedia ada adalah sebuah Kerajaan yang korupsi di bawah pemerintahan YAB Perdana Menteri DS Najib Razak.

Walaupun apa saja perkara baik yang dilakukan oleh Kerajaan, ada saja pihak yang tak bertanggungjawab menabur fitnah dan sebagainya tidak menjadi halangan untuk Kerajaan menambahkan pendapatan negara sekaligus kestabilan ekonomi negara bertambah baik.

Kejayaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia menganjurkan LIMA'13 di Langkawi satu impak yang sangat besar ertinya bukan sahaja kepada Dunia tetapi juga meenjadi kebanggaan kepada kita rakyat Malaysia. Golongan usahawan yang terlibat dalam LIMA'13 boleh mencari ruang dan peluang untuk memperkenalkan bidang yang mereka ceburi dalam industri teknologi ketenteraan.

Sepanjang penganjuran LIMA'13, penganjur berjaya menarik  226 syarikat tempatan yang mewakili 52 peratus sementara bakinya 48 peratus mewakili 207 syarikat dari luar negara. Penipuan dan teknik kotor yang dimainkan oleh pakatan haprak mengatakan penganjuran LIMA'13 tidak dapat sambutan dan menghabiskan duit rakyat nampaknya semua itu meleset.

Sambutan LIMA'13 kali ini sangat menggalakkan dari rakyat yang hadir bila pameran bermula dan berakhir semalam. Ramai yang memberikan feedback yang sangat baik dan bangga Kerajaan berjaya mengandurkan pameran bertaraf dunia.

Dalam pada itu juga, Malaysian Defence and Security Technology Park(MDSTP) dilihat bakal merancakkan industri pertahanan negara. Secara tidak langsung negara bukan saja menjadi negara pengguna sebaliknya terbabit secara langsung dalam menghasilkan senjata.

MDSTP baru baru ini berjaya menarik pelabur dari Itali, Alenia Aermacchi S.p.A, AgustaWestland S.p.A, Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Selex Galileo S.p.A, Selex Sistemi Integrati S.p.A., Sitt Liguria Technological District S.c.p.a dan Telespazio S.p.A.

MDSTP yang terletak di Sungkai, Perak merupakan syarikat kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan sebuah syarikat tempatan, Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MCSB).


MDSTP merupakan sebuah taman teknologi yang kos pembangunan keseluruhannya bernilai RM15 bilion dan mempunyai keunikan tersendiri apabila ia direkodkan sebagai hab industri pertahanan dan keselamatan terbesar negara dan yang pertama di rantau Asia.

MDSTP membabitkan industri avionik dan aeroangkasa, automotif, maritim, senjata, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengguna biasa yang memberi sokongan kepada industri pertahanan.

Kemudahan yang akan dibangunkan termasuk pusat pendidikan, pejabat, pusat komersial, kemudahan sokongan, pusat penginapan serta taman rekreasi yang dirancang akan memberi keseimbangan kepada MDSTP.

MDSTP juga akan menyediakan kemudahan bertaraf dunia dan serba moden termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kemudahan keselamatan siber bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat industri pertahanan terbabit.

MDSTP dijangka menarik pelaburan baru ke negara ini berjumlah kira-kira RM4 bilion dan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang di sekitar Sungkai sepanjang tempoh pembangunannya selama 12 tahun.

Ucapan tahniah GR ucapakan kepada Dato' Ahmad Faris dan Y.M Datin Raja Azlina di atas kejayaan MDSTP dan majlis perjanjian MoU/MoU ini.


GR kata: BN buat kerja untuk rakyat, pakatan buat kerja bagi air liur pada rakyat!