Saturday, January 14, 2012
PANAZZZ: ARTIS MALAYSIA KAHWIN SENYAP-SENYAP..???
Barangkali ada yang sedia tahu mereka bercinta. Ada yang tidak. Apa pun dalam pada kita masih lagi berteka-teki dan menanti bilakah mereka akan menukar status daripada pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri, tau-tau pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dan Zulkifli Daud (Joey), 38, sebenarnya sudah pun berumah tangga dalam diam (senyap-senyap).
Menurut kenyataan di portal mStar, mereka telah diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas pada Disember lalu, dan hanya dihadiri keluarga terdekat masing-masing sahaja.
Terus tetap mengunci mulut, Watie bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut. Dia berkata, kemungkinan dalam masa terdekat ini mereka akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan perkara tersebut.
Watie turut memberitahu, kalau boleh biarlah keadaan 'panas' yang pernah di lalui Joey tahun lalu, reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan mereka dijelaskan kepada umum. Lagipun sebelum membuat apa-apa kenyataan, dia perlu memaklumkan kepada Joey dahulu. Faham-faham sajalah, sekarang ni dah 'berdua'
Sebelum ini masing-masing pernah berumah tangga. Joey, yang juga merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir. Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.
Sementara Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.
Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.
Baca juga di sini
GR kata: Itulah dia artis....ape saja mereka buat akan menjadi tontonan umum. Sooo..jaga-jaga. Hi hi hi
SANTAI: ALLY KAHWIN PILIHAN KELUARGA
Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.
“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.
“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.
“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.
Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.
Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.
“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea. - SH
GR kata: Doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat...amin
Uikssss...KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT, UMNO YANG SALAH??
Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan yang sangat hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti di sini kosong.
Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan. Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.
Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.
GR dengar khabar UMNO yang dipersalahkan?? Nak tau baca lagi di sini
GR kata: Puak Pakatan Rakyat ni pandai betul buat lawak lah..He he he
WAJIB TONTON: VIDEO KHAS UNTUK ANWAR DAN AZMIN!!
Melayu mudah lupa!!! Betul ker?? Mungkin betul ramai bangsa Melayu sekarang ini mudah lupa..lupa dengan jati diri mereka sendiri..atau pun mereka lupa yang mereka dilahirkan sebagai anak Melayu.
Video di atas khas buat manusia-manusia yang bernama Melayu dan yang mudah lupa jati diri sendiri. Terutama mereka yang di dalam Pakatan Rakyat.
Kepada Azmin Ali, mungkin ko dah lupa, jasa dan pengorbanan Tun Mahathir yang bawa ko masuk kerja dalam Kerajaan seterusnya dalam arena politik tanahair. Daripada jasa Tun Mahathir inilah ko mendapat kesenangan dan kemewahan yg dikecapi hari ini.
Kepada Anwar Ibrahim, mungkin ko lupa, melalui UMNO ko berjaya dalam bidang politik seterusnya dapat jawatan ke-2 tertinggi dalam negara iaitu Timb. Perdana Menteri suatu ketika dahulu. Dengan platform UMNO jugalah ko mendapat kesenangan dan kemewahan yang dikaut ketika dalam kabinet dulu dan ketika menjadi Menteri Kewangan dulu.. Betul kan???
GR kata: Nantikan GR akan bongkarkan puak PR ni kaya n sibuk kata pemimpin UMNO makan duit rakyat n diaorang ni hidup tak makan duit rakyat kononnya....Tunggguuuuu!!!!
PANAS: PENGERUSI MASJID KENA PENYEPAK??
GEORGETOWN - Pengerusi Kariah Msjid Jelutong, Mohamed Yusof Mohamed Noor kena penampar anak kariah sendiri gara-gara mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.
Kejadian itu berlaku di Masjid Jelutong selepas solat Jumaat apabila anak kariah tidak puas hati dengan pendekatan yang digunakan Mohamed Yusof mentadbir masjid itu sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, anak kariah itu yang mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi itu.
Bagaimanapun, keekcohan itu berjaya dileraikan oleh beberapa anak kariah lain yang segera campur tangan.
Aksi tampar dahi itu berlaku di ruang solat masjid berkenaan selepas Mohamed Yusof memberi kenyataan kepada wakil media mengenai dakwaan sekumpulan anak kariah bahawa beliau sengaja membuat pelantikan jawatankuasa kariah masjid untuk 2012 secara rahsia dan tidak mengumumkannya.
Terdahulu, kira-kira 20 anak kariah Masjid Jamek Jelutong mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat membantah pelantikan Mohamed Yusof sebagai pengerusi jawatankuasa kariah masjid itu.
Ia diketuai Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, yang turut membidas dan mendakwa Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim campur tangan dalam urusan pemilihan jawatankuasa kariah masjid sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak kariah.
Mereka turut membawa beberapa sepanduk yang tertulis ‘Jangan jadi kuda tunggangan politik: peringatan kepada Jabatan Agama Islam', 'Kami anak kariah mendesak pelantikan AJK tahun 2012 ditarik balik dan dibatalkan' dan 'Siasat akaun masjid, kenapa takut?'
Zarus berkata, perpecahan berlaku disebabkan campur tangan politik ke atas pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengakibatkan ramai anak kariah tidak puas hati dan mahu ia diadakan semula.
"Pengerusi sekarang gagal mentadbir masjid ini sejak tiga tahun lalu. Dia tidak pernah mengadakan mesyuarat agung dengan anak kariah dan tidak pernah membentangkan simpanan kira-kira masjid.
"Malah, timbalan pengerusi, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita masjid sebelum ini disingkir tanpa sebarang alasan munasabah dan langsung tidak dimaklumkan kepada anak kariah," katanya.
Sementara itu, Mohamed Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pemilihan jawatankuasa kariah masjid terbabit dalam tempoh terdekat dan menyifatkan bantahan itu berlaku akibat salah faham.
Beliau berkata, semua perkara berbangkit termasuk masalah dalaman akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan 11 agenda mengenai perancangan kariah masjid juga dibentangkan. - SH
GR kata: Tu lah hal agama Islam pun nak dipolitikkan...kan dah kena.
INI BUKAN COBAAN INI BETUL2: REWARD RM10K KPD PEMBERI MAKLUMAT!!!
TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan ‘Improvised Explosive Devices (IEDs)’ yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Berdasarkan maklumat PDRM, jam loceng di atas digunakan dalam kes Jerangkap Rekaan Elektrik (Warna Merah). Menurut PDRM lagi, jam loceng ini adalah murah dan mudah diperolehi di mana-mana kedai terutama di sekitar Kuala Lumpur. Keistimewaan jam loceng ini adalah mempunyai angka-angka yang berwarna-warni. Pihak PDRM di dalam kenyataan media mereka mengesa orang ramai yang telah atau pernah menjual jam berkenaan berwarna merah sebanyak tiga (3) atau lebih supaya tampil memberikan maklumat.
Oleh itu, beberapa rakan blogger GR dengan rela hati ingin menyumbang sedikit dari jumlah tawaran yang diberikan oleh pihak PDRM. Blogger KhazahMPM sedia menyumbang RM50, Blogger Cucu Tok Selampit sedia menyumbang RM200, Blogger Double Y sedia menyumbang RM100, Blogger Bro Jinggo menyumbang RM100 dan GR sendiri turut menyumbang RM100.
Dengan ini jumlah tawaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya pengebom di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta pada 9 Jan 2012 dinaikkan kepada RM 10,550.00
GR kata: Kepada yang dapat tawaran tu nanti boleh claim pada GR dengan cara hantar komen di blog GR atau pun email ke gossiprakyat@gmail.com
Friday, January 13, 2012
WAJIB BACA: KEPADA SEMUA JENTERA JANGAN TIDO!!!
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya jangan sesekali memandang ringan soal persaingan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti susulan pakatan pembangkang begitu beria-ia 'cakap besar' mahu menumbangkan parti pemerintah itu.
Tegas Perdana Menteri, kerana itu BN mesti meningkatkan kesiapsiagaan dalam pelbagai aspek dan memberi tumpuan sepenuhnya soal itu supaya boleh memperoleh kemenangan besar seperti yang diharapkan.
"Kita lihat seperti biasa bila ada pertandingan seperti bola (sepak) dan badminton, masing-masing akan kata dapat atasi pihak lawan, jadi, bukanlah suatu yang aneh apabila parti-parti pembangkang mendakwa mereka ada kelebihan dan boleh takluki negeri tertentu.
"Masalahnya, kita tahu selepas pilihan raya umum 2008, dia (Anwar Ibrahim) kata akan tubuh kerajaan (pembangkang) pada September tahun itu tetapi kita tahu ia meleset sama sekali.
"Ini bukanlah satu kaedah kempen yang bersifat psikologi yang asing bagi kita tetapi kita jangan pandang ringan dan BN mesti meningkatkan kesiapsiagaan dalam pelbagai aspek," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoka di sini semalam.
Najib yang juga Pengerusi BN ditanya mengenai kenyataan parti-parti pembangkang yang meramalkan mereka boleh memperoleh banyak kerusi di negeri tertentu pada PRU13 nanti.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika ditemubual oleh Sin Chew Daily baru-baru ini menyasarkan pembangkang boleh merampas Perak, meraih banyak kerusi di Negeri Sembilan serta menguasai satu pertiga kerusi di Johor.
Anwar pula menjangkakan pembangkang akan memperoleh kemenangan besar di Sabah iaitu negeri yang paling sukar ditembusi pembangkang setakat ini - Utusan Online.
GR kata: Siap siaga hadapi Pembangkang - amanat PM yang perlu tanam dalam hati kita.
SENSASI & MELETOP: ANWAR IBRAHIM MENARI SHUFFLE..???
Jom kita layan video di atas, Hj Anwar shuffle...terbaik tuuuu!!! Ha ha ha...
Goyang sana goyang sini...Suka sama Suka..Ingat semua tu!!!
GR kata: goyang kepala...he he he
Goyang sana goyang sini...Suka sama Suka..Ingat semua tu!!!
GR kata: goyang kepala...he he he
PANAZZ: LAGI ARTIS DRESSING MAUT & PARTY SAKAN??
Masih ingat dengan artis yang tak berapa popular ni tak?? Miera Liyana...sebelum ni pernah menggemparkan dunia artis tanahair dengan fashion maut beliau. Nak tau baca di sini.
Kali ini Miera Liyana tampil dengan dressing maut lagi?? Tak serik lagi ker?? Alahai kenapa dengan artis Malaysia ni?? Pembaca fikir-fikirkanlah yer....
Kontroversi terbaru Miera bersosial sakan?? Sumber beritahu GR gambar party tersebut ketika Miera berhibur di P.Pinang... Kontroversi macam ni sekali gus memberi pelbagai tanggapan dari peminat artis ini. Gambar di bawah:
GR kata: Nak berhibur hak individu tapi berpada-pada...artis menjadi tontonan umum.
AZMIN ALI JENIS MANUSIA LUPA DARATAN!!!
Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.
"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.
"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.
"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.
Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.
"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.
"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.
Baca juga JM
GR kata: Angan-angan Mat Jenin jugak ker si Azmin ni...nak sangat jadi PM???
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.
"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.
"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.
"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.
Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.
"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.
"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.
Baca juga JM
GR kata: Angan-angan Mat Jenin jugak ker si Azmin ni...nak sangat jadi PM???
KENAPA LIWAT HARAM?? HJ ANWAR BOLEH TOLONG JAWAB???
Sekadar hiasan
Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang Halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (Haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
SIAPA YANG SIBUK NAK HALALKAN SEKS BONTOT NI?? SUKA SAMA SUKA???
Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat dan menyatakan bahawa “prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu”.
“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan.
“Majlis Peguam Malaysia berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan sebaliknya terus menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius,” katanya.
Baca juga AAKJ
GR kata: Kalau Hj Anwar tau dia tak bersalah kenapa takut sangat bersumpah?? Tak munafiq tau kalau kita dipihak yang benar. Fikir-fikirkanlah yer...
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
SIAPA YANG SIBUK NAK HALALKAN SEKS BONTOT NI?? SUKA SAMA SUKA???
Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat dan menyatakan bahawa “prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu”.
“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan.
“Majlis Peguam Malaysia berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan sebaliknya terus menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius,” katanya.
Baca juga AAKJ
GR kata: Kalau Hj Anwar tau dia tak bersalah kenapa takut sangat bersumpah?? Tak munafiq tau kalau kita dipihak yang benar. Fikir-fikirkanlah yer...
VIDEO PANAS: ADAM ADLI KENA TIBAI?? LEMBIK???
Allah S.W.T bagi kita akal untuk berfikir seperti seorang yang waras, berakal dan budi pekerti yang mulia. Manusia yang berfikir menggunakan akal barulah kita boleh katakan mereka ini seorang yang matang.
Adam Adli seorang yang matang ker?? Apa yang beliau lakukan sebelum ini matang sangat ker kalau kita berfikir secara logik akal?? Adam Adli kononnya nak memperjuangkan kebebasan hak mahasiswa, tapi cara nak membebaskannya mengalahkan beruk yang duduk dalam sangkar..
Pembaca lihat video di bawah dan nilaikan sendiri. GR yakin bila dah tengok mesti pembaca sekalian setuju dengan pandangan GR yang apa yang Adam Adli buat hanyalah untuk kepentingan dia sendiri dan dipengaruhi oleh Pakatan Rakyat yang bengong.
Baca juga EP
GR kata: Banyak cara dan saluran yang boleh kita gunakan untuk menyampaikan hasrat kita dengan cara yang bertamadun dan berhemah..tambah lagi bila kita bergelar seorang mahasiswa.
SIBUK KEJAR DUNIA, AKHIRAT LUPA!! AMACAM OSTAD PAS??
Masih ingat lagi dengan Allahyarham Ust Fadzil Nor?? Seorang yang mempunyai semangat juang yang kental dan telus dalam memperjuangkan Islam di zaman beliau bersama PAS ketika dulu. Pembaca lihat nasihat Allahyarham Ust. di atas...baca dan hayati khususnya kepada Ostad-ostad PAS yang "sibuk" nak ke Putrajaya tu...
Baca juga Jomo Malaya
GR kata: PAS sekarang sanggup mainkan hukum hakam agama demi mencapai "niat" untuk sampai ke Putrajaya.
Thursday, January 12, 2012
MAKLUMAN: PEMBAYARAN BR1M MULAI 15 JAN 2012
KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Husni berkata majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
"Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya.
Ahmad Husni berkata, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.
"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," katanya.
Pemohon juga, katanya, boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.
Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.
Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu.
Baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara. Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April tahun ini. - BERNAMA.
GR kata: Tahniah kepada yang menerima BR1M...bukti Kerajaan prihatin kepada rakyat.
PANAS: Uikss!!! FASHA DAN JEJAI DAH NIKAH??
CERITA PANASS NIIIII !!! Betul ke apa yang GR baca blog hiburan ni..Pelakon popular tanahair Fasha Sanda dan Jejai sudah bernikah?? Jeng jeng jeng...
Jom baca kenyataan di bawah yang diambil dari blog tersebut:
Semalam,Kjee ada post entry suruh dia cepat nikah dengan kekasihnya Jejai sebab dah boring sangat asyik baca story dia dan Jejai, kejap cinta kejap putus. Pastu cinta balik. Dan tetiba ada cerita pulak nak nikah.And then, Kjee dapatlah citer seorang rakan FB kata mereka sudan kahwin. Kahwin? Kjee garu kepala. Kahwin? Kahwin ke nikah?
Hehehe ketawa dia. Dah nikahlah Kjee, kata teman tu. Isyhhh walaupun wartawan pencen tetapi hati naluri ni masih ada perasaan ingin tahu. Kemudian Kjee dapatlah citer tetapi taklah banyak sebab fren FB tu kata nanti dia tanya lagi mereka yang lebih tahu mengenai pernikahan itu. Depa nikah dah banyak bulan tapi tak ingat tarikh, katanya.
Jeng jeng jeng dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.
Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah,bab2 keluarga ni amat sensitif.
Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.
Katanya sikit lebih kurang begini: “Kalau Jejai ada kat rumah Fasha,kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot).So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha..”
Oppsss kalau dah sah nikah (walaupun di Thailand,nikah tu sah kalau ada surat nikah),kenapa sampai nak sorok2 lagi kan? Biarlah kan? Tak payah sorok2. Buatnya ada yang nampak dan report kat pencegah maksiat, kan jadi hal pulak. Tapi kalau geng pencegah maksiat datang, pasti terkejut beruk muka mereka apabila Fasha dan Jejai keluarkan surat nikah.
Kepada Fasha dan Jejai,Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang Kjee terima itu. Kami semua mendoakan agar Allah swt permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri. Restu keluarga terutama sekali ibu terlalu penting dalam sesebuah perkahwinan.
Tak tahu sama ada berita ini betul atau tidak, kalau betul,baguslah tu dan tahniah diucapkan. Pasangan ini juga kebelakangan ini semakin kerap muncul di khalayak ramai dan kelihatan begitu mesra sekali.
Kisah lanjut baca Dapur Kak Jee
Betul ke tidak cerita ni GR tak confirm atau pun ianya hanya gossip semata-mata. Jawapannya kita tunggu jelah dari tuan badannya sendiri.
GR kata: Kalau betul, Selamat Pengantin Baru Fasha & Jejai...doakan semoga berkekalan hingga akhir hayat...
HOT: RUMAH WARDINA KENA ROMPAK!!!
Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa diberitahu oleh Wardina melalui laman #Twitter bahawa kediamannya dirompak oleh 3 orang perompak warga Indonesia awal pagi tadi.
Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka. Mereka mengambil kesemua 5 buah laptopnya.
Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.
Lihat tweet Wardina di bawah:
GR kata: Alhamdulillah Wardina dan keluarganya selamat.
PANAS: BOB KUMAN SERTAI PAS..???
Beberapa Blog Pro Pakatan kini cuba memainkan sentimen terbaru mendakwa seorang lagi pelawak Bob Kuman telah menyertai PAS baru-baru ini.
Dengan mempamerkan gambar Bob Kuman di tanah suci kota Mekah, bekas Kumpulan Kuman ini didakwa telah menemui Bob Lokman untuk turut serta dalam kempen bersama PAS pada PRU13.
Ini juga salah satu strategi PAS menarik minat anak-anak muda untuk turut serta dalam politik PAS yang didakwa Hasan Ali telah hilang karisma perjuangan asas mereka.
GR kata: Betul ker?? Kita tunggu apa kata Bob Kuman yer...
PANAS: ADA PIHAK TAK BERTANGGUNGJAWAB HINA ISLAM!!!
Pembaca lihat di atas...apa perasaan korang?? Panas hati tak atau pun suka sangat?? Pembaca nilailah sendiri yer.. Pada GR bila tengok gambar FB di atas pedih rasa hati ni.
Apa pun GR ingin beritahu ini adalah tahap kurang ajar. Di fan page Facebook ini jelas kelihatan gambar profil lelaki yang berserban diselitkan dengan kata-kata kesat ini dikeluarkan nampak jelas menunjukkan betapa bangsatnya tuan empunya Facebook ini dalam mempermainkan pakaian seorang Islam.
Jika kita lihat gambar di atas, penghinaan yang dibuat terhadap orang Islam nyata jelas. Menghina cara pemakaian cara seorang Islam tidak kiralah dari parti politik mana pun PAS atau pun UMNO. Betul tak?? Klik di sini untuk lihat Facebook di atas.
Dalam Facebook ini juga, puak Pakatan Rakyat kata kononnya UMNO, BN dan Melayu Racis... Siapa yang Racis sebenarnya??? Tolong jawab!!! Jangan mainkan isu agama dan bangsa semata-mata meraih undi, rakyat boleh menilai dan ada setengah mereka juga dah kena batang hidung mereka sendiri dengan cara pentadbiran dari Pakatan Rakyat.
Dalam satu lagi facebook, ada pihak yang join group Boikot UMNO Product (BUP). Admin di Facebook ini bertujuan menghasut seluruh masyarakat di Malaysia tak kira Cina, Melayu dan India boikot barang-barang yang dijual di pasaran kononnya barangan tersebut UMNO yang punya. Apa punya bangang la kan...kalau namanya pembangkang tu memang semuanya mereka jelah yang betul.
Lagi baca di sini
GR kata: Mohon pihak berkuasa ambil tindakan segera dan pada pembaca sekalian jangan terpedaya dengan fitnah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.
KENYATAAN MEDIA: MAIWP JAWAB FITNAH SALAHGUNA WANG ZAKAT
Pembaca yang budiman...lihat kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam W.Persekutuan (MAIWP) mengenai salahguna wang zakat yang diputarbelitkan oleh Nik Azmi PKR.
Tuduhan yang dilemparkan berniat jahat dan tidak logik langsung. Pembaca baca kenyataan media di atas yang diberikan kepada GR semalam.
Lihat video di bawah Menteri (Agama) di JPM DS Jamil Khir menjawab fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh PKR:
PANAS 901: BAPA @saifulbukhari TIBAI MAJLIS PEGUAM!!
Semalam bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan melawan tindakan Majlis Peguam kerana menyarankan pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung kes liwat anaknya diliwat yang keputusannya telah diputuskan pada 9 Jan 2012.
Pembaca baca kenyataan bapa Saiful sendiri di bawah...Inilah pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya jika kita lihat setiap masyarakat di Malaysia perlu diadili dengan adil dan saksama serta didengar rayuannya kerana itu yang termaktup dalam Perlembagaan Malaysia.
GR kata: Kes dibicarakan 3 tahun tangguh 69 kali...keputusan tak sampai 3 minit..Pelikkan??hehe
Wednesday, January 11, 2012
HOT: JUAL ANAK DI FACEBOOK???
RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.
Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.
Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.
Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.
Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.
Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.
Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.
Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.
Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.
Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.
Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN
GR kata: Macam-macam dunia sekarang..sanggup jual anak untuk dapatkan wang...Fikir-fikirkanlah!!!
PANAS: ANWAR CAKAP LAIN, KARPAL CAKAP LAIN - SAPA YANG BETUL??
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyangkal dakwaan anak guamnya yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.
Sebaliknya Pengerusi DAP itu menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.
"Tidak, ia (keputusan) tiada sebarang kaitan dengan kebimbangan kerajaan seperti yang didakwa oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita asing AFP mengaitkan keputusan mahkamah itu ekoran kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.
Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tidak cukup bukti.
Karpal berkata, keputusan badan kehakiman dan kebimbangan kerajaan adalah dua perkara berbeza.
Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mencadangkan kepada DAP supaya mengehadkan calon parti itu bertanding hanya satu kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Menurut beliau, selain membuka peluang kepada calon baru, ia juga bagi memastikan calon yang diberi kepercayaan itu fokus serta memberi perhatian sepenuhnya terhadap kawasan masing-masing.
Ditanya sama ada beliau akan memanjangkan cadangan itu kepada parti pakatan lain, Karpal berkata, beliau tidak tidak mahu mencampuri urusan parti lain.
GR kata: Dah lepas pun lagi nak cakap banyak....
KENYATAAN MEDIA UCAPAN TAHNIAH MENTERI KDN PD PDRM!!
KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI DALAM NEGERI
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
MENTERI DALAM NEGERI
Selasa, 10 Januari 2012
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam.
Komitmen dan kerja kuat seluruh anggota sejak beberapa hari lalu dalam membuat persiapan serta bertugas 24 jam jelas telah memberikan hasil yang memuaskan. Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Standard Operation Procedure (SOP) mengikut pendekatan baru ini.
Dalam pada PDRM bersikap terbuka membenarkan perhimpunan ini dilakukan secara aman, mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, pihak polis tetap bersikap tegas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam ketika menjalankan tugas semalam.
Walaupun berlaku letupan tiga bom semalam, namun anggota polis kita telah mampu mengawal keadaan dengan baik. Insiden ini masih dalam siasatan dan saya sendiri sedang memantau siasatan tersebut.
Saya meminta agar orang ramai sentiasa bertenang dan tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.
Sekian.
BANTUAN BUKU RM 200 - BUKTI KERAJAAN KOTAKAN JANJI!!
Hari ini Kerajaan telah mengotakan janji yang dibentangkan pada Bajet 2012 iaitu Bantuan Baucar Buku 1Malaysia ke semua mahasiswa/wi IPTA, IPTS dan pelajar Tingkatan 6 di Malaysia. Bantuan ini diberikan supaya dapat meringankan beban pelajar-pelajar ini dalam menampung kos pembelanjaan pelajaran mereka dari segi pembelian buku.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk 4 keping baucar RM50 dan bukan wang tunai. Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak Kementerian dan baucar ini hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang dilantik sahaja.
GR ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima Bantuan Baucar Buku 1Malaysia hari ini. Ini menunjukkan Kerajaan juga prihatin kepada pelajar-pelajar dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran sekaligus berjaya dalam membina masa depan yang cemerlang.
GR kata: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!
VIDEO HANGAT: JOM CELEBRATE ANWAR TAK LIWAT!!!
Yahooo...Hip hip horaayyyyyyy...jom berpesta...yeeeehhaaaaaaaaa!!!
GR ingin katakan di sini supaya rakyat sedar imej Hj Anwar selepas sudah tercalar kerana galak menuduh UMNO sebagai dalang disebalik konspirasi ke atasnya dan kedua terbukti UMNO sendiri sudah ‘membersihkan’ dirinya dari tuduhan mengawal kebebasan badan kehakiman di negara ini.
VIDEO: HASSAN ALI PERJUANGANNYA DIKUBURKAN KERANA TIDAK SEBULU!!!
Dr. Hassan Ali menegaskan: "Anwar Ibrahim punca saya dipecat".. Disebabkan Dr Hassan Ali tetap dengan pendiriannya, perjuangannya dalam Islam "dikuburkan" oleh pihak yang "gila kuasa".
Jom kita saksikan video penjelasan Dr. Hassan Ali mengenai pemecatan beliau dari PAS:
Jom kita saksikan video penjelasan Dr. Hassan Ali mengenai pemecatan beliau dari PAS:
GR kata: Teruskan perjuangan...PAS hanyalah kuda tunggangan DAP!!!
Tuesday, January 10, 2012
901: PAKATAN RAKYAT GUNAKAN BUDAK SEKOLAH UNTUK CAPAI "TARGET"!!
Apa nak jadi ni Pakatan Rakyat?? Budak sekolah pun bawak sekali ker?? Confirm budak ni tak gi sekolah...Nak cukupkan jumlah yang kononnya 100 ribu orang sampai budak yang belum baligh pun jadi.. Ha ha ha
Pembaca lihatlah lagi gambar di bawah...Adakah patut diheretnya sekali budak-budak ni semua?? Bagi tau GR, sekolah mana yang takder sesi persekolahan semalam??
Malang sungguh budak-budak ni yang dapat mak bapak yang bahlul. Sanggup memaksa anak-anak ponteng sekolah demi Hj Anwar.
Sumber: AAKJ
GR kata: Jumlah yang hadir perhimpunan semalam sekitar 5,000 orang...mana 100,000 orangnya?? Hahaha
SANTAI: LISA SURIHANI LULUS KURSUS KAHWIN!!
Lisa berkata, walaupun Yusry tidak perlu menghadiri kursus tersebut dia ingin menemaninya sebagai tanda sokongan kepadanya.
"Saya cakap dengan abang (Yusry) tak payah pergi tapi dia bertegas jugak untuk menemani saya pada kursus itu nanti sebagai tanda sokongan kepada saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Ular di KRU Studios di sini, Sabtu.
Tambahnya lagi, mereka berdua juga telah pun menjalani ujian saringan HIV pada 6 Januari lalu di Klinik Kesihatan Putrajaya.
Dalam pada itu, Lisa berkata, lokasi pernikahannya nanti akan bertukar ke Hotel Marriot Putrajaya selepas solat Maghrib selepas memikirkan faktor-faktor tertentu.
Lisa berkata, pertukaran lokasi itu adalah bagi memudahkan semua tetamu yang ingin datang dan mengelakkan kesesakan di masjid jika dibuat selepas solat Asar.
GR kata: Doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.
PANAS: CARA WIRID OSTAJAH-OSTAJAH PAS!!
Pembaca lihatlah video di atas...inikah generasi bangsa kita yang boleh dijadikan contoh pada anak-anak muda di negara kita??
Kalau kita tengok semua baik dari segi luaran, menutup aurat dengan sempurna tapi dalam diri mereka.. tak tau lah GR nak cakap apa. Pembaca yang budiman fikirkan-lah...
GR kata: Sebagai seorang muslim perlu ker kita mendoakan yang tidak baik sesama muslim??
Kalau kita tengok semua baik dari segi luaran, menutup aurat dengan sempurna tapi dalam diri mereka.. tak tau lah GR nak cakap apa. Pembaca yang budiman fikirkan-lah...
GR kata: Sebagai seorang muslim perlu ker kita mendoakan yang tidak baik sesama muslim??
KENYATAAN MEDIA: KDN TUBUH JAWATANKUASA KHAS TANGANI RASUAH!!
KENYATAAN MEDIA
Y.BHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
KDN TUBUH JAWATANKUASA TINDAKAN KHAS UNTUK BENDUNG RASUAH
6 JANUARI 2012 (JUMAAT)
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas untuk membendung gejala rasuah membabitkan pegawai serta anggota penguatkuasaan termasuk agensi di bawahnya yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.
Jawatankuasa ini dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN dan dalam mesyuaratnya hari ini, beberapa persetujuan telah dicapai untuk tindakan susulan.
Ini antaranya ialah menghadkan jumlah wang saku kepada RM30 sahaja sepanjang tempoh bertugas dan melaksanakan pertukaran serta penempatan baru kepada anggota dan pegawai yang telah lama berkhidmat. Kedua-dua langkah ini bakal dilaksanakan serta merta berkuatkuasa hari ini.
Pada masa sama, perjumpaan berkala di peringkat negeri dan lapangan untuk mengenal pasti isu serta masalah akan diadakan secara lebih kerap manakala pegawai serta anggota pula akan didedahkan dengan lebih banyak kursus, latihan serta bengkel berkaitan integriti dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.
Selain itu, mesyuarat juga memutuskan supaya penentuan penempatan pegawai penguatkuasa semua agensi kini dipusatkan di bawah KDN yang akan bertanggungjawab melakukan saringan keselamatan serta kesesuaian terhadap aggota sebelum ditugaskan di lokasi yang berkenaan.
PANAS: AZWAN ALI PUN NAK JADI CALON???
Siapa tak kenal dengan Azwan Ali kan?? Memang kita perhatikan dari dulu lagi ada saja perangai buruk yang ditunjukkan oleh beliau. Ada saja isu yang diciptanya memang jelas hanya untuk mencari publisiti murahan. Pada pandangan beliau, hanya dia sorang saja dari kalangan artis yang paling perfect dan diva...Diva ker??? Auuuwwww...tak kuasa u...
Dan sekarang dengan mulut puaka beliau cuba membodek Azmin Ali dan Hj Anwar dalam politik...Amboi amboi amboiiiii, nak jadi calon PRU nanti ker??
Pada GR si AA ni nak cari publisiti murahan itu hak dia...perlu ker dengan statement bodoh beliau menuduh bapa Saiful meliwat anaknya sendiri?? Pembaca lihat sendiri #tweet AA di bawah dan fikir-fikirkanlah...
GR kata: Ramai betul puak Pakatan ni gila kuasa yer....He he he
Monday, January 9, 2012
BONGKAR: 10 SEBAB KENAPA HASSAN ALI DIPECAT?? SIAPA PUNYA ANGKARA??
Mana mau lari lagi haaa wahai Ostad-ostad PAS...10 sebab pemecatan Dr. Hassan Ali telah dikenalpasti. Ternyata PAS sudah lari dari matlamat sebenar perjuangan mereka. Mereka sekarang hanya menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR. Lebih kurang tukang bawak barang jerr... He he he
Sebab utama Dr. Hassan Ali dipecat?? Pembaca baca di bawah:
1. Bertindak tegas terhadap penjualan arak di Selangor, walaupun terpaksa menyinggung hati DAP.Tindakan Hasan Ali ditentang keras oleh DAP Selangor.
2. Mengkritik secara jujur bahawa PAS perlu kembali kepada penjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan bukan negara Berkebajikan.
3. Mengkritikan dan tidak menyokong terhadap tindakan berhimpun untuk "selamatkan Anwar Ibrahim" Menurut Hasan itu merupakan agenda peribadi dan bukan agenda nasional atau kepentingan rakyat.
4. Sangat tegas dalam soal akidah.Sehingga tindakannya berjaya membongkar agenda jahat pihak Kristian untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.Hal ini tidak disenangi ramai pihak, terutamanya DAP.
5. Menggerakkan projek HIMPUN yang cuba menyedarkan rakyat akan agenda jahat pihak tertentu dalam memurtadkan umat Islam di negara ini. HIMPUN tidak mendapat restu DAP dan kepimpinan PAS tidak menyokong program tersebut.Hasan Ali menongkah arus.
6. Hasan Ali menyokong rancangan Kerajaan Perpaduan dan cuba merapatkan ukhwah sesama kaum muslimin antara PAS dengan UMNO - tetapi PKR tidak bersetuju.
7. Hasan Ali mahu PAS diterajui oleh golongan ulama dan bukan golongan sekular yang nampaknya semakin mendominasi kepimpinan parti dan cuba mengubah legasi asal perjuangan PAS demi secebis kuasa.Namun, hal ini tidak disenangi oleh golongan sekular di dalam PAS.
8. Secara amanah,Hasan Ali sudah menjelaskan bahawa prinsip perjuangan beliau adalah berteraskan kepada Islam, orang Melayu dan warisan kesultanan - nampaknya kejujuran Hassan Ali ini tidak menggembirakan sesetengah pemimpin utama PAS. Mereka merasakan, prinsip perjuangan beliau itu lebih mirip kepada perjuangan UMNO.
9. Hasan Ali dituduh dan difitnah secara jijik lagi kotor oleh musuh-musuhnya,kononnya beliau merupakan agen UMNO yang cuba membawa PAS dan UMNO ke meja rundingan demi survival orang Melayu.
10. Hasan Ali pernah berkata,ketaatan beliau hanyalah kepada Allah dan bukan kepada PAS.Justeru itu,jika PAS melakukan kesalahan,beliau berhak bersuara dan menegur. Beliau mahukan pahala daripada Allah dan bukan kuasa politik semata-mata. Kenyataan ini kurang diminati oleh para pemimpin PAS dan seolah-olah mahu menyatakan bahawa PAS ada melakukan kesilapan.
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.
Cerita lanjut baca di sini
GR kata: Pakatan Rakyat semua GILA KUASA!!!
TERKINI: ADAM ADLI DIHUKUM GANTUNG SESI PEMBELAJARAN!!?
Hari ini Adam Adli mungkin bangga diri sebab kononnya dia adalah 'hero malaya'...
Keputusan pihak pengurusan disiplin pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjatuhkan hukuman di atas kesalahan beliau sebelum ini dengan menggantung sesi pembelajaran beliau di UPSI selama 3 semester.
GR kata: Jangan perasan hebat yer..cuti panjang leh tolong kempen Hj Anwar la yer??
VIDEO PANAS: PUAK PR BELASAH ORANG AWAM..??
GR malas nak cite panjang2...pembaca yang budiman lihatlah sendiri video di bawah. Di mana kekecohan berlaku apabila satu kumpulan anti-Anwar dalam lingkungan 50 orang yang berhimpun di hadapan Masjid W.Persekutuan pagi tadi tidak disenangi oleh geng-geng Pakatan Rakyat.
GR kata: Sapa yang tak der tamadun?? Perangai macam ni...pembaca fikirkanlah yer..
901 - PANAS: APA KATA PENYOKONG ANWAR???
Hari ini dalam sejarah Malaysia, sebabnya sistem kehakiman negara kita yang begitu telus membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari bukan secara paksaan. Harus diingat bukan paksaan TAPI suka sama suka.
Sebelum ini Hj Anwar dan sekutunya menuduh mahkamah anjing kepada UMNO, Nurul Izzah juga menuduh makhamah tempang, seluruh pemimpin pakatan menuduh mahkamah di bawah kawalan UMNO...Now penyokong tegar Hj Anwar mempersoalkan keputusan mahkamah yang berpihak kepada "bapak kesayangan" mereka. Apa citer beb??? Mereka menuduh mahkamah dan UMNO mempunyai konspirasi hingga melepaskan Hj Anwar begitu saja.
Pelik tapi benar, walaupun Hj Anwar dilepaskan atas sebab teknikal para penyokong Anwar berasa sangsi dan melaungkan konspirasi di depan makhamah sebentar tadi.
Penyokong Pakatan Rakyat mempersoalkan kenyataan Karpal Singh dan Hj Anwar mengakui kejadian tersebut berlaku suka sama suka??
Baca juga di sini
GR kata: Lepas salah tak lepas pun salah....
UPDATE 901: DAH BEBAS LAGI BIKIN HURU HARA!!!
Hj Anwar dah BEBAS tapi puak-puak ni masih lagi bikin kecoh di luar mahkamah. Apa lagi diaorang nak cakap sistem kehakiman negara kita ni zalim ker?? Tolong jawab!!!
Hj Anwar tidak bersalah sebab bukan disebabkan meliwat Saiful dengan paksaan tapi suka sama suka....So ini orang gay maaa... Lihat video kurang ajar puak PR di bawah:
GR kata: Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah...
901 PANAS: LETUPAN BOM DI LUAR MAHKAMAH!!!
Satu letupan bom kuat berlaku diluar mahkamah sebentar tadi. Dua lelaki cedera.
Menurut saksi, bom dilempar berdekatan kon polis di kawasan jalan luar mahkamah.
Tiada sebarang laporan lanjut dr polis. Ramai Penyokong pembangkang menuduh ini provokasi dari penyokong kerajaan.
Apa ni...Ketua korang dah bebas pun lagi nak bikin kecoh ka??
Baca juga di sini
TERKINI 901: SAIFUL BUKHARI REDHA!!!
Pembaca lihat di account Twitter Saiful Bukhari, lain pula kisahnya.. tapi beliau tetap tabah hadapi keputusan pihak mahkamah yang TELUS.
Rujuk juga di KhazanahMPM
UPDATE 901 TERKINI: MAHKAMAH PUTUSKAN HJ ANWAR TIDAK BERSALAH!!?
DS Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas kes liwat.
Hakim kata bukti tak 100 % tunjuk liwat berlaku dan tak selamat keputusan dibuat berdasarkan DNA yg tak jelas.
Pembaca fikirkanlah adakah sistem Kehakiman Negara masih tidak telus?? Fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat mengatakan pihak Polis dan Hakim "dibeli" oleh BN nyata meleset.
Apa pun sistem kehakiman negara kita tetap telus daripada cengkaman dari pihak kerajaan seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat.
Hakim Mohamad Zabidin memutuskan Anwar tidak bersalah dalam pertuduhan kes Liwat II membabitkan beliau bersama mangsa Saiful Bukhari.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.