Saturday, January 21, 2012

PANAS: VOUCHER BUKU 1MALAYSIA DIJUAL DI MUDAH.MY???


Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Kerajaan telah memberikan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat tapi kenapa rakyat sikap sambil lewa?? Pembaca lihatlah gambar di atas, GR kongsikan dari blog rakan GR AAKJ mengenai perbuatan kepada manusia yang ingin mengaut keuntungan sendiri.

GR mohon agar pihak berkuasa siasat perkara ini sampai tertangkapnya manusia yang tidak berguna ini..Janganlah fikir diri sendiri, kalau rasa tak nak voucher tersebut baik tak payah ambil, ramai lagi mahasiswa / pelajar yang masih memerlukan bantuan yang Kerajaan berikan kepada golongan mereka ini.


GR kata: Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia.

PANAS: SUBWAY TAK HALAL..???


Baru-baru ini JAKIM telah mengadakan serbuan ke atas Restoran Subway di Mines. Didapati premis tersebut menggunakan Sijil Halal yang tidak sah dan bukan milik syarikat mereka, sebaliknya menggunakan Sijil Halal dari syarikat lain.

Kepada penggemar Burger Subway, terutama yang beragama Islam, GR sarankan korang semua berhenti dahulu makan di Subway sementara kita semua menunggu keterangan oleh JAKIM sendiri. JAKIM tidak menyatakan bahawa makanan di Subway adalah Haram dimakan tetapi hanya menyatakan Lesen atau Logo Halal yang digunakan oleh premis Subway di Mines tidak diiktiraf oleh mereka. Mungkin tidak menepati piawaian JAKIM sendiri.

Tiada Logo Halal tidak bermaksud suatu makanan itu haram. Sama seperti premis-premis di R&R, Kantin sekolah dan Warung, tidak mempunyai logo halal tetapi masih halal. Cuma kita sebagai orang Islam mesti berwaspada dan patuh yang kita memang tidak boleh makan makanan haram, dosa besar tu...

JAKIM dah laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, jangan salahkan mereka sebab korang tak boleh makan Burger Subway lagi lepas ni. Tapi jangan risau, nak makan burger banyak lagi option lain boleh makan, burger gerai tepi jalan pun sedap sekarang.


GR kata: Tunggu dan lihat!!! Burger Omlong sedap jugakan. Hi hi hi

BR1M RAKYAT SUKA..PUAK PR NAK KATA APA LAGI!!!


KUALA LUMPUR - Kerajaan dapat mengagih bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak awal tahun ini, hasil kekuatan ekonomi dalaman negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BR1M juga merupakan hasil daripada keberkesanan kerajaan menguruskan pentadbiran negara.

"Kadar pertumbuhan negara tahun lepas melebihi lima peratus, manakala kadar pertumbuhan pelaburan swasta dari dalam dan luar negara dijangka melebihi sasaran, mencecah RM93 bilion.

"Hasil kedudukan kewangan negara yang kukuh ini, kita mampu beri (BR1M) kepada rakyat. Kewangan kita yang kukuh ini juga hasil pentadbiran kerajaan yang mantap," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian BR1M di kawasan padang bola sepak Flat Sri Johor di Bandar Tun Razak di sini dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Lebih 500 penduduk menerima baucar BR1M bernilai RM500 pada majlis itu.

Najib seterusnya berkata projek-projek pembangunan jangka panjang yang dilaksanakan, seperti MY Rapid Transit dan River of Life, penting dalam member pulangan untuk memacu ekonomi negara.

"Projek-projek ini penting, kita tidak boleh beri kepada rakyat tanpa ada pendapatan yang kian bertambah. Bila ekonomi kita bertambah, pendapatan kerajaan juga bertambah.

"Bila pendapatan kerajaan bertambah, kita tidak perlu tambah cukai malah kita boleh beri kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Najib berkata penduduk di Bandar Tun Razak perlu memberi mandat kembali kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 akan datang bagi memastikan pembangunan berterusan di kawasan itu. - SH




GR kata: Terima kasih PM!! Terima kasih Kerajaan kerana prihatin terhadap rakyat!!!

WAJIB TONTON: AQIDAH DAN HOMOSEKSUAL ???




Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca yang budiman...Jom kita breakfast pagi ni dengan santapan rohaniah video di atas. Semoga kita semua sama-sama dapat manfaat dari ilmu yang kita pelajari...Fikir-fikirkanlah!!!


GR kata: Rasulullah S.A.W bersabda, "Barisan yang terbaik untuk lelaki adalah barisan hadapan, ( yang paling jauh dari barisan wanita) dan barisan yang paling baik untuk wanita adalah dibarisan belakang dan yang terburuk adalah di hadapan (paling hampir dengan barisan lelaki)." - [HR Abu Dawud]

TAHNIAH!! ALLY ISKANDAR & FARAH LEE DAH SAH SUAMI ISTERI!!


Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.


Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10 pagi tadi oleh Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, dengan mas kahwin RM250.

Tanpa mendedahkan wang hantaran, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah Lee menerima tujuh dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah al-Quran.

Sementara, Ally menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut mendapat liputan secara langsung TV3.


GR kata: Ikan todak si ikan pari, Ikan linang di dalam peti, Adapun adat suami isteri, Senang dan susah sampai ke mati...

SEHARIAN NAJIB BERSAMA RAKYAT KUALA LUMPUR!!


Hari ini, Dato Seri Najib telah meluangkan masa melawat Wilayah Persekutuan dan berkunjung di beberapa parlimen. Semenjak menjadi Perdana Menteri, PM ini sering kali turun ke Lembah Klang menjenguk warga kota, sebelum ini beliau telah turun ke Jalan Tuanku Abd Rahman dan walaupiun tidak menghebohkan kehadiran beliau, ramai rakyat kota mengambil kesempatan bersalam dengan PM kita.

Pada awal pagi PM kita telah melawat Pasar Basah Teratari Mewah, PM kita telah menghabiskan masa sekitar 15 min bersalaman dengan semua peniaga di pasar itu.

Selepas sahaja habis di sana, PM kita telah bersarapan pagi di Kampung Puah Lembah. Kampung Puah Lembah yang wujud sejak 50 tahun lalu antara perkampungan yang masih mengekalkan adat, budaya dan tradisi Melayu meskipun berada di tengah kota raya yang pesat membangun.


Di sini, PM kita berkata "Jadi tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta) berunding dengan syarikat pemaju berkenaan tolong bertimbang rasa sediakan sebahagian daripada tanah untuk masyarakat di Kampung Puah ini," katanya disambut tepukan gemuruh dan laungan "Hidup Najib" daripada kira-kira 500 penduduk yang sedia menunggu sejak awal pagi di Balai Budaya Kampung Puah Lembah sempena program turun padang Perdana Menteri ke tiga kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan hari ini.

Selepas selesai di Kampung Puah Lembah, Dato Seri Najib bersembahyang Jumaat di Masjid Al Zubir Ibnu Awwam, Bdr Tun Razak kemudian meneruskan lawatan ke Parlimen Bandar Tun Razak.


Dato Seri Najib telah disambut oleh 15 ribu penduduk dan pengundi Bandar Tun Razak. Disini PM kita telah makan tengahari bersama-sama dengan penduduk dalam program Jamuan Rakyat bersama PM yang dipengerusikam oleh Sdr Rizalman Mokhtar, Ketua Pemuda BN Bandar Tun Razak merangkap Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan.

Lokasi terakhir Dato Seri Najib adalah Lembah Pantai. Pada 2009, beliau telah membuat pengumuman untuk membolehkan rakyat Malaysia mempunyai rumah setiap keluarga dibawa program "Satu Rumah Satu Keluarga"


Menerusi program itu penduduk PPR boleh membeli PPR kendalian Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit.

Program yang membabitkan keseluruhan 44,146 unit rumah iaitu 29,562 unit PPR MTEN di 20 kawasan dan 14,584 unit PA DBKL di 17 kawasan, dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh penghuni PPR, dan harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga pasaran, iaitu antara RM80,000 dan RM85,000 seunit.

Seramai 20,000 penduduk Lembah Pantai turut hadir dalam memeriahkan lawatan kerja oleh Perdana Menteri ke Lembah pantai. dan lawatan ini berakhir dengan minum petang PM kita bersama dengan rakyat.

Minggu lepas seramai 50 ribu orang telah menghadiri di setiap program lawatan yang dilakukan di Kedah, ini telah menunjukkan Rakyat senantiasa bersama BN walau apapun fitnah dan tomahan yang dikenakan kepada parti BN.

Rakyat sudah bersedia mengajar pembangkang yang sering kali cuba untuk merosakan keharmonian negara Malaysia Tercinta.. Hidup BN!!

Sumber: Suara Razlan's

Friday, January 20, 2012

INIKAH AHLI-AHLI PAS?? BUAT MALU KAUM JER LAH!!!

Pembaca lihatlah video di bawah...beginikah sikap dan contoh yang diberikan oleh puak-puak PAS?? Beginikah sikap manusia yang kononnya memperjuangkan Islam?? Apakah kelakuan mereka ini kita boleh gambarkan beginikah sikap OSTAD-OSTAD PAS??

Baik tanggalkan jer kopiah tu...buat malu jer!!! Inilah diri manusia apabila lemah dek hasutan SYAITAN....




Baca juga di JM

GR kata: Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

PANAS: PEGUAM NEGARA FAILKAN RAYUAN LIWAT SAIFUL!! ANWAR CUAK??


Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Apabila dihubungi Bernama, Timbalan Pendaftar Halilah Suboh mengesahkan bahawa notis itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah kira-kira jam 4.30 petang. Notis itu dikatakan ditandatangani Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.

Seorang lagi pegawai memberitahu Bernama bahawa mengikut Akta Mahkamah Keadilan 1964, hakim perbicaraan perlu mengemukakan penghakiman bertulis kepada pihak pendakwaan atau pembelaan dalam tempoh 14 hari bagi tujuan memfailkan notis rayuan.

"Setelah meneliti penghakiman bertulis itu, mereka akan membuat keputusan sama ada hendak memfailkan petisyen atau rayuan," katanya.

Hakim perbicaran Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang kini bercuti, dijangka kembali bertugas pada 25 Jan dan mengemukakan penghakiman bertulis beliau.

Pada 9 Jan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar.

Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.

Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.


GR kata: Kita tengok pulak apa "wayang kulit" Hj Anwar buat lepas ni...???

NAJIB TURUN BDR TUN RAZAK DISAMBUT MERIAH!!!



Hari ini YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah datang melawat kawasan Wangsa Maju, Gombak, Bdr Tun Razak dan Lembah Pantai dalam Program Turun Padang.

Sambutan yang diberikan oleh rakyat sungguh meriah dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat dan pengundi Bdr Tun Razak berkumpul di Padang Bola Sepak, Sri Johor, Bdr Tun Razak menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri yang kita kasihi.


YAB Perdana Menteri juga turut serta makan tengahari bersama rakyat Bdr Tun Razak.


YAB Perdana Menteri juga turut beramah mesra bersama rakyat Bdr Tun Razak.








Sebelum itu YAB Perdana Menteri turut menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Az Zubair, Bdr Tun Razak.



GR kata: Mana MP Bdr Tun Razak...duduk rumah tido jer ke???

TERKINI: PENYANYI IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA...


KUALA LUMPUR: Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 6.20 petang tadi.

Adiknya, Airil AF, ketika mengesahkan kematian abangnya, berkata Allahyarhanm meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka.


Gambar di atas adalah gambar terakhir arwah Izwan Pilus sebelum beliau meninggal dunia petang tadi. GR kongsikan bersama untuk semua pembaca dan peminat Izwan Pilus.

Lihat di bawah #Tweet terakhir arwah Izwan Pilius sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi...


AL FATIHAH...Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dijauhkan dari azab kubur.


GR kata: Daripada Allah S.W.T kita datang...kepada Allah S.W.T jugalah kita kembali...

JANJI PRU PAKATAN RAKYAT?? MANA HUDUD?? SIMPAN DALAM BOTOL KER???


Inilah janji 10 janji Pakatan Rakyat jika mereka berjaya pada Pilihanraya Umum 13 nanti. Tapi apa yang peliknya mananya HUDUD?? Sebelum ini PAS beria-ia nak Malaysia laksanakan HUDUD??? Takkan goyang kot wahai Ostad-ostad PAS???

Pakatan Rakyat nak hapuskan ISA?? Bukankah tahun lepas dalam ucapan di hari kemerdekaan YAB PM umumkan ISA dimansuhkan?? Apa lagi puak-puak Pakatan ni?? Nak pusing menipu rakyat ker??

Nak hapuskan tol?? Bukankah Kerajaan Malaysia dah hapuskan beberapa tol di Malaysia ni?? Kalau hapuskan semua macam mana untuk membaikpulih jalan raya di Malaysia terutama sekali di lebuhraya yang dibuat khusus untuk kemudahan rakyat. Fikir-fikirkanlah...

Subsidi kepada rakyat?? Bukankah sekarang ni Kerajaan Malaysia yang di bawah pemerintahan DS Najib telah banyak berikan subsidi kepada rakyat, baik dari segi minyak, sekolah, makanan dan macam-macam lagi lah.. Apalah Pakatan Rakyat ni janji yang macam drama Sinetron lah..He he he

Apa pun GR minta pembaca fikirkanlah...adakah benar "Janji" yang Pakatan Rakyat ni taburkan untuk kita semua rakyat Malaysia??? Janji PRU 2008 pun belum terlaksana ini kan pula nak "Janji" baru...

GR kata: Pakatan Rakyat hanya pandai menabur janji...cakap tak serupa bikin!!!

Thursday, January 19, 2012

AZWAN ALI MOHON MAAF?? TAUBAT NASOHA???




Dalam Al-Quran ada menyebut "Syurga di bawah tapak kaki Ibu"... Inilah berkat doa seorang ibu persengketaan antara Umi Hafilda dan Azwan Ali telah pun berdamai. Yelahkan air yang dicincang takkan putus..itulah ikatan kekeluargaan.

Pembaca lihat kenyataan mereka berdua di video yang GR sediakan..




GR kata: Tahniah Azwan Ali dah sedar...Azmin Ali bila lagi???

PANAS: KENAPA DR YUNUS TAK LAYAK JADI EXCO AGAMA SELANGOR??? JENG3


Kiriman email dari seorang pembaca beserta satu klip video memaparkan ketidakpuashatian sekumpulan penduduk kampung Sijangkang berkaitan penggantungan tugas seorang imam di masjid kampung tersebut.

Di dalam klip video tersebut, disebut dengan jelas nama YB Ahmad Yunus Hairi, ADUN N51 Sijangkang yang kononnya mahukan permasalahan tersebut diselesaikan secara baik.

Menurut email yang kami terima, penggantungan atau ‘nasihat’ untuk ‘direhatkan dari tugas selaku imam’ masjid kampung tersebut adalah ekoran khutbah Jumaat yang dibacakan olehnya menyeru dan menasihat orang-ramai agar mengelakkan diri dari melakukan perkara yang memudaratkan awam seperti berarak dan berdemonstrasi. Secara kebetulan, khutbahnya berlangsung tidak lama dari peristiwa perhimpunan haram Bersih 2.0.

Jelas email yang dikirim lagi, ‘nasihat penggantungan’ terhadap imam tersebut bukan perkara baru kerana sebelumnya, terdapat dua (2) kes pemecatan petugas masjid iaitu siak dan pemandu van jenazah yang dilucutkan jawatan hanya kerana disyaki menjadi ahli UMNO. Namun, penduduk kampung Sijangkang masih dapat menerima keadaan tersebut.

Apabila imam tersebut yang dianggap oleh orang-orang kampung sebagai individu yang tidak berparti, atau memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan tugas mahupun dalam kehidupan sehariannya, menjadi mangsa politik rakus jawatankuasa masjid yang tidak senang dengan khutbah yang menasihatkan makmum agar tidak melakukan perkara yang memudaratkan seperti berdemonstrasi, sejumlah hampir 50 orang penduduk hadir ke rumah beliau bagi menyatakan sokongan dan dukungan terhadap imam tersebut.




Dimaklumkan juga di dalam email yang dikirim bahawa sebahagian besar jawatankuasa surau-surau sekitar kampung Sijangkang turut menyokong imam tersebut.

Perkara ini telah hampir enam (6) bulan berlalu, namun tiada maklum balas yang diterima mengenai nasib imam tersebut. Umum maklum, watikah perlantikan seorang imam serta pemecatannya adalah kuasa mutlak DYMM Sultan Selangor merangkap Ketua Agama Negeri.

Mungkinkah, YB Yunus Hairi tidak layak serta tidak mendapat tempat selaku exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal dan agama Islam kerana gagal menyelesaikan hal berkaitan agama di kawasannya sendiri ? - KritisOnline


GR kata: PAS hanya tau angguk kepala jer...yang penting mereka dapat apa yang mereka nak.

BERITA BAIK: SARA 1MALAYSIA - PRODUK YANG BAIK UNTUK RAKYAT!!!


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur Sara 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Permohonan untuk Sara 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.


Skim berkenaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Sara 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB.

Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – BERNAMA

GR kata: Lagi satu idea yang baik dari Kerajaan untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah. TAHNIAH YAB PM!!! Terima kasih kepada Kerajaan yang sentiasa membela nasib rakyat.

PANAS: PKR JAGA AGAMA SELANGOR!! PAS JAGA SUKAN - MAIN GULI!!!


Selesai sudah upacara angkat sumpah yang berlangsung semalam,di mana perlantikan Exco baru kerajaan Negeri Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hair ADUN Sijangkang telah mendapat perkenan baginda Tuanku Sultan Selangor atas kekosongan yang “dirancang” oleh pihak-pihak tertentu.

Ramai yang menjangkakan ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali dan jangkaan itu jauh meleset. GR percaya, Baginda Sultan Selangor mempunyai alasan yang kukuh tidak memperkenan perlantikan Dr Rani sebagai calon pilihan yang diutarakan oleh pihak pengurusan negeri.

Bagaimana pun terdapat rombakan portfolio telah dibuat oleh MB Selangor. Di mana Dr. Ahmad Yunus akan hanya memegang portfolio Hal Ehwal Adat Istiadat Melayu dan portfolio Belia dan Sukan. Perkara ini sangat mengejutkan kerana kapasiti kekosongan yang ditinggalkan oleh Hasan Ali ialah Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu .Lebih mengejutkan apabila Khalid Ibrahim telah melantik dirinya untuk memegang portfolio Exco Agama Islam!!! Pembaca bayangkan PKR yang control kesemuanya...apa menda nie???

Di manakah maruah PAS ??? Parti yang memperjuangkan Islam ??? PAS tidak diiktiraf oleh kerajaan Pakatan?? Ini adalah petanda yang jelas dan nyata bahawa sesungguhnya PAS tidak berkredibiliti dan berintegriti dalam memperjuangkan Islam !!! Satu penghinaan yang cukup besar yang harus diterima oleh PAS.

Pembaca lihatlah video di bawah...seorang MB yang tidak menghormati sikit pun tentang Islam, disaat telah masuk waktu solat Maghrib tapi boleh pulak nyalakan api ikut program cara orang bukan Islam. Tak boleh hormat ker waktu solat dah masuk wahai MB Khalid Ibrahim???




GR kata: Habislah lepas ni...agama Islam diperkotak katikkan saja oleh Pakatan Rakyat di Selangor!!! Fikir-fikirkan lah....

FUIYOO!! DAPAT BANTUAN KERAJAAN LAGI!!!


Beberapa hari yang lepas, GR ada postkan berkenaan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah mula diberikan kepada mereka yang layak menerima. Baca di sini

Dan pada hari ini sekali lagi bantuan BR1M terus diberikan kepada mereka yang layak secara berperingkat. Pagi tadi satu majlis pemberian baucar BR1M telah diadakan di Taman Mewah, Bandar Tun Razak. Baucar BR1M telah disampaikan oleh Sdr Rizalman Dato' Mokhtar, Ketua Pemuda UMNO WP merangkap Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak.


Menurut sumber rapat GR, program penyampaian BR1M akan dijalankan secara berperingkat. Maklumlah, kawasan parlimen Bdr Tun Razak ini BESAR sangat dan penduduknya ramai.

Baca juga RezqeenHill


GR kata: Khalid Ibrahim buat apa ek?? Tengok jela yer..He he he

PANAS: SIAPAKAH MANTAN MENTERI KERAJAAN SANGGUP MENIPU DEMI GILAKAN JAWATAN??


Kacang Lupakan Kulit...Inilah istilah yang boleh GR berikan pada Mantan Menteri Kerajaan iaitu Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Pembaca lihatlah kenyataan beliau yang menyalak tak tentu pasal dengan kenyataan yang tidak berasas langsung dalam sebuah forum semalam.

Biasanya orang yang tiba-tiba menyalak tak tentu pasal ni boleh dikategorikan "dah tak laku", sebab itulah untuk mencapai impian beliau yang mungkin sudah "dibasuh" oleh individu tertentu yang menjanjikan sesuatu pulangan yang beliau akan dapat suatu hari nanti. Tapi janji yang diberikan kepada beliau itu hanyalah janji tinggal janji.

Pembaca lihatlah, ada yang tidak kena dengan Abdul Kadir ni sehingga beliau sanggup bercerita bohong dengan mendakwa UMNO mengamalkan rasuah dalam membeli undi dalam pilihanraya ke 12 yang lalu. Apa buktinya?? Adakah rasuah yang beliau katakan ini adalah diri beliau sendiri?? Jika benar beliau sendiri yang buka pekung di dada, maknanya sendiri yang buatlah kan???

Setahu GR, UMNO telus dalam meraih undi dalam pilihanraya. Ianya sudah terbukti sejak dulu lagi. Amalan rasuah yang difitnah pada UMNO selama ini adalah amalan sebenar Pakatan Rakyat itu sendiri dalam meraih undi. Buktinya jelas, ketika Pilihanraya Kecil Dun Gua Musang yang lepas, Nik Aziz memberi rasuah kepada rakyat orang asli di Kelantan supaya menyokong PAS dalam meraih undi kepada mereka.


Jika pembaca lihat, UMNO sebenarnya sudah terlepas dari cengkaman parasit dalam UMNO itu sendiri. Abdul Kadir sedarlah..term anda dah lepas. Buat-buatlah berehat...Anda hidup senang sehingga sekarang pun disebabkan jasa UMNO menaikkan anda sebagai pemimpin. Hentikan lah pembohongan yang tidak berasas ni....Kepada pembaca fikir-fikirkanlah!!!

Baca juga KhazanahMPM


GR kata: Pemimpin UMNO berpaling tadah meroyan lebih gila kuasa disebabkan apa yer???

Wednesday, January 18, 2012

VIDEO: KEBAKARAN DI KL SENTRAL!!!




KUALA LUMPUR – Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan berhampiran KL Sentral, Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 3.50 pagi Rabu, mengakibatkan jalan masuk ke KL Sentral dan Jalan Brickfield ditutup kepada lalu lintas.

Kebakaran bermula di tingkat atas bangunan berkenaan dan asap kebakaran boleh dilihat dalam jarak beberapa kilometer

Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.53 pagi mengenai kebakaran tersebut dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

“Api bermula di tingkat ke-30 daripada bangunan 33 tingkat yang dijangka siap penghujung tahun ini.

“Kami mendapati sistem pencegah kebakaran yang dipasang gagal berfungsi,” katanya.

Kira-kira 10 jentera bomba dan 72 anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran itu.

Polis turut memantau keadaan di tempat kejadian bagi memastikan lalu lintas menuju ke KL Sentral dan Jalan Brickfield terkawal.

Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, hanya Jalan Tun Sambanthan ditutup untuk lalu lintas.

Sumber dari polis memberitahu, laluan tersebut akan ditutup sehingga tengah hari ini.

Sumber: Mynewshub

TERBARU: LAGI REMAJA UGUT NAK BUNUH YAB PM DI FB!!!


"butuh Najib, u naik kapal terbang. Nanti saya tembak kapal terbang awak". Ayat inilah posting Facebooker yang baru dikesan oleh geng media. GR tak fahamlah kenapa dengan remaja sekarang, tidak ada rasa hormat dengan pemimpin negara sendiri. Apakah pemimpin yang mereka ingin "angkat" betul-betul berkaliber??? JAWAB!!!!

Baru-baru ini PDRM telah menahan seorang mahasiswa yang posting dalam Facebook dia nak bom helikopter PM, hari ini mamat cina mana plak yang kurang ajar nak tembak kapal terbang yang YAB PM naik.

Mohon PDRM siasat perkara ini dan ambil tindakan yang bijak ke atas mereka yang berfikiran kolot ni..

Sumber: TokGuru86

GR kata: Tembak pakai lastik burung ker??? He he he

TERKINI: MAHASISWA SEWEL DEMO DEPAN PEJABAT PAS WP!!!


Ini dia foto terbaru GR terima dari kawan GR yang berada di depan Pejabat PAS WP. Sekarang puak-puak mahasiswa sewel SMM dan BEBAS berkumpul di situ untuk berDEMO bagi menuntut pembebasan bagi pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kedah yang 5 antaranya digantung pengajiannya.

Mereka juga menuntut pembebasan "selebriti popular" mereka Adam Adli yang digantung pengajian selama 3 semester di UPSI.


Alamakkkkk....seram pulak. Ada "hantu pocong" lagi depan Pejabat PAS WP. Apa lagi Ostad PAS kasi jampi halau "hantu" ni la...He he he


Oklah selamat berDEMO lah yer korang mahasiswa sewel SMM. Jangan langgar pecahkan cermin pejabat PAS WP tu udah la yerr... KAH KAH KAH

Baca juga KhazanahMPM

TERKINI DI PWTC: PANGLIMA LUDAH KATA "MANA DEPA NI??"


Sorotan dari info yang GR terima, hari ini Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI...

Lokasi: Depan SOGO, KL Masa: 1.30pm

Gambar di atas aksi 'panglima-panglima ludah' yang sekarang ini berada di PWTC menunggu ketibaan 'selebriti' popular Adam Adli.


Hoii... mana Adam Adli tadi kata sedang berarak menuju ke PWTC?

Turunlah mari, kesian "abang-abang luda" dah tunggu lama ni.. Hi Hi Hi

'Abang ludah' kata tadi "Yilekkkk la bro...." "Mana depa ni....?" - Sumber: Double Y


GR kata: Ada teloq ke tak depa mahasiswa mengong ni??DEMO jela depan Pej PAS WP tu..sama jugak.He he he

FACEBOOK YAB PM DALAM MANDARIN!! JOM CHECK IT OUT!!!


KUALA LUMPUR: Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah “Ah Jib Gor”. Ia merupakan facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial. “Ah Jib Gor” yang bermaksud “Abang Najib” dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

“Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini,” kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik. “Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini,” katanya.
- Bernama

Klik di link ini untuk ke FB baru DS Najib seperti di atas :




GR kata: Jom pakat ramai-ramai add FB baru PM kita!!!

TERKINI: ADUN SIJANGKANG DILANTIK GANTI HASSAN ALI!!!

Baru jer pagi tadi GR post perkhabaran calon Exco Selangor yang menjadi pilihan DAP dan PKR iaitu Dr. Rani Osman ditolak oleh pihak Istana Selangor. Nampaknya khabar angin tersebut betul sah. Dan calon yang telah dilantik mendapat perkenan Sultan Selangor ialah ADUN Sijangkang.

Nampaknya Pakatan Rakyat Selangor lagilah pening kepala...mana taknya calon yang diaorang naikkan tak dapat restu..takder Exco yang angguk kepala jer. He he he


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Beliau kini berada di Istana Bukit Kayangan di sini untuk mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.


GR kata: Tahniah di atas perlantikan...semoga dapat memikul amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas.

PANAS: PERLANTIKAN DR RANI DITOLAK PIHAK ISTANA???


Apa dah jadi ni PAS Selangor? Dah tungkus lumus jatuhkan Dr. Hassan Ali now naikkan Dr. Rani Osman ADUN Meru yang menjadi pilihan DAP dan PKR tapi tak dapat perkenan dari pihak Istana Selangor. Apa cerita ni???

Ini mungkin antara sebab kenapa tertangguhnya penamaan calon Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diumumkan hari Isnin.

Calon pilihan utama sekarang adalah ADUN Sijangkang iaitu Dr Yunus yang mendapat BANTAHAN dari DAP dan PKR. Jika BENAR perkara ini memang kacau bilau pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

GR kata: Pakatan Rakyat Selangor dah resah gelisah sekarang ni....MB sampah rakyat Selangor bila nak angkut???

Tuesday, January 17, 2012

SANTAI: MEMANG CLASS LAH VIDEO NI...





Apa pun GR nak cakap video ni memang class...buat secara spontan di KLIA. Pelancong yang baru sampai di Malaysia pun kagum..Macam ni lah 1Malaysia!!! Terbaekkkkkk!!!!

Jom layannnnn......

PANAS: DUDA & IBU MENGANDUNG KANTOI BEROMEN!!!


AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.

“Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya. - SH


GR kata: Manusia dah tak fikir dan takut dosa pahala sekarang ni..yang penting sedapp!! Fikir-fikirkan lah....

BR1M TERUS DAPAT SOKONGAN RAKYAT!! BUKTI KERAJAAN KOTAKAN JANJI!!!


Pada hari Ahad (15 Jan 2012) yang lepas, pihak Kerajaan telah menunaikan janji Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB PM baru-baru ini iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ianya disampai secara berperingkat kepada rakyat Malaysia yang layak menerimanya.



Pada hari Ahad yang lepas juga, Barisan Nasional peringkat parlimen Bandar Tun Razak turut sama mengadakan majlis menyampaikan bantuan BR1M tersebut. Di Bandar Tun Razak, dalam peringkat pertama (Fasa 1) seramai 3,698 orang penerima bantuan BR1M.


TAHNIAH diucapkan kepada rakyat yang sudah menerima baucar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Gunakanlah wang tersebut dengan sebaiknya dan semoga dapat mengurangkan beban perbelanjaan keluarga dan kos hidup anda.

GR kata: Terima kasih BN!!! Janji Pakatan Rakyat?? Omong kosong saja!!!!!!

PAKATAN RAKYAT HANYA PANDAI TABUR JANJI,BUATNYA TAK!!!


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN berkata masa depan Malaysia terletak kepada kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) yang terbukti telah melaksanakan pentadbiran yang berkesan kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat perlu menyokong kerajaan dan dasar-dasarnya supaya apa yang telah dicapai tidak terganggu dan masa depan akan lebih jelas.

Berucap ketika merasmikan Dewan Seri Melati sempena majlis ramah mesra bersama rakyat kawasan parlimen Padang Besar di Beseri dekat sini, katanya rakyat jangan terpengaruh dengan tohmahan pembangkang yang sentiasa berhadapan dengan masalah dalaman disebabkan perbezaan dasar bagi parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang itu.

Dewan setingkat bernilai RM3.2 juta itu berkeupayaan menampung lebih 600 orang dan akan menjadi dewan utama bagi kawasan parlimen Padang Besar. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berharap rakyat menilai masa depan mereka dengan bijaksana walaupun sering diganggu dengan tohmahan parti pembangkang terhadap pelbagai usaha murni kerajaan.

Katanya, PAS juga telah meninggalkan dasar untuk mewujudkan negara Islam jika memerintah negara setelah sekutunya menganjurkan pelaksanaan negara berkebajikan. "Mereka tiada kata muafakat sesama sendiri, tiada wawasan dan pendekatan bersama," kata Muhyiddin.

Menurutnya ketika menjelang pilihan raya umum, parti-parti pembangkang telah membangkitkan pelbagai tohmahan bagi menagih simpati rakyat dengan menuduh kerajaan zalim, tidak bertanggungjawab, rasuah dan tidak membantu rakyat melalui pelbagai cara termasuk menggunakan laman sosial.

Beliau bimbang jika tohmahan itu dilakukan berulang kali, ia mungkin diterima rakyat sebagai satu kebenaran dan boleh meluntur keyakinan rakyat kepada kerajaan. Muhyiddin berkata, kepimpinan negara telah menangani pelbagai masalah secara bijaksana sehingga ekonomi negara terus berkembang secara positif ketika berhadapan dengan krisis ekonomi.

Pada majlis itu, Muhyiddin secara simbolik melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang akan dilaksanakan di Perlis mulai Ahad. Beliau juga menanam pokok mempelam harumanis sempena perasmian Dewan Seri Melati itu yang bakal menjadi pusat kegiatan masyarakat bagi kawasan parlimen Padang Besar.

Kemudian, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut beramah mesra dengan orang ramai pada majlis jamuan petang. - Bernama

Baca juga di JM

GR kata: Pakatan Rakyat hanya pandai tabur janji, perlaksanaannya HAMPEH!! Tengok jela apa jadi dengan Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan?? Fikir-fikirkanlah...

VIDEO HASSAN ALI: RAKYAT HARUS TOLAK ANWAR!!!







GR kata: Fikirlah secara logik akal..takkan sorang yang katanya liwat fitnah ke atas dirinya tapi menyokong untuk HALALkan budaya gay di Malaysia..Apa citer tu???

VIDEO PANAS: TARIAN BOGEL MAKIN BERLELUASA DI P.PINANG?? OSTAD PAS DIAM SAJA??





Inilah cara DAP buat duit di P.Pinang yang boleh dikatakan paling mendatangkan income lumayan pada mereka. Ini baru di P.Pinang bayangkan kalau mereka memerintah negara, apa akan jadi?? Fikir-fikirkan-lah....

Mohon pihak berkuasa dan jabatan agama P.Pinang siasat tentang perkara ni dan club tersebut harus dipantau...Adakah mereka mempunyai permit yang sah beroperasi???

Pembaca lihatlah video di atas dan nilaikan....

GR kata: Ostad-ostad PAS P.Pinang mana..senyap jer ker??? Takkan angguk kepala jer???

Monday, January 16, 2012

TRANSFORMASI KERAJAAN DAPAT SOKONGAN RAKYAT - SUDAH TERBUKTI!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kayu pengukur kepada kecemerlangan dan kejayaan sesebuah kerajaan adalah melalui keulungan idea yang dihasilkan.

Menurut Perdana Menteri, keulungan idea itu bermaksud idea yang dihasilkan oleh sesebuah kerajaan itu adalah lebih baik daripada pihak yang bersaingan dengannya.

"Sebab itu, masa saya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, saya telah ketengahkan pelbagai idea baru yang memberi maksud kepada keulungan idea itu.

"Ia terbukti melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan pelbagai lagi sehinggalah ke projek Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu di Pekan ini," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Padang Rumbia di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhammad.

Mengulas lanjut, Najib berkata, melalui penghasilan pelbagai idea itu, ia membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa melakukan transformasi.

"Ia bukti mengapa kerajaan hari ini terus mendapat sokongan rakyat meskipun dalam keadaan dunia tidak menentu seperti di Mesir yang berlaku apa yang dipanggil 'Arab Spring', tetapi di Malaysia kerajaan sentiasa melakukan transformasi," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, untuk menegakkan keadilan sosial, kerajaan akan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima rumah di bawah projek Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu itu.

"Rumah yang kita berikan percuma ini bukan calang-calang kerana ia berkeluasan 1,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan perabot dan sebuah tong gas memasak.

"Ini sebenarnya soal asas, yakni perumahan dapati disediakan oleh kerajaan untuk rakyat," katanya.


GR kata: Rakyat mula sedar segala transformasi yang dibuat adalah baik untuk rakyat. Pakatan Rakyat dah gegel & duk pikir apa benda yang nak "pusing" lagi.

PANAS: PERGHHH DAHSYAT AWEKS NI...ANAK SAPA NI??


Perghhhhh!!!! Boleh tahan aweks ni kan?? Anak siapa la ni kan?? Difahamkan aweks dua orang ni anak kepada Timb Presiden PKR, Azmin Ali. Apa citer ni bro??? Kalau UMNO/BN semuanya salah..now tengok lu punya anak apa macam??

Gambar ini bukan dah lama bermain di dunia blogesfera. Apa yang GR nak katakan di sini adakah aweks-aweks ni betul dah insaf?? Atau pun wayang jer macam bapak dia jugak. GR terserempak dengan perwatakan baru mereka berdua pada 9 Jan 2012 di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta kerana turut serta bersama ibu dan bapa mereka ke perbicaraan keputusan kes liwat II Anwar Ibrahim.

Jika benar mereka dah insaf baguslah dan harap jangan ini semua wayang Pakatan Rakyat yang kita semua tau mereka memang pandai bermain emosi untuk mendapat simpati rakyat. Lihat gambar di bawah...