Saturday, July 14, 2012

PANAS: ADIK PENYANYI POPULAR MASUK JEL!


Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.

Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak. Bagaimanapun, kakak Faizal yang juga penyanyi terkenal tidak hadir di mahkamah. - Metro


GR kata: Macam-macam hal laa....

16 Lokasi, 16 Aktiviti Kemasyarakatan Khas Untuk Rakyat! #1M4U #We1Peace


Sebanyak 16 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini bertempat di Esplanade KLCC.

Aktiviti yang membabitkan kira-kira 500 peserta termasuk sukarelawan dari pelbagai Kementerian, Agensi serta pertubuhan sukarela di samping penyertaan dari penduduk setempat seperti aktiviti gotong royong perdana,   menderma darah, pemeriksaan kesihatan, membersihkan sungai, menanam pokok, membina jambatan, bersama anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga usia emas, kitar semula dan program amal di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak.

Menurut sumber, sebanyak 16 lokasi terpilih untuk diadakan program-program ini dengan menjangkakan kira-kira 500 peserta bagi setiap lokasi termasuk penyertaan dari pendududk setempat.

Beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ( KPWM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan aktiviti masing-masing nengikut kecenderungan dan plihan mereka.

Selain itu, aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha menyemarakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini yang dikatakan kurang aktif sejak akhir-akhir. Melalui cara ini, setiap invidu dapat mengambi bahagian disamping memantapkan perpaduan.

Orang ramai juga dipelawa untuk menderma darah yang disediakan di Explande KLCC  bermula dari pagi 15 Julai untuk mengisi keperluan di Pusat Darah Negara.


GR kata: Semua dijemput hadir pada 15 Julai 2012 di KLCC. Datang jangan tak datang tau!

Jangan Layan Orang Yang Ada Kepentingan Peribadi - @rizalmanmokhtar #bn4wp

Bahang Pilihanraya Umum ke-13 semakin hari semakin hampir. Ramai dikalangan pemimpin mengatakan pilihanraya pada kali ini adalah 'Ibu Segala Piliharaya'. Jika kita lihat dari piliharaya yang lepas, pada kali ini sambutan dari golongan anak muda semakin bertambah. Ini diukur dari penambahan pengundi baru yang rata-rata mereka dari kalangan anak muda.

YAB Perdana Menteri selalu menyebut dalam ucapan beliau bahawa anak muda adalah generasi baru yang bakal menjadi pelapis negara. Jika jatuh moral dan keperibadian anak muda maka hapuslah pembangunan sesebuah negara. Buah fikiran dan idea dari suara anak muda sememangnya diperlukan demi pembangunan sesebuah negara ke arah negara maju.

Oleh itu, GR menyeru kepada semua anak muda gunakanlah akal fikiran dengan sebaik-baiknya demi melihat pembangunan negara yang lebih baik. Jangan cepat mempercayai dengan anasir-anasir sesetengah pihak dengan memberi pelbagai janji yang tingginya bagaikan bulan dan bintang dan sudah kita ketahui janji-janji tersebut tidak akan ditunaikan oleh mereka. Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati selama ini dengan kehidupan yang aman serta harmani.

Lihat video seterusnya di bawah amanat yang diberikan khas untuk anak muda :





GR kata: Ayuh bangkit anak muda berjuang demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Friday, July 13, 2012

HOT NEWS: PUTERI SOKONG IDEA NIK AZIZ? @Rosnah_ARS


Puteri UMNO memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin UMNO yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Rosnah diminta mengulas mengenai cadangan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas yang bercadang membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan UMNO bahagian itu tidak lama lagi. Menurutnya, pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi kepentingan peribadi.

“Hukum hudud adalah sebahagian kanun jenayah Islam yang merupakan sebahagian dari syariat ALLAH. Oleh yang demikian hukum ini wajib dijunjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat.

“Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.

Rosnah berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula keruntuhan akidah. - SH


GR kata: Hukum agama jangan dipolitikkan demi kepentingan peribadi....

APA SALAH BAYI INI? BANGANG PUNYA MAK BAPAK! 'Welcome To Penang'

Apa salah anak kecil ini? Apakah disebabkan kerakusan nafsu kedua ibu bapanya, anak kecil ini yang menjadi mangsa dibiarkan begitu saja dibuang seperti sampah. Bukankah anak kecil ini juga manusia yang ingin hidup seperti anak kecil yang lain.

Sedih GR melihat anak kecil ini yang dibuang merata tempat. Pada ibu bapa anak kecil ini tidak ada perasaan belas kasihan ke pada anak kecil ini? Masa sedap bukan main suka, sayang sana sayang sini sampai terlanjur hingga menyebabkan lahirnya anak kecil ini. Bukankah anak itu satu anugerah dari Allah S.W.T kenapa mesti dibuang seperti sampah?

Pembaca fikirkanlah, inikah budaya LGBT yang kita ingin terapkan dalam gaya hidup masyarakat kita di Malaysia? Sekarang ni pun budaya ini sudah mula diperluasi dalam segelintir masyarakat di Malaysia. Apakah jika Pakatan Haprak memerintah budaya ini akan terus tersebar luas? Makin ramailah anak-anak luar nikah yang tidak beribu dan bapa bersepah di sana sini.

Ikuti kisah seterusnya di bawah:


GEORGETOWN - Seorang wanita tergamak membuang bayi lelakinya di rumah usang berhampiran Jalan Lorong Kulit, petang semalam. Bayi malang itu dipercayai baru seminggu dilahirkan kerana masih bertali pusat di badannya.

Bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Jeffri Sabaruddin, 27, yang kebetulan melalui di hadapan rumah lamanya yang ditinggalkan sejak beberapa tahun lalu kira-kira jam 1.20 petang. Jefri berkata, dia melihat kehadiran seorang wanita berbaju biru di rumah itu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, setelah melihat kehadirannya, perempuan itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah itu dan terus menaiki sebuah bas. Dia cuba mengekori wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu hingga ke susur keluar kawasan perumahan terbabit tetapi gagal menjejakinya.

“Wanita yang disyaki seorang warga Indonesia itu terlalu pantas berlari menaiki bas ke arah Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) sehingga saya tidak sempat mengejarnya.

“Sebaik pulang semula ke rumah ini, saya terpandang kelibat seorang bayi lengkap berpakaian yang diletakkan di atas simen berlapikkan guni dan apabila diperiksa bayi malang itu masih mempunyai tali pusat,” katanya.

Selain itu, satu botol susu dan payung ditemui berhampiran bayi itu. Jeffri kemudian memaklumkan perkara itu kepada jiran terdekat dan polis mengenai kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan mendapati bayi itu berusia kurang dari seminggu dan berada dalam keadaan normal.

“Bayi itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut.

“Lakaran fotofit akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima daripada saksi kejadian,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - SH


GR kata: Maksiat makin hebat di P.Pinang....Tahniah LGE!!

PAKATAN RAKYAT LAKSANAKAN JANJI? UMNO MAKIN PENING KEPALA?


Pada PRU 12 yang lepas, pembangkang telah menabur janji kepada rakyat dalam usaha mereka memancing undi. Kini PRU 13 semakin hampir banyak lagi janji baru yang ditaburkan dengan motif yang sama - PANCING UNDI!!

Marilah kita renung kembali janji-janji pembangkang kepada rakyat Selangor. Sudahkah kesemua janji ditunaikan? atau rakyat Selangor ditipu oleh pembangkang. Jika diperincikan, pembangkang masih gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat Selangor meliputi potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% premis perniagaan, Elaun anak yang dihantar ke TASKA-RM75 sebulan, Elaun RM50 untuk anak di TADIKA, Elaun Khas untuk ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Elaun Khas ibu tunggal, Bantuan kewangan untuk anak muda bernikah, Bantuan geran untuk mulakan perniagaan, Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya 3 bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri Selangor, Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusia 60 tahun ke atas, terlalu banyak untuk disenaraikan.

Kesemua janji tersebut masih gagal ditunaikan oleh Pakatan Pembangkang khususnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR. Jelaslah bahawa Manifesto Pembangkang lebih bersifat 'Indah Khabar Dari Rupa' dan satu 'pembohongan besar'. Namun, pembangkang masih sanggup menabur janji baru kepada rakyat menjelang PRU 13.

Pakatan Pembangkang sememangnya suka berjanji, kalau BN melalui TR1M memberi RM520 untuk pemilik teksi, pembangkang akan janji untuk beri 'teksi' kepada pemiliknya. Bila BN beri RM15,000 untuk peneroka FELDA, Pakatan Pembangkang janji nak bagi RM50,000. Bila BN bagi gaji minima RM900, Pakatan Pembangkang nak bagi RM4,000. Pembangkang hanya pandai berjanji tanpa asas dan perkiraan yang kukuh. Janji mereka berteraskan "Sedap Didengar dan Beri Harapan Kepada Rakyat".

Pembangkang hanya auta dan menipu rakyat dengan janji-janji mereka. Pembangkang menganggap bahawa rakyat masih 'belum buka mata' dan 'kurang cerdik' dengan tipu helah politik. Justeru, pada PRU 13 nanti, rakyat Selangor perlu menghukum Pakatan Pembangkang dan membuktikan bahawa rakyat Selangor tidak sanggup lagi 'dicucuk hidung' dan 'ditipu'.

BN kekal menepati dan mengkotakan janji serta menepati kehendak denyut nadi rakyat kerana bagi BN 'Janji Tetap Janji' dan 'Janji Mesti Ditepati'. Jom ubah Kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang!! Kita perlu memberi pengajaran pahit kepada mereka kerana mereka menipu rakyat di kesemua kawasan yang dimenangi mereka pada PRU-12 dahulu.

Adegan yang ingin kita lihat, pembangkang hilang kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta membiarkan Putrajaya menjadi 'mimpi di siang hari' pembangkang pada PRU 13 kelak. Pembaca fikir-fikirkanlah dan lihatlah video di bawah janji yang Anwar berikan pada rakyat dan hasilnya rakyat yang merana.




GR kata: Nak terima nasib bala lagi..sokonglah Anwar Ibrahim tu!!

Perghhhh...Nasha Aziz Masih MANTOP Macam Anak Dara!


Meskipun sudah melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.

“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta”, ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya.

Pemilik nama sebenar Noraishah Abd Aziz ni ditemui di pelancaran produk GNC Live Well sempena memperkenalkan set minuman kolagen, ‘LAC Taut’, bertempat di hotel Double Tree, semalam. Pada majlis tersebut Nasha diundang khas bersama dua lagi selebriti iaitu pelakon-model Alan Yun dan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi bagi menceritakan pengalaman mereka sebagai pengguna ‘LAC Taut’.

“Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni.Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya”, ujarnya.


Melihatkan ‘supermodel nombor satu tanah air’ ni tidak habis-habis menyebut perkataan ‘cinta’ sepanjang majlis, seperti biasa soalan wajib dikemukakan padanya, sudahkah dia menemui cintanya?

Nasha menjawab, “(senyum) Saya masih mencari cinta sebenar. Saya mencari seseorang yang mempunyai matlamat dan kepercayaan yang sama dengan saya.”

Menurut Nasha, dia tidak meletakkan sebarang target waima dalam usia sebegini, dia langsung tidak merasa bimbang dengan statusnya yang masih solo. Sebaliknya pelakon filem Cinta Luar Biasa ini menyerahkan segala pada-Nya.

“Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,”

“Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya adalah Adam saya, satu hari nanti, petahnya sambil tersenyum lebar.




GR kata: Pada kaum Adam diluar sana..apa lagi boleh isi borang cepat pada Nasha...Hehe hehe


Thursday, July 12, 2012

HOT NEWS: CERAI ISTERI KERANA TAK SOKONG PAS!?


Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam. Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli UMNO yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong PAS, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka. Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama. Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak. Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin PAS.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong PAS, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya. - SH


GR kata: Ostad PAS dah makin rosak akidah mereka...aduyaiii!!

PANAS: SUAMI TIDO DI BILIK, SI ISTERI BEROMEN DENGAN BANGLA DI LUAR!


Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.

Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.


Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.

“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. - SH


GR kata: Syurga isteri di bawah tapak kaki suami...Taatilah suami kamu wahai si isteri.

KANTOI: OSTAD PAS JADI DESPATCH PADA 'IMAM MAHDI'?


Inilah dalam peribahasa Melayu berkata "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Beberapa pihak sekarang ini mungkin tidak senang duduk kerana rahsia mereka sedikit sebanyak bakal terbongkar jua.

Janganlah kita sangkal bahawa pihak Polis di Malaysia tidak hebat! Buktinya ternyata pihak polis berjaya mengesan individu yang menghantar 'Imam Mahdi' dan sorang gundik beliau ke Jabatan Perdana Menteri dalam kes beberapa hari yang lepas. Apakah motif disebalik kejadian BODOH pihak ini ingin lakukan? Yang menjadi mangsa si 'Imam Mahdi' ini. Si kepala masih terbang bebas.

Kisah seterusnya baca di bawah:
Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.


 Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan."Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu.


Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.


 Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Bernama


GR kata: Mana mau lari haaaa...?? Takder la kebal sangat badan 'Imam Mahdi' ni kan? Hehe hehe

JOM TURUN KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA W.PERSEKUTUAN


Kepada Pemuda, Puteri Barisan Nasional dan juga NGO-NGO serta tidak kira tua atau muda yang  menyokong Barisan Nasional, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan. Butiran seperti di bawah.

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 7:30 Pagi - 2:00 Petang
Tempat :  Grandballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, KL

Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri semasa hari tersebut atau boleh mendaftarkan diri secara online dengan menyediakan butiran seperti di bawah.

Nama Penuh :
No Kad Pengenalan :
No Telefon :
Fb / Twitter / Blog :
Size Baju :

Emelkan kepada : daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Hadiah bertuah menanti anda.

KHAS BUAT TATAPAN @nikabdulaziz @hairieothman DAN @abby_abadi112


Kredit to pistol nakal


GR kata: Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab di akhirat kelak. Renung-renungkanlah...

Wednesday, July 11, 2012

WELCOME TO SELANGOR: MAYAT BAYI TAK BERDOSA DALAM LONGKANG


Seorang peniaga pisang goreng terkejut kerana plastik yang disangkakan mengandungi patung kanak-kanak rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang ditemui di longkang berhampiran tempat niaganya sekitar Selayang Baru di sini jam 1.30 petang, semalam.

Menceritakan kejadian, saksi yang dikenali Norlisa Abdullah berkata, dia ketika itu sedang menyapu lantai kedainya untuk memulakan operasi perniagaan dan secara kebetulan menjenguk longkang yang berada di sebelah gerainya.

“Ketika ingin bersihkan lantai berhampiran longkang itu, saya terlihat suatu bungkusan yang mengandungi kepala bayi yang pada mulanya saya ingat hanyalah patung.

“Saya kemudiannya mengambil sebatang kayu untuk meneliti lebih dalam kepala mangsa sebelum pasti rambutnya adalah menyerupai bayi yang baru lahir dan lengkap bertali pusat,” katanya.

Menurutnya, plastik itu hanya diikat di bahagian leher bayi menyebabkan kepalanya terkeluar.

“Sejurus kemudian, saya meminta bantuan daripada jiran berhampiran sebelum seorang daripadanya membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis menerima laporan sekitar jam 2 petang dan menemui mayat bayi dalam longkang di Jalan 62, Selayang Baru di sini.

“Mayat bayi yang dijumpai dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat serta ditutup dengan satu kotak, dibungkus kertas surat khabar dan beg plastik.

“Jantina bayi tersebut adalah lelaki dan bangsa belum diketahui serta tiada kesan kecederaan dilaporkan,” katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawahSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran serta membuang bayi, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun. - SH


GR kata: Tahniah la yer puak-puak Pakatan Haprak tadbir Selangor, maksiat bermaharajalela....

TERKINI: BAPA 'IMAM MAHDI' TAK RESTU ANAK SERANG PEJABAT PM!

Inilah puncanya apabila otak tidak boleh berfungsi dengan baik mahupun secara matang. Terlalu percayakan kisah-kisah tahyul dan mengamalkan ilmu syirik, bertindak nekad hanya bersangka dirinya tidak lut bila ditembak dan kebal. Dengan mendakwa diri beliau 'Imam Mahdi' dan menyangka dirinya kebal dari segala benda dan sanggup biarkan diri ditembak oleh pihak polis.

Akhinya beliau rebah, dan apa yang disangka rupa-rupanya ada muslihat disebalik ajaran sesat yang beliau anuti. Disebabkan itu juga, bapa pada 'Imam Mahdi' ini juga terkejut dengan perbuatan yang diluar kotak pemikiran seorang manusia yang waras lakukan. Bapa beliau tidak menyangka anaknya sanggup melakukan aksi ganas tersebut.

Ikuti kisahnya seterusnya dibawah :


PUTRAJAYA – Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas.

Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

“Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

“Saya kesal dengan apa yang dia buat,” katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu. – BERNAMA

GR kata: Manusia yang taksub pada benda lain selain Allah, syirik namanya. Lagi percaya ajaran sesat dari ajaran agama Islam yang suci.

HOT: MAT REMPIT GEGAR NZ KLCC DERRR! #LepakSantai #RempitUnited


Malam tadi berlangsungnya program Lepak Santai Bersama Rempit United di Restoran NZ Garden KLCC. Bertemakan slogan 'Kami Pun Anak Merdeka' program yang dianjurkan oleh Unit Media Baru (Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) dan NGO berjaya mengabungkan kumpulan-kumpulan bermotor di seluruh negara, Rempit United.

'Lepak Santai Bersama Rempit United' yang dihadiri lebih 200 orang tersebut bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara penggiat media sosial dan peminat sukan permotoran yang juga dikenali sebagai 'mat rempit'. Program berbentuk forum yang membincangkan tajuk 'Evolusi R' berlangsung dengan sesi bertukar-tukar pendapat disamping mempromosikan jenama Rempit United kepada umum.

Rempit United dibangunkan berlandaskan empat teras utama iaitu pertandingan, acara, peluang dan rangkaian sosial.

Hadir dalam program itu adalah Tun Faisal Ismail Aziz (Pengerusi Unit Media Baru), Wazi Abdul Hamid (Presiden Rempit United), Shahrol Yuzy (bekas pelumba MotoGP) dan David Teo (pengarah filem). Beberapa orang selebriti tanah air turut hadir memeriahkan program Lepak Santai semalam seperti Shaheizy Sam, Sari Yanti, Adi Putra dan Ilia Iryani (pelakon stunt wanita).

Untuk pengetahuan pembaca, program ini juga mendapat sambutan yang sangat hangat di media sosial (Twitter). Di mana impression dari semua follower Twitter yang mengikuti semasa program ini berjalan ialah sebanyak 3,252,831 impression. Ini menunjukkan juga mat-mat rempit ini tidak ketinggalan dalam medium media baru.




Jom lihat gambar-gambar sekitar program berlangsung semalam :













Artikel lanjut baca DI SINI,    lagi koleksi gambar KLIK DI SINI


GR kata: Tahniah kepada penganjur dengan program yang berjaya dan membuka ruang kepada mat rempit untuk menyuarakan pendapat mereka untuk didengar oleh Kerajaan. Tahniah juga kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah malam tadi. Korang memang sempoi derrrr...!!!

Tuesday, July 10, 2012

PANAS: INDIVIDU DEDAH SIAPA SEBENAR ANWAR IBRAHIM?


Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan.

Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat. Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya.

Pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak lain dan perlakuan melampau Anwar sendiri dengan pemimpin-pemimpin Barat membuktikan bahawa Anwar licik berkonspirasi semasa Dr. Mahathir sibuk membangunkan negara.

Dari akuan-akuan tersebut, dia memperuntukkan wang untuk beberapa individu yang rapat dengannya dan organisasi-organisasi untuk meningkatkan imejnya, termasuk Pusat Dasar Asia Pasifik yang mendapat RM38 juta.

Ini merupakan satu angka yang sangat menakjubkan untuk kerja-kerja mempromosikan seorang pemimpin dan bukannya sebuah negara. Kepentingan Pusat Dasar Asia Pasifik untuk Malaysia tidak dapat dinilai kerana ia hanya merupakan kuda tunggangan Anwar untuk menaikkan imejnya dan menjadikannya Perdana Menteri.

Pusat ini hanya beroperasi untuk Anwar kerana selepas Anwar dipecat, pusat ini tidak lagi aktif. Kalau dilihat laman webnya, input terakhir ialah pada 24 Ogos 1998, lebih kurang seminggu sebelum Anwar dipecat akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksnya.

Mungkin pada masa itu Anwar tidak lagi menyalurkan wang kepada pusat tersebut kerana menghadapi masalah yang amat besar akibat dari salah lakunya.

Pelik lagi ajaib, ketua pusat tersebut, Douglas H. Paal yang mendapat wang yang banyak ini hanya merupakan seorang pakar lobi dan kerjanya untuk meyakinkan dunia Barat bahawa Anwarlah sepatutnya menjadi PM. Hasil dari kerja-kerja inilah yang memberikan Anwar harapan palsu bahawa dia adalah pemimpin terpilih di Asia.

Perasaan ini membuak-buak sehingga Anwar menjadi terlampau yakin dan mula merancang untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia. Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah “BAPAK SEGALA KONSPIRASI”.

Dialah yang merancang untuk menjatuhkan Ghaffar Baba sebagai TPM. Dia telah menderhaka dengan menyimpan berkotak-kotak surat rahsia kerajaan di luar negara untuk mengugut kerajaan. Dia juga telah bersekongkol dengan IMF dan menggunakan kaedah-kaedah mereka semasa gawat melanda Malaysia yang hampir melumpuhkan ekonomi negara ini.

Sepertimana dia mengadu diracun dan apabila didapati tidak benar, Anwar selamba sahaja kerana kegagalan terakhir ini hanya merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan malah ribuan rangkaian konspirasinya.

Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat.


GR kata: Selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa...

SORANG KAKI TILAM, SORANG KAKI TALAM!!


Isu Talam Tidak Akan Dijelaskan Dalam Sidang DUN - MB Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan menggunakan persidangan dewan undangan negeri yang bermula esok untuk menjawab isu penstrukturan hutang antara Talam Corporation dan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan mengulas isu itu selepas MCA menjelaskan dakwaan mereka mengenai transaksi berjumlah RM1 bilion tersebut.

"Untuk Talam saya akan berikan senarai perbelanjaan tetapi saya tidak akan beri penerangan sehingga mereka (MCA) beri penjelasan," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Ditanya mengenai kenyataan beliau sebelum ini untuk menyaman MCA berhubung dakwaan tersebut, Abdul Khalid berkata pihaknya menunggu kenyataan seterusnya daripada MCA berhubung isu itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Selasa lepas Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong membuat kenyataan mendakwa penstrukturan hutang Talam Corporation dan kerajaan Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta. -BERNAMA

Sumber: Reformasin


GR kata:  Pasai apa si Gagap ni nak coverline lagi ek??

JOM MALAM NI BIKIN PANAS NZ GARDEN KLCC! ADA BRAN? #LepakSantai #RempitUnited


Kepada mat rempit tegar, mat rempit pencen, dan mereka
yang berkaitan dengan aktiviti perempitan di seluruh negara
dijemput untuk hadir ke NZ Curry House, KL (berhampiran KLCC)
pada 10 Julai 2012 ini (Selasa) bagi program Lepak Santai Rempit United
bersama legenda permotoran negara, Wazi Abdul Hamid.

Akan turut serta adalah
artis-artis popular yang akan membintangi filem Rempit United: Evolusi-R
seperti Nabil Raja Lawak, Adi Putra dan Intan Ladyana.

Program anjuran UMB-PPUM bersama Rempit United tersebut akan
berlangsung dari jam 8.30 hingga 11.30 malam. 



JOM... KITA KASI GEGAR NZ MALAM NI DERRR!!

HOT: IDENTITI TERMINATOR MENGAMUK DI JPM KANTOI SUDAH!


Nampaknya identiti mamat yang mengamuk ala-ala samurai ninja di pejabat JPM petang tadi telah dikenalpasti. Pelik jugak GR, ada manusia yang perangai pelik macam ni. Masalah mental apa diaorang berdua ni yer? Yang sorang kononya nak Batman dan sorang lagi Catwoman, tapi tindakan BODOH mereka petang tadi membawa nasib malang mereka.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, mamat yang mengamuk ni seorang blogger. Nama yang digunakan adalah Jaya Negara. Penulisan terakhir di blognya bertajuk HIDUP DAN MATI...apa yang dipertaruhkan. Penulisan beliau kalau kita baca pun pening kepala woooo...

Dalam penulisan beliau diblog semuanya dia tibai. Semuanya tak kena...dia jelah yang betulnya. Alahai apalah buat keja BANGANG...sekarang apa jadi? Mati syahid ker? Kalau PAS ni dalil diaorang confirm mati syahid dan masuk Syurga ye tak??

Lihat di bawah profil si blogger Terminator Pencen ni :


Kita tengok pun peningkan mamat ni...kisah lanjut baca DI SINI.


GR kata: Doakan semoga arwah terminator ni dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman....

Monday, July 9, 2012

GEMPAR: DUA ORANG MENGAMUK DI PEJABAT PM!


Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur. Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka. Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis. Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari. Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki. Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya. - SH


GR kata: Hal macam ni pun ada pihak yang cube mempolitikkanya..Alahai, macam tak der otak la orang macam ni...

PANAS: PELAJAR SEKOLAH, SPM PUN BELUM DAH PANDAI BEROMEN DI HOTEL!


Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.


Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH


GR kata: Macam-macam remaja skang..semua benda berani buat. Berani tanggung ker lepas tu?? Alahai....

APA ITU #RempitUnited ? NAK #LepakSantai DENGAN ARTIS-ARTIS TERKENAL TAK?


Korang tau tak apa itu Rempit United? Geng-geng Mat Rempit ker? Ada 'setting game' kat mana-mana jalan atau highway ker der?? Nak tau apa dia...baca di bawah:

Perlembagaan Rempit United - Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Rempit United dan akan menggunakan akronim ‘RU’ sebagai sebutan yang merujuk kepada persatuan.

Misi - “Membina keperibadian dan kematangan anak-anak muda melalui penimbaan pengalaman”

Visi - “Untuk menjadi salah sebuah organisasi yang terbesar dan berpengaruh di kalangan anak muda untuk meraikan kemudaan dan berpaksikan rekreasi permotoran”

Piagam Rempit United
  • Kami komited untuk lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, komuniti dan negara; kompetitif dari segi bakat dan kemahiran; produktif dalam aktiviti rekreasi permotoran.
  • Komited dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk membina kematangan dan meluaskan pengalaman.
  • Mengubah persepsi negatif Rempit di mata masyarakat dan secara langsung memastikan kami menjadi yang terbaik di dalam apa juga bidang yang diceburi.

Apa lagi der!! Jom Lepak Santai dengan geng-geng Rempit United pada 10 Julai 2012 (Selasa) di NZ Garden KLCC bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Artis-artis terkenal pun ada der...datang tau jangan tak datang!



DATANG DER JANGAN TAK DATANG! 
AJAK GENG-GENG SEMUA, 
KITA KASI REMPIT SATU KL DER!!!

PANAS: PANGLIMA PERANG SEPUTEH MENGAMUK? @razlanrafii @umbkl


Siapakah Panglima Perang Seputeh yang dimaksudkan? Hebat sangatkah beliau? Bersuara lantangkah beliau? Siapakah gerangan beliau yang dinobatkan sebagai seorang panglima perang??

Gelaran yang GR dengar ini semasa petang tadi GR berkesempatan ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seputeh. Persidangan ini juga dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B. Tan Sri Abd Aziz selaku Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan DS Nazri Aziz kepada semua perwakilan, beliau menyarankan agar Orang Melayu perlu mengenali diri mereka sendiri dahulu. Apabila orang Melayu sudah mulai faham maksud mereka sebagai bangsa Melayu barulah mereka faham dan bersemangat untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara.


DS Nazri Aziz juga memberitahu lahirnya UMNO bukan daripada perpecahan seperti parti-parti yang kita lihat dari dulu hingga sekarang. Sebagai contoh PKR dibentuk disebabkan perpecahan dan dendam Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO serta jawatan Timbalan Perdana Menteri. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, UMNO diwujudkan hasil dari keperluan serta kehendak orang-orang Melayu pada zaman dahulu. UMNO ialah parti keramat.

DS Nazri Aziz juga kagum dengan tindakan Pemuda Seputeh yang berani memberi amaran kepada sebuah gereja di kawasan Seputeh supaya menghentikan cubaan mereka untuk memberikan pengajaran tuisyen kepada anak-anak Melayu kawasan tersebut kerana mereka cuba untuk menerapkan fahaman agama Kristian dalam silibus pelajaran tersebut. Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda UMNO Seputeh kerana memperjuangkan Islam.



DS Nazri Aziz juga menyokong tindakan Ketua Pemuda Seputeh Sdr Razlan Rafii yang menyuarakan UDA Holdings tidak mampu menjaga hak keistimewaan orang Melayu di kawasan Bukit Bintang. Beliau juga menyarankan agar ahli-ahli lembaga pengarah UDA Holdings perlu letak jawatan kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang dipikul dengan adil. Lihat di bawah apa yang disuarakan KP Seputeh :




GR difahamkan isu UDA Holdings juga inilah yang menjadi antara usul yang diutarakan oleh perwakilan Pemuda & Puteri UMNO Seputeh petang tadi dan usul mereka diterima dan akan diajukan kepada pihak atasan kepimpinan.



Tahniah GR ucapkan kepada Pemuda & Puteri UMNO Seputeh kerana sentiasa bekerja keras membantu rakyat walaupun di kawasan Seputeh majoriti masyarakat di situ berbangsa Cina tapi itu semua tidak menjadi sebab utama mereka berbakti kepada rakyat Seputeh. Teruskan momentum ini dan insyAllah PRU 13 nanti Teresa Kok akan dinyahkan dari Parlimen Seputeh.


GR kata: Panglima Perang Seputeh tu KP Seputeh ler...Hihi hihi